Tuesday, 19 July 2022

MASAK SAMBAL GORENG BERSANTAN

Dah kata berazam nak kembali masak dan bawa bekal..


Hari ni saya  bawa bekal  berat..Makan nasi berlauk sambal goreng bersantan ni.Sambal ala sambal goreng pengantin yang ada hati,jantung,limpa,kentang,tempe dan suhun tu...
Ada stok hati dan jantung  qurban.Dalam rumah ni saya sorang ja makan organ-organ dalaman ni.Kecuali paru,ramaila peminatnya.

Untuk Adah & anak bujang tu saya asingkan sambal goreng versi campur daging sahaja.No hati..no jantung..no limpa..!


Sambal goreng yang versi hati,jantung & limpa ni agak gelap la sikit sebab penggunaan limpa kan..Limpa kan dia macam dark chocolate sikit.
Saya pernah makan sambal goreng bersantan yang sangat sedap air tangan Bibik iaitu  arwah ibu Prof.Datuk Dr Awang Sariyan( DBP) ahli bahasa yang terkenal tu.Sambal Goreng Bersantan masakan Bibik memang sedap sangat.Semua cili merah dan cili hijau dihiris nipis dan kesedapan tu masih saya ingat hingga sekarang.Itulah sekali dapat saya rasa air tangan Bibik pada tahun 90-an dulu lagi.
Namun sambal goreng bersantan yang saya masak ni hanya masak ikut apa yang ada sahaja.

SAMBAL GORENG BERSANTAN
½ kg hati lembu
½ kg jantung lembu
½ kg limpa lembu
½ kg paru lembu( saya tak ada stok)
5 keping tempe- dadu
5 biji kentang- dadu
5 cili merah - hiris nipis
5 cili hijau - hiris nipis
¹ cekak suhun-rendam dan kerat pendek.
1 kotak santan kara
1 sudu pes asam jawa Adabi
1 sudu besar gula perang
Minyak,garam,perasa

Bahan Blend:
1 genggam cili padi merah Bangladesh(+-30 biji)
10 biji cili merah
1 bawang besar
1 labu bawang putih.
3 serai
1 ruas halis

1. Hati,jantung dan limpa direbus 20 minit dan didadu.Kentang dan tempe juga didadu.Kemudian goreng semua bahan ini berasingan.

2. Dalam minyak sama,tumis bahan blend hingga naik minyak.Tambah air asam jawa,garam,gula dan perasa.

3. Masukkan bahan goreng tadi beserta santan.Masak hingga agak kering baru masukkan suhun.

4. Kacau sentiasa hingga kering dan sesuaikan rasa.




Ni kalau ada lontong daun pisang ni.. dah macam lontong kering dah ni
Saya masak agak banyak.Memang plan nak bawa bekal lebih makan ramai-ramai.

Shifa,cik mek molek Klate tu kata dia nak bawa nasi dan ikan rebus goreng serta budu.

Dah macam makan tepi bendang不

Walau bukan apa sangat lauknya,tapi nikmatnya makan..Alhamdulillah,tengah kekenyangan ni..


Kak Izzah bagi ulam pucuk ubi rebus dan terung pipit rebus.Memang ngam dengan budu ter..不


Sedap sungguh ulaman pucuk salam dan pucuk putat ni.Saya petik  pucuk salam tepi pondok jaga dan pucuk putat belakang tangki air..


Ikan Rebus Goreng dari Shifa..hitam tu sebab Shifa kata ikan direbus bersama air asam dan gula nissey kelantan.Walau hitam,rasa dia padu.


20 comments:

  1. Ya Allah sedapnyeeee.. meleleh-leleh ailio yang di siniii. Hahaha

    ReplyDelete
  2. uih sedapnya menu sambal goreng dengan ada paru, hati , limpa bagai tu.... makan lak berulam dan budu memang bertambah2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...taste kita ada persamaan..ada orang tak makan organ

      Delete
  3. Saya nak selit situ, nak ratah sambal goreng bersantan.... adududu... hati, limpa, paru!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maim...mai..mai Cikgu Amie...kita ratah sama2..hihihi.

      Delete
  4. ammi panggil sambal jawa...tapi kalau buat jarang letak organ dalaman kecuali pedal ayam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak tau sangat nama betulnya...cuma pernah makan sambal jawa versi sayur tempem tauhu tu dan juga versi santan no..dua2 sedap

      Delete
  5. Kakak kantin kita selalu masak sambal goreng bersantan ni. Suka pilih organ2 yg banyak dalam tu, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sab...mmmm...teringin nak rasa air tangan kak Sab & regular customer Kak Sab tu不

      Delete
  6. Alahai, semua favorite ni...ulam, budu, hati, limpa hihi...

    ReplyDelete
  7. Bekal berat? Berapa kilo tu...? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha....bekal berat 2kg..harap2 berat tuan dia turun 2kg不

      Delete
  8. Rasanya belum pernah makan sambal goreng bersantan. Pernah makan sambal goreng tanpa santan je. Sedap ni. Lauk ni satu pun dah cukup. Ada pulak ulam ulaman. Tengok 2 pucuk tu terus teringat ulam tenggek burung yang dah lama saya mencari tak dapat dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pucuk samak ni rasa dia seakan tenggek burung juga cuma tenggek burung daunnya bercabang 3..

      Delete
  9. Tak pernah makan lagi...tapi kalau ad apeluang SA nak cuba la makan...mesti sedap ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah sedap ni SA...kalau letak daging saja pum dah sedap

      Delete
  10. Nampak sedappp..saya suka menu gini....Berselera makan makanan kampung, kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul NS...kita yang pecinta makanan kampung suka kering2 ni

      Delete