Entah kenapa sejak PKPB 2.0 ni saya memang jadi pemalas nak masak.Kepenatan yang tiada penghujung. Apakah petanda banyak mengejar dunia hingga mengabaikan ukhrawi, maka Allah sibukkan dengan urusan duniawi? Banyak makan ikut dan sahaja. Ikut dan tu bahasa kampung saya. Maksudnya ikut suka. Kadang-kadang maksudnya samba lewa. Tengok pada topik. Kalau makan ikut dan tu maksudnya makan sembarangan la. Kalau buat kerja ikut dan maksudnya kerja samba lewa. Timbunan kerja yang tak nampak oleh orang lain saya kena hadap sorang-sorang.Hal ini banyak membuatkan saya penat sendiri. Ada sesetengahnya bukan kerja saya seorang pun,, . Tapi terletak atas batu jemala patik. Sepatutnya dibuat bersama. Tapi banyaknya salah itu dari diri saya sendiri. Tidak pandai menyuruh, tidak pandai membahagi tugas & tidak pandai time management.Salah diri sendiri kan.. Maka sendirilah menanggung akibat. Hadaplah sengsorang dari pagi sampai petang. Esok sambung lagi. Lusa sambung lagi. Tulat sambung lagi. Bergilir-gilir. Begitulah hingga abang Jamil mamp*s.. Hihihi.. tetiba pula teringat dialog Rohani membahagi giliran abang Jamil yang beristeri 3.. Hihihi.Apapun dalam banyak keadaan, sebenarnya saya seronok dengan kerja saya.Jika dibahagikan dari 100 tu hanya 5% sahaja masalahnya. Lagi 95% tu banyak yang Allah dah mudahkan urusan. Astaghfirullah.... Semoga Allah ampunkan dosa!
Kali ni beli brand kart's kat Mydin 2 hari lepas. Ada kuah dal frozen sekali dalam tu. Tapi saya tak guna kuah dal tu. Saya makan dengan kari sardin.
Selau beli brand Kawan.Kali ni beli brand Kart's. Dua-dua ada kelebihannya. Brand Kart's ni kelebihannya ada kuah dal siap-siap dalamnya. Rotinya kalau dibiar suhu bilik sebelum goreng pun boleh. Nak terus masak beku-beku tu pun boleh. Sesuai dibawa kalau travel sebab dia tak lembik walaupun room temperature. Tapi kelemahannya roti canainya agak keras pada selera saya @ mungkin juga saya yang tak pandai masak. Saya rasa roti canai ni dibakar 1/2 masak sebelum frozen.
Rumah sy jarang ada roti canai frozen sbb Pak Inche tak minat, nak makan roti canai terus makan kat kedai. Tapi the tarik mmg sy selalu buat la, satu teko letak lima uncang teh, air mesti mendidih. Biar 10 minute baru letak susu pekat, eh.. dah rasa macam nak pi bancuh teh plak kat dapur, hihi
ReplyDeleteHihihi.. Saya tidak bertanggungjawab di atas pembuatan teh tarik SK itu.. Tapi dah tahu SK bancuh air mwsti lagi kaw & sedap punya tu... Hihihi
DeleteAkak pun jarang beli roti canai frozen sebab kedai jual roti canai selang sebuah rumah je.Kadang beli lebih2 frozen kan sendiri jika tak habis.
ReplyDeleteMakan roti canai fresh lagi sedap & feel la akak. Saya ni sebab tinggalnya atas kayangan. Kalau pepagi bercintanya nak turun ke bumi mencemar duli mencari rezeki.. Hihihi
Delete