Friday 29 July 2022

SUP GEAR BOX PEDAS MASAM

Sup Gear Box Pedas Masam..
Masak semalam punya semalam.Sekarang dah kena kembali masak la pepagi sebab semua anak-anak dah lengkap ada kat rumah.Semua dah depan mata...hihihi..


Tulang gear box kerbau qurban  pemberian Pakcik masa balik Raya Haji 3 minggu lepas.
Saya masak versi pedas masam ala-ala rasa sup ekor kedai Siam tu.Sebab rasa nak hirup-hirup sambil ratah urat keting dalam sup tu.Saya rebus tulang tu waktu malam sebelum tidur.Walaupun ada ja PC Noxxa tapi saya lebih suka guna rice cooker untuk rebus tulang...
Sebenarnya saya penakut dengan bunyi masa kita keluarkan wap tu...hihihi
Sebelum ni kalau guna pun anak bujang tu yang buatkan..hihihi


 

Esok paginya baru saya jadikan sup pedas masam ni..Menggelak dengan aroma sup ketika fajar menjelang..

Saya buat sup simple sahaja..Cuma ada imbangan rasa pedas,masam,masin dan sekelumit manis.

SUP GEAR BOX PEDAS MASAM.

1 batang gear box + daging

1 biji bawang Holland

5 bawang putih.

1 ketul halia.

1 kulit kayu manis.

2 biji tomato merah.

1 limau nipis.

5 cili padi merah-ketuk

Daun bawang & daun sup

Sikit minyak,garam,perasa dan secubit gula.


1. Rebus gear box dan daging bersama halia hingga urat keting menjadi jernih dan lembut.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang bawangan hingga layu dan harum.

3. Masukkan rebusan bersama airnya dan buah tomato yang dibelah-belah,cili padi ketuk,garam dan perasa.

4. Biar mendidih hingga tomato agak hancur.Perah jus limau  dan sesuaikan rasa.

5. Tabur daun sup & daun bawang.



10 comments:

  1. Suka sup yang pedas² masam camni..sedap 🤤. Kembali meriah la kak, semua anak ada depan mata. Kirim salam pada semua 😉.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi
      Alhamdulillah...semua dah berkumpul...keluarga kecik ja🤭

      Delete
  2. Ya ampun!
    Sangat sangat sangat sedap!
    Tumpang hirup 3 sudu...sluurrppp..sluurppp...slurrrrpppp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...
      Teringat zaman kanak-kanak main pondok-pondok...hirup minuman macam tu..indahnya zaman kanak-kanak🥰

      Delete
  3. Haaa.. ramai org tak guna periuk noxxa sebab takut, hehehe.

    Sedapnya sup siam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi....rugi kan...dah ada tapi takut nak guna

      Delete
  4. Semalam SA baru ckp dengan Pak Zain..lama x makan sup gearbox...lepas ni bleh la beli gearbox atau tunjang lembu...nak buat sup jugak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan tunjang tu kalau dah empuk..liat2 kenyal

      Delete
  5. Replies
    1. Kalau tengok time hujan & perut tengah lapar pulak...hihihi

      Delete