Saturday, 26 December 2020

LAKSA KUAH LEMAK KEDAH LAGI...

Hari ini merajinkan diri masak Laksa Lemak Kedah lagi setelah berhari-hari masak ala kadar sahaja. 



Penuh dengan daun selasih sebab nak feel laksa Johor.. Hihihi.. 


Kuah pekat hari ni. Guna ikan mecerel Poland. 


Isi ikan pula saya tumbuk & bukan blend macam selalu. Isi ikan tumbuk lebih kasar & bila makan masih terasa ulas ikan. 

Bila digaul, harum laksa lemak memikat rasa


Pinggan Cella.Kuah pekat melekat. Pinggan tapak gajah ni dah jafi pinggan harian dia. Dia kata lebih feel makan dalam pinggan tapak gajah ni. Macam la pinggan tumengeluarkan rasa. Hihihi


LAKSA KUAH LEMAK KEDAH

1 paket laksa kering
(saya guna laksa halus)
Tidak perlu rendam. Basuh & terus rebus dalam air mendidih  anggaran 20 minit.
Basuh dan toskan.

Bahan Kuah:
1/2 kg ikan mecerel Polland -agak-agak 5/6 ekor ikan selayang
(rebus bersama 3keping asam gelugur)
1 labu bawang besar
1 kotak kecil santan
5 cawan air
1paket kecil rempah kari ikan(2 sudu besar)
5 asam keping
1 bunga kantan @5 tangkai daun kesum
3 ulas bawang merah
3 sudu minyak
Garam secukup rasa

Bahan Ulam:(ikut pilihan sendiri)
-Telur rebus
- daun selom
- daun putat
- Timun
- bawang besar
- cili padi
- Limau nipis
-hari ni tambah daun selasih

1. Ikan direbus & diasingkan tulangnya..
    
2. Blend pula bawang besar dengan 1 cawan air hingga halus..ketepikan

3. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.Kemudian masukkan serbuk kari dengan 1 cawan air ..Masak hingga naik minyak..

4. Masukkan bawang blend dan biar mendidih sekejap supaya sebati dengan serbuk kari.

5. Masukkan bahan isi ikan yang diblend dan masak lagi hingga mendidih.Masukkan juga asam keping,garam dan bunga kantan.

6. Masukkan santan pekat dan kacau sebati..
    Biar mendidih perlahan dan rasa asam garamnya.
** Masak kuah beberapa jam awal.sebelum makan untuk rasa lebih sedap & kuah lebih pekat.


5 comments: