Wednesday 20 September 2017

NASI GORENG TOMYUM BERPETAI

Nasi Goreng Tomyum Berpetai.
Nasi Goreng Tomyum jer pun
Tapi sebab letak Petai
Namanya jadilah Nasi Goreng Tomyum Berpetai
Tomyum ke Tomyam???
TOMYUM
Sebab kat botol sos tui tulis tomyum
Kalau dia tulis tom-tom-bak
Namalah Nasi Goreng Tom-tom-bak
Hahahahaha




Nasi Goreng Toyum
Untuk dinner aku ngan mak aku
Bukan hari ni
Tapi hari Sabtu malam..
Malam minggu 
Asalnya aku xnak makan sebab ada petai
Tapi sebab esok tu baru hari Ahad ,so boleh lagi la makan petai



Minum bersama Teh O Panas


Sambil makan nasi,sambil fifit keropok
Mmmmm feel do..!
Walaupun Nasi Goreng ni namapk BUDUS
Tapi rasanya dia memang x bodoh
Macam yang orang kampung nenek aku selalu cakap la
Don't Judge Book By The Cover..


Sorang sepinggan

Mak aku cakap petai tu baki petai yang buat Sambal Petai Bilis Tin hari Sabtu


Sebab biji petai tu besar-besar,mak aku cakap sedap buat Nasi Goreng


Sos TOMYUM yang selalu mak aku guna untuk buat Nasi Goreng
Ejaan dia memang TOMYUM kan...
Bukan tomyam

NASI GORENG TOMYUM BERPETAI
2 cawan nasi
1 biji telur
1 sudu pes tomyum
2 sudu minyak
2 papan petai= 1 cawan isi petai

1. Panaskan minyak dan pecahkan telur.Kacau cepat-cepat supaya telur hancur halus


2. Tambah pes tomyum


3. Goreng telur dan pes tomyum biar berbuih


4. Masukkan nasi yang dilerai


5. Kacau rata
6. Tambah petai

7. Kacau sebati hingga nampak berasap.Sesuaikan rasa dan tutup api


Apalah erti Nasi Goreng tanpa Keropok Ikan
Hahahaha....terpengaruh citer ......


Keropok Ikan ni kiriman dari Trengganu
Mak Ariff yang kirim
Dolu mak Ariff kat KL
Tapi sekarang dah pindah Trengganu...
Dolu masa sekolah rendah aku rapat ngan Ariff walaupun Ariff senior dari aku
Masuk sekolah menengah dah x sama sebab Ariff lebih pandai..
Ariff ke MRSM...Melaka
Semoga Allah merahmati mak Ariff dan keluarga mereka semua....
Semoga Ariff,....Rafei.....Aishah....dan Sarah tabah dengan dugaan yang dilalui
Aku faham kerana aku juga pernah melalui detik-detik sukar + keliru dengan apa yang terjadi
Walaupun jalan cerita kita berbeza tapi Judulnya tetap sama...
Bertabahlah...

No comments:

Post a Comment