Semalam lagi menaip entri ni tapi separuh jalan saya sudah kemengantukan.Terbiar dalam draff.Ni baru ada kesempatan.Sambung taip,tapi dah kena edit sikit la sebab dah berubah masa.Semalam sebelum keluar,sempat tanak nasi & masak lauk.Semalam lepas selesai urusan di pejabat pos terus balik.Ingat nak mencari pisag goreng tapi dah petang sangat gerai dah tutup.
Balik rumah tengok nasi & lauk sikit sahaja berusik.Masih banyak Sambal Sardin ni
Panaskan semula Sambal Sardin.Panaskan semula nasi.
Hati asyik teringat pucuk mengkudu yang dipetik bersama Ita hari Isnin tu.Teringin nak makan masak lemak putih pucuk mengkudu.Dulu masa kat kampung takat Pucuk Mengkudu liar ni memang tidak dipandang.Kalau nak makan pun hanya petik Pucuk Mengkudu Lebar yang ditanam sahaja.Dulu saya rajin membuat Karabu Pucuk Mengkudu Lebar.Kalau mak saya datang KL 15 tahun dulu memang saya akan buat Kerabu Pucuk Mengkudu Lebar.Pucuktu dibeli la di pasar.Kerana kesedapan tu hingga emak mencari benih Mengkudu Lebar & tanam dibelakanng dapur rumah di kampung.Tapi sejak emak tanam seingat saya ,saya tidak pernah lagi rajin nak buat Kerabu Pucuk Mengkudu tu.Masa tak ada sanggup membeli.Sudah mak tanam,tidak la pula rajin.Tapi selera saya juga sudah bertukar .Say lebih suka pucuk pucuk mengkudu liar yang lebih kecil & lebih pahit ni.Manusia memang complicated kan. Pada hal di kampung memang pokok mengkudu liar ini jarang dipandang.Seingat saya ketika belum tanam mengkudu lebar tu adalah sesekali emak saya petik pucuk mengkudu liar ni rebus buat ulam.Tapi masa tu saya memang tak suka sebab dah la rupa hitam tidak menarik.Rasa pula pahit.Pernah emak masak gulai lemak kuning dengan ikan pekasam.Kata emak saya itu makanan yang selalu arwah tok saya ajar mak masak.Sedap tapi sudah berzaman emak tidak lagi membuatnya.
Ini semalam sebelum makan nasi,saya dengan semangtnya masak dulu Sayur Lemak Putih Pucuk Mengkudu ni.Memang teringin sangat.Sayangnya bekalan budu sudah habis.Nak tumbuk sambal belacan tidak lah pula rajin.
Walaupun masa rebus daun ni bau dia tidak lah wangi.Tapi selepas dimasak sayur memang sangat memancing selera saya.Walaupun hitam tapi bagi saya tidak menjadi hal.Bila hati sudah suka kan..Lagi[un memang pucuk mengkudu kalau direbus,auto dia akan hitam.Saya belum jumpa petua untuk kekalkan warna hjau pucuk mengkudu rebus.
PUCUK MENGKUDU MASAK LEMAK PUTIH
2 cekak pucuk mengkudu
1 kotak santan
sejemput ikan bilis bersih
1/2 bawang besar - hiris
1 cili merah
1 sudu teh garam
1. Hiris kasar pucuk mengkudu & celur 5 minit.
2. Masukkan pucuk mengkudu bersama 1/2 santan & 1/2 cawan air,bilis,bawang,garam & cili.
3. Bila mendidih & pucuk mengkudu lembut lembut,tambahkan santan pekat & biar mendidih sekali sahaja.Sesuaikan rasa & siap
Nikmatnya makan lauk kampung yang satu ini.Saya makan dengan lahap kerana kelaparan walupun pagi sudah makan nasi lemak..hihihi.
614 am.
ReplyDeleteSalaam
Laparnya permit berkeroncong. Dan lah MLM smlm kul11pm makan satu bowl besar cornflakes.
Dashat betul...
Nengok madam lemak sedapnya...
G dah jangkit penyakit Cella ni, banyaknya typo, hahahha
DeleteSabar yer G... Hihihi
DeleteNanti jangan petik pucuk apple plk buat masak lemak tu.. Hihihi..
Semoga G sihat dirantau orang
Hihihi.. Penyakit ini mudah berjangkit rupanya.Cella kata handphone auto speeling tapi typo bersepah juga. Saya pun baru baca post tu kejap ni ha.. Menaip kat PC pun boleh bersepah typo.. Mata sudah mengantuk malam tadi.
DeleteTelefon Tu Ada fikiran sendiri. Bila clicked publish Terus tukar ayat Dan structure ayat sendiri.memandai je. Bukan jeruk mandai.
DeleteTakpernah lak Cuba makan pucuk apple..haha
DeleteAduh, asyik cerita pasal masak lemak aje kat sini, nampaknya sy kenalah memasak, makan sorang2 pun tak apo, janji anak tekak bahagia, hahah
ReplyDeleteKadang-kadang bahagiakan sahaja anak tekak tu kan.. Reward PKPB.. Hihihi
DeleteEmak kita kalau masak sayur lemak memang suka yang warna putih jew. Aromanya lebih mengancam berbanding masak lemak bubuh kunyit.
ReplyDeleteLAaaa...sama macam mak saya juga tu.Tapi yang gulai kuning pucuk mengkudu tu kena kuning sebab guna ikan & kuah pekasam..hihihi
Deletebestnya, memang kombinasi yang best tu
ReplyDeleteSyaz reti makan dak pucuk mengkudu ni....hihihi
DeleteTap pernah lagi makan pucuk mengkudu ni.
ReplyDeleteApatah lagi buahnya.
WP ada banyak pilihan sayuran lain yang lebih sedap kat kebun...Hihihi
DeleteKalu di temerloh ada orng tua2 pandai buat kerabu pucuk mengkudu sedak amat skrg dah tak jumpa mungkin tak de yg mewarisi kerajinan itu
ReplyDeleteTemerloh & Jerantut kaya degan makanan exotic & makanan hasil hutan kan...Suka
Delete