Zucchini Tumis Daging
Bukan Zucchini tu yagh masak tumis
Tapi Zucchini tu yang dimasak tumis bersama daging
Sedap..
Sayur tu sedap...Daging pun juicy
mak aku cakap x tahu apa yang juicy tu
Sama ada daging atau zucchini
Sebab mak aku cakap langsung x masukkan air pun tapi kuahnya penuh mangkuk
Mak aku kata just masak budus je xde latak apa-apa perasa pun..hanya garam jer
Tapi dia punya sedapppp
Aku suka sangat...
Mmmm....dap...mmm
Mak aku cakap masak Zucchini ni sebab kakak la nak sangat makan zucchini.
Kitorang buka selalu makan pun sayur ni
mak aku beli sebiji jer
Saiz buah timun
Harga dia RM2.58
Ala bila scan RM 2.60 la
So..mak kau cakap kalau jumpa brang harga RM1.99 dengan barang harga RM 2.02
Baik lah amik barang yang harga RM 2.02 kena bayar sama jer RM 2.00
Hahahaha
Petua dario mak aku tuh
Macam timun pun
Tapi tanggkai dia lebih besar la
Bila belah pun memang macam timun
Warna pun macam timun Jepun je
Tapi timin Jepun rangup dan juicy
Zuchiini ni agak tawar..a la serangup timun .
Belah 2
Pastu guna peeler & slice kan panjang-panjang
Peeler tu pisau kupas kulit buah la
Selain daripada cantik
Dengn potong camni akan nampak lagi banyak
Haaa...tipu mata
Daging Qurban lagi
Mak aku cakap yang ni namanya Daging Batang Pinang
Mmmm....aku pun x tahu naper nama dia batang pinang
Pokok Pinang ..buah pinang aku tahu sebab kat kampung nenek ada jer
Tapi daging ni aku x tahu
Cuma mak aku ada bagi tahu adaging Batang Pinang adalah bahagian daging yang paling mudah masak cepat masak..tu jer info yang mak aku bagi
Lain-lain aku x tahu
Mungkin kena tanya Pakcik...
Hahahaha
ZUCCHINI TUMIS DAGING
1 biji zucchini
1 mangkuk daging batang pinang-agak-agak 250gm
1 sudu teh garam
2 bawang putih
1 sudu minyak
1 cili kering
1. Hiris daging nipis-nipis
2. Slice zucchini guna peeler
3. Panaskan minyak dan tumis daging.Masak sekejap sahaja hingga daging berubah warna sahaja
4. Kemudian baru masukkan bawang putih dan zucchini
5. Tambah garam dan cili kering potoong
6. Masak sekejap sahaja supaya sayur x benyek
No comments:
Post a Comment