Sunday, 9 December 2018

BIJI BUAH PERAH....SEDAP KER..?


Buah Perah..
Mak aku beli masa gi MAHA 2018 minggu lepas.
Mak aku cakap dah lama nak makan buab perah ni.
Hari tu ada jumpa jual kat tepi Pasar SB tapi tak beli
Esoknya lalu lagi dah xde dah..
Masa mak aku cakap Buah Perah tu aku xleh nak bayang pun
Sebab aku x pernah tengok
Tak pernah dengar
Tak pernah makan..
Masa gi MAHA jumpa Buah Perah ni kat kios Negeri Pahang


 Ni la gerai Buah Perah tu
Gerai Negeri Pahang
Gerai ni ni jual Buah Perah Rebus,Jeruk Buah Perah  dan juga Buah Perah yang telah diproses dinamakan Asam Rong
Gerai ni juga menjual Ikan Baung Masak Asam Rong..
Mak aku nak beli tapi kakak tu cakap belum siap lagi..
Sedang dimasak sebab awal lagi .
Pukul 10  pagi nanti baru siap
Masa kami sampai baru pukul 8 lebih..


 Mak aku beli 1 bekas Buah Perah Rebus


Akak ni memang bersunguh2 menerangkan kepada pengunjung about Buah Perab dan Gulai Asam Rong
Mak aku pun tekun mendengar lecture kakak ni
Hahahaha


Actually mak aku kata ni bukan Buah Perah
Ini Biji Buah Perah
Sebab hanya Biji Buah Perah yang dimakan
Sedap ke..?


Ni la Biji Buah Perah yang dah direbus
Isinya putih bersih
Mak aku beria makan.
Kakak xnak
Aku pun xnak
Kakak langsung xnak cuba sikit pun
Aku cuba juga rasa segigit
Tapi not my taste
Abang pun x makan pun..
Mak aku latak atas meja makan tu
Abang x cuit pun
Atau mungkin juga abang ingat tu lipas ker..
Hahahaha..xkan la lipas!
Marah nanti orang yang suka Biji Perah ni..!
Mak aku kata sedap macam kacang rebus
Mak aku kata lagi sedap dari kacang tanah
Tapo masa mak aku post dlam Family Group WhatsApp tu ..
Achik respon ...cakap Pakcik Pesan suruh hati2 makan sebab Buah Perah ni sejenjs Buah Beracun.
Perlu diproses dengan betul untuk membuang racunnya sebelum dimasak untuk makan..
Pakcik kan orang Pahang..
Mestilah Pakcik lagi tahu makanan exotic negeri Pahang..
Haaa....lagi la aku x bedani nak makan..
Baru aku tahu Buah ni asalnya Buah Beracun..
Ngeri lak nak makan
Tapi mak aku cakap kakak yang jual tu cakap Biji Perah Rebus ni dah diproses  dengan sempurna sebelum dijual di MAHA ..
Mak aku cakap sama gak macam UBI GADUNG ...kat sini....
Mak aku cakap Ubi Gadung tu beracun hinggakan babi pun x sanggup makan.
Tetapi dengan kebijaksanaan akal yang Allah kurniakan kepada manusi..
Ubi beracun itu dapat diproses dan dijadikan makanan penyambung nyawa dizaman Jepun.
Huh...semangat tul mak aku bercerita..!
Hahahaha...dengar jer diam2..!

Rupa Biji Buah Perah ni sekali pandang macam lipas jer..
Kulit dia keraa macam kulit biji getah
Saiz dia besar ibu jari mak aku..
Bukan ibu jari aku yer..!
Hahahaha...

Bila dikopek kulitnya yang keras tu
Rupa bijinya juga macam isi biji getah
Haaa....biji getah aku tahu sebab aku selalu kutip kat kebun getah belakang rumah nenek
Mak aku cakap ada kat Pahang juga da sesetengah tempat memnggunakan Biji Getah untuk menggantikan Buah Perah untuk diproses menjadi Asam Rong untuk dimasak bersama ikan sungai
Mmm...hari tu pun mak aku ada tanya kakak kat MAHA tu
Tapi aku x amik pot sangat sebab bhkan fav akh
Hahaha
Mak aku jer suka sangat mender nostalgia & exotic ni..
Macamana Pokok Buah Perah ni...?


