Pisang Rebus sudah. Keladi Rebus sudah..
Keledek Rebus pula menyusul..Saya baru sahaja beli sesikat besar Pisang Abu yang belum masak ni.. Haaa ada yang saya dah plan dengan pisang abu ni... Kalau rajin la.. Hihihi
Hari ni memang tak lah.. Kepenatan baru balik.. Ingat nak siapkan kerja sampai petang. Sekali pukul 3 tadi parking staf semua dah kosong. Semua dah balik. Tinggal saya dengan cella.. Cabut laaa.. Dulu jaga kerajaan rasa selamat sikit. Sekarang sejak tukar jaga baru tu, sudah timbul trust issue.. Hihihi
Keledek Jepun.. Isinya lebih manis & tiada urat-urat serabut bila dikunyah. Teksturnya halus & lebih creamy..
Keledek Jepun.. Isinya lebih manis & tiada urat-urat serabut bila dikunyah. Teksturnya halus & lebih creamy..
Sedap.tapi makan mcm tu je.tak de kelapa.nk feel gitu
ReplyDeleteKan makan macam tu saja pun dah sedap
DeleteDari mana dapat nama keledek Jepun tu ye. Keledek dbenih asal Jepun, atau keledek popular zaman Jepun dulu heheee.
ReplyDeleteKalau dari info yang saya tahu asalnya dari Jepun
DeleteSaya ada follow seorang petani orang Malysia yang menetap di Jepun,katanya di sana keledek yang muda dituai untuk hasil isi yang mulus tanpa serat ni.Kalau dibiarkan keledek ni juga kan membesar & teksturnya sama macam keledek malysua juga & tidak lagi sesuai direbus & selalunya digunakan untuk hasilkan tepung keledek.Itu sahaj yang saya tahu..hihihi
Kadang2 ada di jual di depan pasar raya yang dah siap rebus.
ReplyDeletememang sedap dan manis.
Betul WP...
DeleteSaya pernah makan kat China .Mereka menaiki basikal & jual kleledek bakar tempat tumpuan pelancong.Makan dalam cuaca sejuk pula memang rasa sedap dia lain macam.Dah la mahal ..hihihi
Salaam, Jaga Yang suka busy kacau ITU ke?
ReplyDeleteYG suka sembunyi diri?
Hihihihi....ni memang saya sengsorang
DeleteSy tak suka sangat makan keledek atau apa2 benda rebus ni kecuali ubi rebus. Sebenarnya sy tak pandai nak beli dan rebus, nanti sy nak cuba beli keledek yg isi kuning ni la, nak tengok feelnya macam mana, hihi
ReplyDeleteKena rebus biar betul-betul lembut & memang sedap SK...Heee
DeleteKeledek +pisang Abu dah blh buat pengat .keledek jepun ni kalu nak beli kat tempat bakar2 tu reganya blh banged. Dedulu nanges hari2 makan keledek skrg nanges tengok harga
ReplyDeleteHahaha tepat sekali.Dulu nangis kalau kena makan keledek.Sekarang nangis tengok harga keledek.Lagi-lagi keledek Jepun ni...3 ketoi cenonet tu pun RM 4 ++
Delete