Friday, 4 November 2016

STEW AYAM

Sekarang ni tengok kat TV & serat khabar..
Semua heboh minyak naik harga..
Aku x kisah pun...
Tapi bila mak aku cakap minyak masak yang bulan lepas harganya RM13.35 dah jadi RM 21..
Huh...
Memang aku pun dah jadi kisah...
Ingatkan naik 15 sen jer
Rupanya bila tanya mak aku kata yang naik 15 tu minyak petrol..
So...?
Haaaa....dua2 minyak dah naik harga..!!
Mesti lah aku kisah
Sebab dua2 minyak tu mesti aku yang kena beli...
Tapi mak aku yang bayar..
Heeee...
Stew Ayam...
Kena makan rebus-rebus & panggang jer lah..

Tu yang ramai orang viral kat w/apps
Kat group budak sekolah pun dah heboh viral ni..
Hihihi
Stew Ayam holeh la rebus..
Guna sikit jer minyak
Tapi mak aku kata cer goreng karipap bubuh minyak 1 sudu jer...
Agak2 sedap ker..??
Mmmm...ntah..x pernah orang buat kerja tu..!
Malas nak fikir...

STEW AYAM
1/4 ayam bahagian tulang
2 sudu minyak masak
2 buah tomato @ 1 sudu tomato puri
1/2 carrot
1 kentang
1 batang
Garam
Lada hitam
Sikit gula
1 sudu teh oregano
Daun sup

Bahan tumis:
10 biji bawang ros-belah 2
5 bawang putih-kerat 2
1 ketul halia- ketuk
1 bungkus rempah bunjut sup tulang

1. Belah bawang

2. Cuci ayam..
     Jika nak kuah stew yang pekat..gaul sikit tepung gandum pada ayam sebelum soute..

3. Panas minyak & tumis semua bahan tumis


4. Soute ayam hingga nampak garing
     Masukkan buah tomato cincang & air secukupnya hingga mendidih

5. Masuk kentang & carrot hingga empuk..


6. Masukkan garam..sikit gula & lada hitam yang ditumbuk halus
- masukkan oregano supaya naik baunya

7. Siap..boleh makan dengan roti @ nasi

No comments:

Post a Comment