Pagi tadi berkira-kira nak masak apa. Kesian anak bujang pergi kerja saya tak masak bekal. Bangun pukul 4 kejutkan dia, tapi saya tertidur di kerusi kayu ni. Sedar-sedar dah 4.45 dia nak siap nak keluar rumah. Lepas mandi semua terfikir-fikir nak masak apa. Sambil fikir, mata nampak baki beberapa biji kulit pai tee dalam balang. Capi sayur, keluarkan sos... Pun jadi sarapan sementara nak masak
Pai Tee..Tapi saya hanya isikan sayur & tuangkan sos sahaja
Dia jual yang dah siap dengan inti dan sos. Juga kulit yang kosong. Saya beli yang siap 1 set 10 & kulit kosong 50pcs. Tu dibelakang pinggan tu 2 balang kulit paitee kosong
Ni yang beli kulit kosong isi inti sendiri minggu lepas
Ni yang ready to eat. Ada sengkuang sagat, carrot, timun & taburan kacang tumbuk beserta sos
Ni yang beli kulit kosong isi inti sendiri minggu lepas
Ni yang saya isi pagi tadi. Carrot, kobis & daun sup hiris nak kasi nampak segar. Sos cili Thai.. Nampak macam kudapan tapi kenyang juga sebab ada sayur. Kalau letak udang rebus lagi la sedap ni.
Kuh paitee ni kali pertama saya kenal dalam buku teks SRT form 3 rasanya.Hati berharap cikgu ajar masak paitee. Pastu cikgu ajar buat masa sunject SRT tu. Excited saya sebab masa tu 1st time tengok & makan. Cara buat lebih kurang konsep kuih goyang. Tapi seingat saya cikgu ajar buat & semua pakat makan ramai-ramai sampai habis. Tak ada bawa balik.Teringin nak buat kat rumah, Tapi sayang masa tu nak cuba kat rumah tiada acuannya. Lepas dah kerja saya beli acuannya. Sempat buat sekali dua.Kemudian saya peramkan dalam laci kabinet sampailah hari ini. Entah apalah khabarnya. Sudah lama tidak bertanya khabar. Bagitu juga rakan seangkatannya acuan maruku, acuan kuih siput, acuan baulu, acuan kuih goyang, acuan putu kacang dan rakan-rakannya. Nantilah jika ada kelapangan akan saya risik khabarnya. Nak tunggu lapangnya tu entahkan bila. PKPB pun sudah tidak rasa lapang. Masa penuh bermacam kerja. Tapi tak nampak apa yang dibuat..
Akak tak penah makan apetah lagi nak buat. Tengok dlm afc mcm senang buat .kalu tengok di restoran harga mahal benda ciput je. Kita jenih makan talk boleh cikit.hihihi
ReplyDeleteKulit dia rasa macam crispy pisang goreng lebih kurangnya. Macam kita gorengkan tepung lebihan celup pisang tu. Tambah sayur dan sos tu macam salad la. Betul.. Kalau kat AFC selalu ada kan..kat chiken rice shop selalu nampak (nampak kat iklan je lah) tak pernah masuk pun.. Hihihi
DeleteSedapnya pai tee. Belum pernah buat, tapi suka makan. Kalau ke KK mesti singgah makan ni di Sabah Rice Shop.
ReplyDeleteHihihi.. Ramai yang sama spesis kan.. Termasuk juga saya.. Suka makan.. Buatnya.... Hihihi
Delete