Saturday, 12 December 2020

SPAGHETTI BOLOGNESE FLORA & FAUNA

Kesibukan yang tidak tahu mana hujung pangkalnya.Rasa masa 24 jam terlalu pantas berputar.Rasa semua kerja yang dibuat serba tak kena.Mungkinkan petanda solat yang selalu dilewatkan.Kerana ustaz-ustaz ada berpesan jika melewatkan solat,kita kan sentiasa kesuntukan masa kerana mengutamakan tugasan dunia.Macam terasa kena pda batang hidung sendiri,kerana memang semua kerja rasa tidak terkejar.Semoga Allah ampunkan kekhilafan hambanya ini


Spaghetti Bolognese .Semalam punya menu  & ceritanya.Ketika menaip ini saya masih di tempat kerja.Dah nak balik.Tapi sementara menantikan Cella kemaskan barangnya & menanti asar sesiap kerana sekejap lagi banyak tempat hendak disinggah.Takut membawa ke maghrib.



Dinamakan Spaghetti Bolognese Flora & Fauna kerana rasanya 2 minggu lepas ada masak spaghetti bolognese ni hanya berencahkan sosej sahaja.Ada komen dari unknow komen kalau nak sedap spaghetti bolognese kea letakbanyak flora & fauna.Tertarik dengan komen flora & fauna tu..hihihi



Maka semalam masa masak spaghetti ni saya lebihkan faunanya.Daging slices. Flora yang ada hanya sekadar bawang & cendawan. 

Jadilah spaghetti flora & fauna

Penuh kepingan daging sebagai ganti bebola daging


SPAGHETTI BOLOGNESE FLORA & FAUNA

1 pack spagbetti/pasta (rebus lembut) 
1 tin tomato puri
1 cawan cili boh halus
1 mangkuk daging hiris
10 cendawan - hiris
1 bawang holland-cincang 
1/4 cawan minyak
1sudu garam
2 sudu gula perang
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu oregano kering

1. Panaskan minyak & tumis bawang holland. Tambah cendawan d goreng hingga layu
2. Masukkan cili boh halus & masak hingga naik minyak
3. Tambah tomato puri & masak hingg naik minyak sekali lagi. 
4. Masukkan daging, garam gula & air ikut kepekatan yang sesuai. 
5. Masak hingg mendidih & tambah lada hitam & oregano
6. Hidang bersama spaghetti 

Saya tidak meminati spaghetti bollognese. Saya masak nasi goreng sardin untuk  diri sendiri. 

**Catatan ini saya karang sejak petang hari Selasa
Tapi terhenti atas sebab-sebab tertentu.. Kerana itu juga sejak beberapa hari saya hanya kongsikan pesanan-pesanan ilmu dari c&p hasil perkongsian ustaz kamarul hafidz sahaja kerana tidak daya menulis. Hari ini baru kekuatan datang semula dalam diri. 


2 comments:

  1. Ini yang saya suka sangat ni... spaghetti mewah melimpah2 dengan kuah! Sluurrpppp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. Saya kureng sikit kalau bolognese ni tapi anak-anak suka. Makan dari siang bawa ke malam pun mereka boleh.. Hihihi

      Delete