Sunday, 16 December 2018

KE MAJLIS PERTUNANGAN KAK ZATI

 3 hari 2 malam ke Kulim
Actually untuk hadiri 2 majlis
1 untuk Majlis Pertunangan Kak Zati
My cousin jugak la
Anak Pak Long
Jauhnya nak gi Kulim
Sebab mak aku kata border Perak dah pun...



Ni la Kak Zati...
Cucu sulung nenek
Anak sulung Pak Long & Mak Long yang nak bertunang pada hari Jumaat 14 Dec 2018
Kami sampai hari Khamis
Duduk homestay..hingga Sabtu
Dah citer kat entri KE KULIM KITA.....


 Rombongan Meminang dah sampai


 Silakan la masuk
Adey mannis


Penuh ditangan dulang ditatang
Semua manis dengam senyuman
Datang bukan sebarang datang
Hajat menyunting bunga di taman



Tumbuh subur si pokok kaduk
Tapi tidak ditanam di taman
Jemputlah masuk silalah duduk
Jangan hanya berdiri di halaman



Mangga muda dikupas dicincang
Dicampur pula dengan rencahnya
Wakil keluarga sedang berbincang
Berapa hantaran dan bila majlisnya


Jangan jauh2 duduk dekat- dekat
Apa nak malu semuanya pakai baju
Setelah tercapai kata sepakat
Semua mengangguk tanda setuju


Nama jer aku snap pic
Tapi aku x dengar sepatah haram
Apa yang depa bincang
Hahahaa....


Barang hantaran aku x snap pun
Hahaha....
Hantaran perempuan pun x snap
Yang lelaki pun sama
Yang aku nampak sedap lemang yang sebelah lelaki bawa...
Nampak sedapnyerrrrrr...
Tapi aku just tengok jer..
Heeeee....
Hmm...nsk citer banyak aku bukan tahu sangat
Takut jadi salah..
Ok..kurangkan bercakap
hahahaha

 Me and Kak Zati..
Happy engagement to kak Zati
Semoga fimudahkan segala urusan


Me & Kak Zafirah
Kak Zati tu...yang bertunang is elder sister kepada Kak Zafirah
Hari ni kak Zati bertunang
Esok Kak Zafirah akan  berkahwin..
Selamat Pengantin Baru Kak Zafirah..
Semoga bahagia till Jannah


Update:
Tengah tengok album lama ngan mak aku..
Mak aku tunjukkan ni poc Kak Zafirah dan Kak Zati 22 tahun yang lalu masa Kak Zati & Kak Zafirah kecik
Aku mana..?
Hahahaa..mak aku cakao jangan kata aku
Kakak aku pun lum lagi..
Masa ni Achik pun lum kahwin
Hari ni kak Zati bertunang
Esok kak Zafirah dah nak kahwin

My aunt & my mom with Kak Zati
Ok..
bye....

7 comments:

  1. Replies
    1. Hehehe...kiter pernah wakil sekolah untuk pantun..
      TQ to Cikgu Norimah yang banyak ajar kita cara bina pantun...

      Delete
  2. Amboi berpantun bagai ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. practice kot ada orang datang meminang nanti..
      Hahahahaha...

      Delete