Wednesday 13 September 2017

TAUHU CELUP TEPUNG

Tauhu Celup Tepung
Sebenarnya Tauhu Goreng
Tapi dicelup tepung...


Sedapppp sangat..
Semalam nyer juga ni
Mak aku cakap Mak Ismail yang bagi tauhu tu
Selain tauhu mak Ismail ada bagi Mee Pok Lan dan tauge..
Mmm....mak Ismail selalu bagi macam- macam
Semalam kiranya makan dari rezeki yang diaedekah
Mak Nik Anis bagi Teresek
Mak Ismail bagi tauhu..mee bagai
Alhamdulillah...
Rezeki kitorang sentiasa melimpah..
Mak aku cakap dan Achik pun selalu pesan supaya sentiasa mendoaakan supaya Allah melimpahkan lagi rezeki dan rahmat kepada orang- orang yang berbuat baik pada kita..
Ini kerana kita tidak akan mampu membalas jasa dan budi orang..
Hanya Allah yang akan membalasnya..


Mak aku cakap tauhu ni mak aku goreng Celup Tepung sebab tauhu tu besar- besar dan segar
Mak aku cakap kalau tahu segar sedap dimakan begitu sahaja..
Goreng dan cicah Sambal Kicap pun dah sedap
Tapi yang ni mak aku Goreng Celup Tepung
Cicah Thai Chilly Sauce...
Mmmm...yummmy..


Ni nk kasi vogue...
Cucuk la ngan lidi cocktail
Tapi memang sedap giler do..!!!


Panas- panas RangupbGaring diluar
Dalamnyaoist..juicy...
Sos lak pedas manis ...
Mmmm...walla...



Sebab tauhu tu besar- besar..
Mak aku kata guna 2 ketul jer dah cukup kenyang untuk aku ngan mak aku


TAUHU GORENG CELUP TEPUNG
2 tauhu besar- potong 3x4= 12
½ cawan tepung goreng ayam
¼ air
sikit garam
Minyak untuk goreng

1. Tauhu dipotong 12
2. Goreng tauhu ½ garing
3. Bancuh tepung & air
4. Celup tauhu ½ garong tadi dan goreng dalam minyak yang banyak
5. Toskan dan hidang dengam Thai Chilly Sauce


Tauhu Celup Tepung



Walaupun 2 ketul tauhu sahaja tapi sebab tauhu tu besar dapat potong 12...
Jadilah 24 kiub dan kenyang untuk aku ngan mak aku...
Kenyang...
Brrrrr....
ALHAMDULILLAH...


No comments:

Post a Comment