Cekodok Ubi Kayu Parut.Saya masak ni beberapa hari lepas.Saya namakan Cekodok Ubi Kayu Parut sebab ada juga versi Cekodok Ubi Kayu Rebus yang ala-ala kuih getuk tu.Ada yang versi savouri. dicampur bawang,udang kering,daun bawang & cili potong.Tapi yang saya buat ni versi manis
Kuih ni banyak menginggalkan nostalgia untuk saya.Dulu mak selalu juga buat cekodok ubi kayu ni terutama kalau mak parut ubi banyak-banyak untuk buat bengkang ubi.Selalunya kalau mak masak bengkang ubi untuk sarapan pagi & juga untuk juadah iftar bulan pusasa.Kalau mak buat untuk sarapan pagi,biasanya mak akan masak waktu malam selepas masak nasi & lauk dinner.Dari petang mak akan sagat ubi & kukur kelapa.Malam lepas makn malam mak akan terus bakar kuih bengkang ubi atas bara api dapur selepas memasak dinner.Atasnya mak letak kepingan zink & dihidupkan bara api & sabut kelapa.Berasap 1 rumah.Oleh sebab nak bakar bengkang makan masa yang lama.Maka mak akan asingkan sikit ubi sagat tu & buat cekodok .Sedap sangat.Rangup diluar.melekit lembt didalamnya
Cekodok Ubi Parut.Kalau mak saya cakap Ubi Sagat.
Kalau mak saya buat mestilah ubinya dicampur gula merah.Bengkang ubi mak saya juga tidak pernah bewarna lain selain warna gula merah.TApi saya lebih suka bengkang ubi kayu kuning & tidak dicampur gula merah.
Cekodok Ubi Kayu Parut ni ada kenangannya.Ceritanya masa tu kami masih tinggal dikampung lama.Ada sekali tu mak nak masak lepat ubi.Mak dah siap sagat ubinya.Ketika mak selongkar balang yang menyimpan gula merah,tiba-tiba mak menyinga.Puncanya gula merah yang mak simpan dalam balang tu telah habis.Yang menghabiskannnya saya la...hihihi.Saya makan macam sambil membayangkan itulah coklat.Sedap betul makan gula merah yang sudah masuk angin berketul melekit tu.Sehari sedikit lama-lama habis gula merah mak.Bila mak nak buat kuih lepat tengok gula merahnya hanya tingga lertas surat khabar sahaja bergumpal.Dah la malam,mana nak cari gula merah sebab satu-satunya kedai runcit kat kampung memang sudah tutup.Kalau belum tutup pun mestilah saya yang kena naik basikal ke kedai tu & kena melalui kubur pulak tu.Hihihi.Marah betul mak pada saya masa tu.Saya menikus sambil pasang kelambu & ambil keputusan tidur awal walaupun baru lepas maghrib.Saya tak tahu kenapa dulu masa kanak-kanak kalau mak marah waktu malam saya akan pasang kelambu & tidur awal.Kalau mak tengah marah jangan sesekali menjawab,nahas nanti.Maka saya pun masuk kelambu perlahan-lahan & pura-pura tidur.Masa saya pura-pura tidur tu mak masak cekodok ubi sagat & baunya sangatlah harum.Kemudian saya mencuri pandang dari dalam kelambu.Nampak adik saya sedang makan cekodok ubi kayu tu.Hati meronta-ronta nak keluar dari kelambu.Tapi takut mak sambung marah sebab saya habiskan gula merah mak.Maka saya terus pura-pura tidur hingga betul-betul tertidur.Esoknya hanya dapat makan lepat ubi putih tanpa gula merah.Saya meyesal kerana habiskan gula merah mak & terlepas makan cekodok ubi kayu sagat tu.Hingga sekarang setiap kali saya masak kuih berasakan ubi kayu parut saya akan teringat peristiwa itu.Apa lagi kalau masak cekodok ubi kayu ini.Sukur Alhamdulillah,sekarang Allah sudah kurniakan rezeki yang melimpah walaupun bukan mewah.Jika hendak dibandingkan kehidupan masa lalu,sangatlah sombong jika tidak menmgucapkan Alhamdulilah.
Kelakar sedih la cerita Mak Cella ni, teringat sy masa darjah dua dulu, konon nak rasa, apakah rasa pewarna serbuk yang selalu mak masukkan dalam adunan kek. jam2 tu jugak mak sy tengah masuk dapur, aplagi, dituangnya pewarna tu dalam mulut sy, kalau sy habiskan gula merah mak, tak tahulah apa nasib, huhu
ReplyDeleteLagi kijam kena makan pewarna makanan yang memang confirm tak sedap langsung.. Hihihi.. Nakal kita dulu takat macam tu sahaja kan.. Bebudak sekarang nakal depa lain maciam.. Hihihi
DeleteIni pn makanan nostalgia biasanya campur kelapa muda parut dan sedikit gula.minyak menggoreng biasanya buat sendiri dari santan kelapa tua dimasak smpi kuar tahi minyak.dulu gula merah dlm guni nak beli ceduk n bungkus dlm kelongsong surat khabar lama
ReplyDeleteDulu-dulu yang ada banyak kelapa memang buat minyak sendiri kan. Tempat saya dipanggil minyak tanak. Gula merah tu betul la dulu-dulu dalam guni & bila beli semua bungkus dalam surat khabar.
DeleteNostalgia ya ..kelakar pulak akak baca mak cella buat macam coklat...hihii.
ReplyDeleteAkak tak pernah buat cekodok ubi sagat ni .Kalau lempeng tu biasa lah dulu2.Akak suka arwah bapak akak yang buat,teringat2 lagi kesedapan nya.
Sedap makanan dulu-dulu lain macam kan kak.Tambah yang dimasak ibu atau bapa.Lempeng tu sekarang kalau buat sendiri mesti dah tak sama macam dulu kan.. Lempeng tu yang berubah atau lidah kita sudah tua.. Hihihi
DeleteSaya suka sangt degn cerita nostalgia2 ni....kembalikan saya di zaman tu...yg makin hilang di ingatan...manis sangat untuk di kenang😊
ReplyDeleteKenangan pahit atau manis.memang seronok untuk dikenang kan Syaz. Kadang boleh menitis air mata. Kadang boleh tersenyum sumbing sorang-sorang.. Hihihu
Delete