Pokok Buah Perah dari Google
Kata mak aku Pokok Perah ni  jenis Wild Tree
Bukan ditanam tapi tumbuh dihutan tebal
Mak aku cakap kat kampung nenek xde pokok ni sebab dah xde hutan tebal
Tapi mak aku kata arwah atuk pernah cerita kat hutan2 di Baling,Sik dan Selatan Thailand ada pokok Buah Perah
Mak aku kata arwah atuk berasal dari sana ..
Huhuhu dah beberapa kali Raya Puasa Achik plan nak gi Thailand umah sedara mara arwah atuk tapi belum tercapai

Buah Perah Segar.
2 pic kat atas ni pinjam KAT SINI....
Baca info...diterangkan Buah Perah yang matang akan meletup macam Buah getah juga
Haaa..kalau yang tu aku boleh imagine sebab skalau musim Buah Getah masak dan gugur kat kebun nenek memang boleh dengar bunyi letupan dan bunyi bijiw getah gugur menimpa daun dan ranring getah sebelum jatuh ke tanah.
Yang ajaibnya...
Walaupun aku sedang kutip bjji2 getah dalam kebun tu dan buah2 getah di atas pokok sedang meletup..
Tak pernah sekali pun buah dan biji getah tu menimpa kepala aku..!
Nenek pun cakap xde la lagi sepanjang mengerjakan kebun getah tu ditimpa buah getah..
Tak tahulah macamana buah dan biji getah tu mengelak dari menimpa manjsia dibawahnya
Ajaibkan ..ciptaan Allah..!


Ni biji perah yang dah dibuka kulit kerasnya
Dikupas selaput putih dalamnya
Nampak macam Biji Rambutan la plak


Macam Almond plak
Dolu mak aku selalu beli almond dan rendam dalam air semalaman.
Esoknya mak aku akan kopek kulit almond yang coklat tu & dapat la biji almond yang putih dan rangup.
Mak aku suka makan almond rendam macam tu
Jarang mak aku panggang biji almond untuk makan..
Tapi itu yang akuninvaf masa aku kecik lagi la
Sekarang x pernah nampak lavi dah mak akj  eli almond buat camtu
Mak aku cakap sebab sekarang harga almond berkali..kali...kali ganda dari dulu
Sekilo biji almond mak aku cakap dah menyamai harga 3 kampit beras yang boleh jadi stok 1/2 tahun kat umah kitorang
Bapak mahal...!!!
Mak aku hanya beli almond waktu musim raya jer untuk buat cookies untuk jualan musim raya..
Haaa....lepas ni boleh la guna Biji Buah Perah lak ganti almond dalam  cookies..
Hahahahaha.....boleh biah Perah Cookies
Kikikiki.....


Mak aku jer yang makan Biji Perah Rebus ni


Ada yang mak aku goreng plak nak kasi rangup


Mak aku kata yang goreng lagi sedap
Sebab lagi lemak dan rangup
Tapi aku x teringin pun..
Mak aku cakap nyesal plak x beli stok Biji yang mentah..

20 comments:

  1. btul sedap ..lg sedap darin buah berangan kat genting semoah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah berangan kiter suka
      Tapi buah perah ni 1st time tengok

      Delete
  2. Xyah la buat jakun sangat wei deme.. acah2 bandor..

    ReplyDelete
  3. Saya ingin membeli wsp 01111006779

    ReplyDelete
  4. memang sedap...tapi lemaknya ada kuat dari kacang...boleh khayal jugak bila banyak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar betik....😱
      Ni ker yang kata kalau salah makan buah ni akan memambukkan..
      Huish bahaya ni. Sib baik kiter x makan🤭

      Delete
    2. Nak gorng buah perah ni mcm mana ya?? Ada dgr goreng dgn pasir...nak tanya goreng brapa lama ya nak bagi keras

      Delete
  5. Yg.mahu buah perah. Ada utk dijual 0175984085

    ReplyDelete
  6. Baru jumpa KT RnR sungai Perak....beli yg dah rebus pertama kali makan sedap juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. R&R Sg Perak memang selalu jual bender2 rare kan..
      Mak kiter pun suka singgah situ

      Delete
  7. Baru juga beli tadi kt rnr sg.perak,RM8 sekilo...takut plk rasanya nak makan,baca info tentang racun buah ni...☺ apa2 pun nak cuba rebus dulu sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh..
      Ni kalau mak kiter yang jumpa mesti mak kiter beli nih

      Delete
  8. Nak beli meh wasap 0173414269

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih
      Mungkin bermanfaat untuk yang memerlukan

      Delete
  9. Hye Assallamua'laikum.
    Saya telah cuba mencari di Google apakah kelebihan buah perah ni, tapi tak jumpa² haha. Jika tak keberatan, bolehkah Tuan blog ni dapatkan saya jawapan apakah kelebihan atau khasiat mengamalkan buah Perah? Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete
  11. Tq share pasal biji buah perah ni. Saya hari ni baru try rebus n makan. Kene rebus byk kali buang airnya.

    ReplyDelete