Tuesday, 10 March 2026

MENU BERBUKA PUASA 12 RAMADHAN 2026: PAJERI NANAS,



Menu iftar 13 hari puasa untuk tahun 2026..Tahun berbuka puasa agak meriah..Semua ada kat rumah..Hari hari masak....Dah naik pemimbang....tak da perubahan langsung....hahahaha


Untuk hari ke 12 puasa...Saya masak  Pajeri Nanas..
Lauk ni antara lauk yang paling saya tak suka masa zama kanak-kanak hinggalah zaman remaja ..juga zaman muda muda memang tak suka lauk ni sebab ada rasa manis.Tapi tu la...makin usia meningkat muda ni,eh tersuka pulak🤭.
Semua pun makan jer lauk ni...kecuali Cella...dia tak suka pajeri🤭
Resipi bawah ni saya c&p daripada old post 

PAJERI NANAS....
1 biji nanas
1 cawan santan
1 sudu rempah kari daging
2 sudu rempah kari ikan
1 sudu kerisik
2 sudu gula perang
1 sudu teh garam
1 sudu udang kering@ bilis tumbuk
Bahan Tumis;
2 bawang kecil
2 bawang putih
2 hiris halia
2bunga lawang
5 bunga cengkih
5 buah pelaga
1 kecil kulit kayu manis
4 sudu minyak

1. Kupas nanas dan slice. Boleh slice bulat @ boleh belah2.

2. Panaskan minyak dan tumia bahan tumis hingga harum

3. Masukkan rempah kari ikan & kari daging yang dibancuh dengan 1 cawan air.

Masak hingga naik minyak

4. Masukkan nanas dan kacau hingga nampak kuah cair kerana keluarnya jus nanas. Masak anggaran 15 minit hingga nanas nampak jernih

5. Tambah santan, garam, gula & udang kering tumbuk

6. Biar mendidih & kuah agak pekat.

7.Masukkan kerisik dan perlahankan api supaya mendidih perlahan dan kuah akan naik minyak & cantik

8. Sesuaikan rasa

*** Pajeri nanas elok dimasak beberapa jam sebelum dimakan supaya rasanya lebih sedap








Dah ada pajeri kenalah ada ikan goreng kan...baru ngam..
Saya buat ikan rebus goreng.Kalau kat kampung mak sebut ikan lengat goreng..Kalau dulu zaman kanak-,kanak takda peti ais kat rumah.Jangankan peti ais...elektrik pun takda.Umur 17 tahun baru merasa kampung saya ada elektrik...hihihi.
So,ikan lengat ni memang tak asing bagi saya dan merupakan salah satu makanan nostalgia.Melengat ikan adalah salah satu cara mak mak dulu nak awet ikan bagi tahan lama dek ketiadaan peti ais Dulu kalau mak kepekan sari,beli ikan kembung atau selayang banyak,balik rumah mak akan lengat.Seminggu tu berlauk ikan lengat la..Ikan lengat masak kari dan ikan lengat goreng la paling popular.Pada saya,ikan lengat goreng berbanding ikan segar yang digoreng.Ikan lengat lebih masin dan terasa bila makan dengan nasi..



IKAN LENGAT GORENG

½ kg ikan selayang ( sebaiknya pilih saiz kecik)
5 asam keping besar
2 ausu garam 
¼ cawan air

1. Bersihkan ikan dan susun dalam kuali /periuk
2. Carik carikkan asam keping dan tabur atas ikan berselang seli 
3. Tabur garam dan tuangkan sikit air.
4. Masak api perlahan hingga kering.
5. Boleh goreng garing ikan lengat ni dan tabur juga bawang dan cili padi goreng

** kalau pantai timur style lagi sedap...depa ada letak lengkias dan gula nisan



Telir dadar pelengkap lauk.Bulan puasa ni hpir setiap hari ada telur dadar.
Saya suka telir dadar garing...Ada saya share cara buat  TELUR DADAR GARING DAN RANGUP....kat sini



Ulam salad sebagai sayur hijau...hihihi
Piasa kali ni jarang masak sayur


Buah nanasa pencuci mulut....Dah ada pajeri nanas...dessert pun nNas juga....
Tapi semua pun suka ja namas ni..Kalau yang manis dan tak lidad la...Kalau kena yang lidas.....mmmmm sakit lidah dan tminum air pun rasa tal sedap



Saya teringin nak minum  sirap selasih.Tapi takmo sirap readymade tu.Nak sirap homemade yang letak pandan,kayu manis,cengkih dan daun limau purut tu..Terbayang keharuman yang nostalgi dan tiada dijual di mana mana..Keharuman yang pastinya akan menggamit segala kenangan manis berpuasa zaman kanak-kanak.Dulu zaman saya kanak-kanak minuman sejuk beraia hanya ada pada bulan puasa.Setiap hari akan ada orang berbasikan tua jaja ais keliling kampung.Ais yang dibekukan dalam takung getang bentuk segi empat tepat.Digergaji saiz kuib sebesar batu bata binaan tu.Disalut habuk kayu halus nak lambatkan pencairan.Kadang disalut sekam padi.Seketul ais sebesar batu bata tu dijual dengan harga  sekupang(10 sen) 
Itupun buka selalu mak beli.Dalam sebulan puasa tu mungkin hanya 2 atau 3 kali sahaja mak beli ais.Kalau tercium aroma sirap pandan + daun limau purut tu,maknanya mak beli ais la tu...Agaknya sebab jarang dapat minum air dulu dulu,tu ya g sesekali dapat tetap diingat dan aromanya masih segar dalam ingatan.
Hingga kini sirap selasih masih jadi kerinduan saya.Saya hanya buat sesekali sahaja terutama bulan puasa.Tak boleh buat selalu...nanti hilang  exclusive nya..🤣🤣
Tapi saya tak nak la menikmati sorang -soranf....Lebih sedap dinikmati berjemaah...Sebab tu saya pernah share 













1 comment:

  1. dulu takde letrik watlek watpis je tidur memalam tak berkipas ye. sekarang cubalah tengok kalau mampu lagi

    ReplyDelete