Pelamin bertunang... Bukan kat rumah saya. Ni rumah jiran.Baru sahaja balik dari rumah jiran. Ada buat Majlis Pertunangan anak gadisnya. Majlisnya pukul 2 petang. Tapi kita jenjiran ni pakat gerak pukul 4 tadi.Biar pihak lelaki dah selesai dulu. Sekarang kan SOP nya jangan bersesak.
Hantaran dari pihak lelaki. Sempat juga la snap sesambil tengok pelamin. Masa sampai tadi pihak lelaki belum balik.Mak-mak kalau tak dapat tengok pelamin dan hantaran memang tak puas la kan.. Ingat nak tengok semua hantaran lelaki perempuan sebab nampak banyak.Setiap pihak nampak berbelas juga bekasnya.Sebelah lelaki temanya pink. Dari perempuan temanya gold(tak sempat snap) Bila tengok anak orang bertunang. Berdebar pula rasa.Anak-anak kita juga dah teruna & 2 anak dara tu. Bagaimana lah nanti bila sampai jodoh mereka. Takutnya nak menguruskan majlis & nak melalui semua itu. Huhuhu.Apa lagi yang mampu dilakukan selain doa memohon agar Semoga Allah mudahkan segala urusan di dunia dan akhirat nanti.
Trend sekarang, majlis tunang juga sudah ada pelamin.Seingat saya tahun-tahun 80's bertunang kalau di kampung saya dibuat senyap-sanyap dihadiri keluarga terdekat sahaja. Tiada majlis sarung cincin. Cincin dan hantaran yang dibawa diserahkan kepada keluarga perempuan & biasanya 3 bekas berbalas 5 sahaja untuk majlis bertunang. Tapi kenduri kahwin memang wajib tumbangkan seekor atau 2 ekor lembu atau kerbau. Masuk tahun 90's mula dibuat secara sedikit terbuka. Jiran terdekat sudah dijemput. Hanya kenduri kecil-kecilan & tiada pelamin bagai. Anak dara duduknya dalam bilik. Hanya wakil pihak lelaki masuk sarungkn cincin dalam bilik & anak dara memang kekal dalam bilik hingga pihak lelaki berangkat pulang. Tahun - tahun 90-an lah saya sudah gatal bertunang. Baru habis sekolah Belum habis belajar pun. Baru setahun di college sudah bertunang. Tapi masa tu bukan sahaja saya yang kahwin awal. Memang ramai batch saya yang kahwin awal. Umur 18/19 sudah ramai berkahwin walaupun masih belajar. Ada yang umur 16 pun sudah berkahwin kerana zaman tu kalau fail SRP memang tak dapat naik form 4.So,yang tidak dapat sambung belajar memang dikahwinkan. Saya cukup risau masa tu. Kita dah la rupa tak semenggah, kalau gagal SRP siapa lah yang hendak bermenantukan kita ni... Hihihi. Alhamdulillah lulus SRPnya, SPMnya & walaupun masa tu belum berjaya lagi masuk U, dapat la naik form 6.Sekurang-kurangnya lega tidak perlu fikir kahwin. Alhamduliiah lepas tu berjaya sambung college, pastu gatal nak kahwin. Now sedar-sedar anak dah bujang teruna & anak dara. Semoga Allah mudahkan urusan kami & kita semua. Amiinn...
Sekarang bertunang pun dah macam majlis nikah
ReplyDeleteBetul tu WP...
DeleteDimana-mana sudah gitu trendnya kan
Gatai no... 😆😆😆
ReplyDeleteSy bertunang tahun 2000, zaman tu belum ada pelamin time bertunang, tggu nakal mak mertua sarung cincin dalam bilik aje
Tahun 2000 umur belum 30 tapi saya sudah anak 2🤭.. Hihihi
DeleteKira zaman kita sempat lah merasa adat lama. Masih ada malu-malu(kucing) 🤣
Pejam celik pejam celik sekarang zaman anak-anak pula dah.. Zaman depa bertunang pun atas pelamin dah..
Zaman cucu cicit kita esok tak tahulah apa pula trend nya
betul tu kak.. skrg bertunang pn dh ada pelamin.. sy dlu bertunang 2007 pun mcm tu je.. sarung cincin je... pastu sauda mara terdekat jer yg hadir... hehehe... tp betul lah kalo g majlis bertunang mmg suka tgk hantaran kan?
ReplyDeleteDulu-dulu zaman kita,anak kena ikut cara mak-mak. Zaman anak-anak kita sekarang kita dah jadi mak, tapi mak-mak pula kena ikut cara anak.Kot tunggu zaman cucu cicit la pula kot depa ikut cara kita yer Mim.. Hihihi..
DeleteTapi saya suka tengok perkahwinan orang Sarawak...Paling teringin nak beraya kat Sarawak. Katanya meriahnya sebulan berbaju sedondon yer Mim
Sy bertunang tahun 2014 tapi, masa tu mmg simple sangat². Takde pelamin takde ape. Hantaran pun sikit je. Yang datang pun family belah suami n family saya je 🤭
ReplyDeleteTrend bertunang & kawin ni ada musim kan.Jaja lapih muda pun tak banyak beza zaman kami dulu. Tapi kenduri kawin beberapa tahun lepas hingga tahun 2019 memang mewah macam pasar malam kan belah sana. Naik 2020 payah nak jumpa dah la.. La ni sejak covid trend kenduri kecik-kecik & mudah-mudah. Harap ianya lebih berkat kerana tiada lagi pembaziran & berlebih-lebih kan..
DeleteAnak perempuan akak haritu bertunang masa Pkpb buat ringkas saja takdelah pelamin2.Anak yang tak mahu.Takpelah masa majlis nikah nanti boleh lah berpelaminbagai.
ReplyDelete