Hari ni belum 7.30 saya sudah sampai tempat kerja. Jadi orang pertama sampai. Tapi pukul 12 lepas habis bantu Fizah saya sudah keletihan & memang plan nak balik awal.Jumpa Ita, Ita kata kat rumah dia ada 2 pokok pisang tumbang ditiup angin. Ita ajak saya singgah rumahnya amik pisang tu. Ita memang selalu kongsikan hasil tanamannya kepada saya. Pisang, pegaga, kantan, nanas, segala ulaman selalu Ita bagi. Teruja saya bila. Ita ajak singgah amik pisang dari pokok.Selalu Ita bawa yang dah siap petiik.
Pokok Strawberry juga subur. Ita cakap ada bayak pokok strwberry ni & kalau saya nak dia nak bagi jer.Tapi saya taknak kerana malas menanam atas kayangan. Hihihi
Macam-macam pokok Ita tanam depan & belakang rumahnya. Rumah Ita jenis townhouse. Ita rumahnya yang bahagian bawah.
Sepohon strawberry sedang berbuah. Ita suruh petik, tapi saya cakap biarlah dia bergayut macam tu lagi cantik dari biar saya makan. Hihihi
Parang sudah ditangan. Ita melongsor tebing belakang rumahnya turun ke pangkal pokok posang yang tumbang itu
Suami Ita,Duan, menyertai kami dibelakang rumag. Membawa setandan pisang yang sudah dicantas Ita. Tandan yang ini agak besar. Tapi kata Ita, pisang ni ada biji. Dia segan nak bagi jenjiran sebab pisang ni ada biji. . Hihihihi. Tapi kalau tebang pisang ni Ita mesti kongsi dengam saya. Kali ni Ita bagi terus setandan, sebab 2 pokok pisang yang tumbang tu buahnya sudah matang. Perlu peram supaya masak.
Pokok nanas Ita pun banyak. Rasanya lebih 10 rumpun. Ada yang sedamg bebuah. Tapi susah nak snap gambar sebab saya memakai baju kurung dengan berkasut tumit & menjinjit setandan pisang. Bergalas handbag bagai. Memang tak sesuai nak berjalan kerana tumit masut terbenam dalam tanah lembut
Pokolk mulberry. Kata Ita dia baru pangkas & buang daun untuk galakkan berbuah. Memang penuh bunga mulberry ni. Kalaulah buahnya sedang masak, haruslah saya petik ni
Ini kata Ita, pokok kacang panjang. Pokok kacang ni jenis yang tidak perlu para-para. Buahnya agak pendek tapi nama ya kacang panjang.
Penuh dengam kembangan bunga rose Jepun. Mak saya panggil bunga kembang pukul 10.Saya pulang dengan sebeban hasil kebun bamdar Ita.Terima kasih Ita(walaupun Ita memang tidak tahu kewujudan blog ini) Tapi semoga Allah limpahkan lagi rezeki Ita sekeluarga. Saya kembali berangan untuk memiliki edible garden bila sudah pencen nanti.Berangan sahaja saya ni. Hihihihi
Seronoknya tengok kehijauan di kebun tu
ReplyDeleteKan syaz.. Ita ni memang jiwa flora.. Hihihi
DeleteWah rajin betul Ita kan macam kat kampung dia berkebun,semua ada ditanam.Alhamdulilah rezeki mak cella dapat hasil fresh dari kebun ita.
ReplyDeleteIta memang rajin & mina dengan pokok-pokok.Tangan dia memang menjadi. Kata Ita jiran-jiran dia pun selalu minta tolong dia tanamkan pokok jika mereka beli anak benih. Tangan sejuk tu. Kalau tangan saya pokok segar elok pun kalau saya siram, layu pokok tu.. Hihihi
DeleteKreatif sgt Ita merealisasi kebun bandar.semua ada utk tampung keperluan harian dan sangat wajar ducontohi
ReplyDeleteDia tanam dan jaga elok. Tanam pun tersusun elok. Tidaklah bersepah. Ini jiran oun boleh tumpang mengulam. Saya yang bukan jiran pun dapat menumpang rezeki
Delete