Thursday, 5 March 2026

SAMBAL UDANG,LAUK SOSEJ,KEROPOK LEKOR & LENGKONG MILO: IFTAR 8 RAMADHAN 2026

Menu iftar 8 Ramadhan....Minggu lepas punya menu baru nak publish..hihihiSejak dua menjak ni  time management out! hihihi...Dah tak pandai nak menguruskan masa....apa lagi nak menKURUSkan badan🤣


Tapi apapun masak tetap onz..Setiap hari kepla ligat fikir nak masak apa.Tapi kadang plan lain tapi masaknya lain sebab ikit kesesuaian dan keadaan..


SAMBAL UDANG..

Puasa ni dah beberapa kali masak sambal udang ni..Lauk favourite Cella,Adah & Izzudin suami Adah..Saya bukan peminat seafood kecuali ikan.Anak.jantan tu pulak langsung la tak makan udang ketam,sotong bagai..Waima ikan pun dia hanya makan ikan pari dan talapia merah..Tapi kalau ayam....dia tak pernah jemu jemu...

Masak sambal udang ni tak mengambil masa yang lama sebab udang cepat masak,tak macam ayam dan daging.Tapi nak buang urat belakang tu kadang makan masa sikit..Ni pun masak udang sebab balik kerja agak lambat.Haiwan dalam peti ais belum dikeluarkan.Maka  singgah pasar segar beli la udang yang cepat dimasak..Vahan kisar dah seperti biasa saya beli.Dulu tempat kerja lama selalu order kat Roa.Lepas tu Ros pondah...ada la kot sekali dua blend cili sendiri.

Pindah tempat baru eh,ada pula suplier cili  kisar.Tak pernah jumpa pun orang ya hanya COD ke tempat kerja.Tapi puas hati beli sebab cilinya dah blend sesiap bersama bawang dan tahan lama tanpa bau atau kulat.


Dua minggu sekali biasanya saya akan buat pesanan cili kisar + bawang  untuk stok kat rumah..Biasanya saya akan beli dua botol.Sebotil tu RM12 & kalau sebotol biasanya bolehlah bertahan ssminggu kat rumah ni.


Gandingan menu bersama udang sambal..Masak lauk sosej ni sebab anak jantan sorang tu kan tak makan seafood.Nak defros ayam bagai dah lambat.Makanya makan lah lauk lrotein tipu-tipu ni...Taktau ni sosej masak apa...Adah yang masakkan lauk ni..Licin depa makan...




Takda masak sayur pun...Hanya ulam.salada ni sahaja sebagai penghijau meja makan..hihihi



KEROPOK LEKOR..JAumpa keropok lekor sedap kat pasar sedar.Buat kudapan sebab tak sempat nak buat kuih bagai


Rupanya Adah dah buatkan lengkung Milo satu loyang besar..Dua hari makan tak habiis..hihihi



Alhamduah...juadah iftar 6 Ramadhan..Masak kalut kalut pun  sempat siap sebwlum berbuka
 

3 comments:

  1. mata ni focus kat udang sambal...dalam fridge ada udang...boleh la buat sambal petai nanti....

    ReplyDelete
  2. Seronok masak bila ramai yang makan kan kak... suka tengok menu akak lengkap semua. Dana kadang rajin masak kadang males hahahah

    ReplyDelete