Sunday, 20 December 2020

MIHUN GORENG TIDAK PERNAH JEMU DIMAKAN

Tadi masak mihun goreng dengan pisang goreng. Semua pakat makan pisang goreng. 

Saya makan mihun goreng dengan telur rebus. Saya memang suka mihun goreng. Rasanya dalam sebulan memang berulang masak mihun. Hihihihi


Cella nampak saya makan mihun, dia pun nak makan mihun. Suruh dia kopek telur rebus

Sebiji sudah pecah. 

Yang pecah anakpunya. Yang elo untuk mak. Hihihi.. Tapi lepas tu saya bagi juga separuh telur rebus bahagian saya. Rebus 4 biji sahaja. Sorang sebiji.Abang & kakaknya taknak makan mihun. Depa makan pisang goreng

Sebelanga mihun goreng. Makan 2 orang memang tak luak la. Sedap kot mihun ni pada tekak saya. Tapi Adah & abangnya tak jamah pun. Ish... 


Rencah daging rebus frozen. Sudah lama daging tu membeku. Dua hari lepas masa mee goreng untuk dinner. Tapi lupa nak guna daging ni. Sedap sangat rasa mihun ni. Tapi memang tak luak la makan  dua orang kan... Hihihi


Menthong... 
Dinner makan mihun lagi la nak luakkan mihun dalam kuali tu. Pun makan berdua juga. Adah tak mau. 


Cella masih dengan Sunquick Susu lagi hari ni. Hari ni dia catkan sikit dinding belakang sinki dapur. Dah bercapok kena percikan minyak. Ada lebihan cat projek assigmentnya, dia nak cat dinding tu. Upahnya Sunquick Susu. Cuma hari ni ada mihun. 


Saya juga sudah 2 hari berturut minum teh susu ni. Saya jarang nak minum minuman bersusu sebab lebih suka minuman 0.Tapi semalam dengan hari ni tal tahu kenapa saya rasa nak minum teh panas bersusu ni. 



8 comments:

  1. Tengok mihun tu, teringat mihun goreng mak mertua. Sy cukup kagum dengan mak mertua, masa sihatnya dulu, kalau goreng mihun, mak akan goreng dua kali, satu pedas utk anak menantu, satu versi tak pedas utk cucu-cucu. Rindu mihun goreng mak mertua. Kalau mak sy pulak, mihun goreng lebih berperencah. Tak adalah versi pedas ke tak pedas sebab kami adik beradik mmg kuat makan pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tidak pedas bukan Johorean la kan.. Hihihi.. Ada ke Johorean tak makan pedas?

      Delete
  2. Sama lah kat rumah akak ni ntah beberapa kali goreng meehoon dalam sebulan buat sarapan.Bukan apa lagipun anak2 ramai senang buat meehoon je...perut pun lebih kenyang.Akak suka lebih kan sayuran walaupun anak lelaki akan atur kat tepi pinggan lepas makan.Makan pula dengan bawang putih goreng seperti yang besan akak ajar .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan akak..
      Kenapa la anak-anak tak suka sayur dalam mihun kan. Sama la kat rumah ni. Kalau letak sayur banyak memang kita yang rasa sayang tengok sayur disusun ditepi pinggan. Kadang tak sampai hati nak buang, maknya lah kautkan longgokkan sayur tepi pinggan depa. Sedap kot sayur tu, tapi orang muda tidak suka

      Delete
  3. kalau musim budak sekolah tiap² mgu mst ada goreng meehoon... tp yg paling anak² suka meehoon tomyam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan mim.. Mihun memang sarapan evergreen ka selain nasi lemak & nasi goreng. Mihum tomyam tu saya tak ingat saya pernah masak ke tak. Nasi goreng tomyam memang selalu.Macam terliur pula mihun gorenv tomyam. Dapat letak daun limau purut banyak-banyak sedap kan

      Delete
  4. nampak sedap.
    Selamat menjamu selera.

    ReplyDelete