Kusangka Jumaat Rupanya Sabtu...hihihi..
Masih tak boleh move on sebab saya kalah bid raya Jumaat.Tqpi pastinya ramai yang mendoakan agar raya hari Sabtu terutana ya g masih bekerja pada hari Khamis dan juga Numaat.Yang perlu jemput anak di asrama dan juga yang ada kekangan pada hari Jumaat.Namun itu semua bukan penyebab raya jatuhnya pada hari Sabtu...Tapi kerana kita kita di Malaysia berpegang kepada kepatuhan kepada pasukanahli falak,pegawai Pejabat Mufti Negeri,Jabatan Ukur san Pemetaan Malaysia Kita bukan ahli nak menentukannya,kecualilah memang hilal terbentang dapat dilihat mata kasar dengan jelas kan...
Ok..apapun keputusan rasmi dari Penyimpan Mohor Besar,Malaysia sambut raya pada Sabtu.Selepas pengumuman pada hari Khamis malam tu,rasa lega pun ada sebab masih ada sehari lagi nak buat persiapan.Ketupat palas pulut putih dan pulut hitam makndah siapkan awal dah frozen..tinggal nak rebus je malam raya nanti.Sega bahan basah juga Achik dah siapkan sebelum kami balik dari KL.Hari Khamis,hari cerap anak bulan tu,sambil tunggu buka puasa,saya dan Achik dah siapkan rempah ratus,cili bawang,serai lengkuas bagai dah siap kisar kot raya Jumaat boleh terus masak.Ni dah confirm raya Sabtu,maka Jumaat pagi siap boleh pi Bazar Kemboja @ Pendang cuci mata tengok orang ramain last minutes shoping..hihihi
Petang sebelum balik buka puasa di kampung,saya dan Achik pakat balik masak di rumah masing -masing.Tapi juadah iftar petang tu Achik yang masak untuk semua.Lepas buka puasa di kampung,,balik rumah dah tengah malam.Tapi kami dah buat pembahiagian tugas ikut menu yang dah dibincangkan..Ppagi raya pakat bawa makanan yang dimasak ke kampung..Hasilnya :
Ni je swmpat ambil gambar makanan berhidang sebelum diserbu tetamu seusai solat sunat Aidil Fitri di surau berdekatan rumah mak kat kampung...Cella & Achik tak sempat isi semua bekas makanan lagi,tetamu dah sampai .
Lain lain gambar ,makanan dah berusik,sebab ambil gambar sesambil tetamu cedok makanan.Walau tak manis tetamu sedang cedok,kita nak ambil gambar,tapii curi curi juga ambil gambar ..hihihi
Ayam Masak Kicap...juga by Achik..
Mak masak Ketupat Palas versi Pulut Putih dan Pulut Hitan..Yang nampak gelap sikit tu pulut hitam la tu
Nasi Beriyani..
Saya masak guna periuk Noxxa Achik cepat sikit kerja..Lepas masak masukkan dalam flask ni & masak lagi guna periuk sama sebab sekali masak hanya boleh muat 1.8kg beras basmathi...Tapi masak guna Noxxa sangat membantu ..Laju jer masak.Setiap kali masak sekitar 15 minit sahaja.
Kuah Lontong....Saya masak..Memjadi rutin masak kuah lontong ni sejak pertengahan tahun 90-an hingga kini.Kalau pun tak masak menu pagi raya,pasti akan masak juga pada hari raya berikitnya walupun sikit kerana ini favourite mak..Kalau tahun 90-an dulu tempe memang takda jual kat Pendang ni...Maka setiap kali nak raya saya akan beli tempe di KL...potong kasar,gaul garam dan goreng masuk tulperware bawa balik Kedah...memang gigih yer masa tu kerana menu lontong kuah lodeh,lengkap ayam merah dan sambal goreng adalah menu wajib masa tu..Tak pakai nasi impit tapi ketulat daun kelapa yang saya anyam sendiri.Hanya rumah mak ada juadah macam tu maka Masa tu kat kampung hanya rumah mak saja ada menu tu .Kali ni saya masak seperiuk agak besar.Tak muat flask ni..Dah surut boleh topup lagi
Kuah Laksa by Achik..Ini kepakaran Achik...Saya tak pandai masak kuah laksa asam ni...SKalau saya masak memang tak sesedap Achik masak...hihihi



















Selamat hari raya. Maaf zahir & batin.
ReplyDelete