Wednesday, 27 July 2022

BYE BYE TRENGGANU...!

 Haaa..last dah catatan ke Trengganu .Lepas ni tunggu Cella konvo la pulak untuk ke sana lagi..in sha Allah...

Dulu zaman sekolah rendah hanya kenal Trengganu dalam buku teks..Dalam buku teks Bahasa Melayu ada kisah Penyu di Rantau Abang...Kebetulan Cikgu Shuib iaitu guru kelas masa darjah 6 pernah mengajar di Trengganu.Cikgu Shuib pernah cerita dia pergi ke rumah muridnya.Punyalah emak murid tu nak cuba ambil hati Cikgu Shuib dengan cuba bercakap dalam dialek Kedah..lalu dipelawa " Cikgu,minum la Ayaq Kopiaq tu..."

不不不不Sampai la ni saya ingat cerita Cikgu Shuib tu..Dengarnya Cikgu Shuib pun dah pencen beberapa tahun lepas.Ya la ni ex anak muridnya pun dah tua takkan la cikgu tu belum pencen...hihihi..

Dalam buku Ilmu Alam ada topik nelayan di Trengganu..ada pasal nama-nama pukat ikan..pukat lepas,pukat tarik,pukat tunda dan juga pasal unjam.

Masa Cella darjah 1 kot pernah ke Kelantan melalui Trengganu sebab saya tak berani nak drive ikut Gua Musang.Masa tu LPT belum ada..lalu jalan lama....memang lama sungguh nak sampai 不不不Cella sampai berkali tidur,berkali terjaga berkali juga tanya dah sampai mana? Tanya sekali masih kat Tremgganu...tanya lagi masih Trengganu..Kata Cella kenapa la Trengganu ni panjang sangat... hihihi


Pagi Sabtu tengah tunggu Cella kat blok fakulti dia...
Tu dia & kawan-kawan baru habis kemaskan studio & bengkel.Tengok la bantal busuk dia tak tinggal tu...Dah siap hangkut barang masuk bonet...makan bergerak la kami...

Dua tahun dulu  datang sini untuk DAFTAR UniSZA SECARA DRIVE THRU PKP COVID 19
Hari ni selesai la sudah pengajian 


Adah ajak singgah lagi Pasar Payang

Rasanya dah boleh hafal kedai dia..hihihi.Dah boleh agak lorong ni jual ap...lorong tu jual apa..


Dulu suka tengok kuih muih di sini.Tapi sekarang dah tak terliur dah..Pernah baca kalau ke Trengganu,syurga kuih muih dia kat Pasar....
Alaaa...lupa la pulak nama pasar tu...
hihihi


Adah la tak habis lagi nak grab baju kelawar ni...4 helai juga dicapainya.

Manisan semua ni pun rasa macam nak borong jer semua...

Tak ke Trengganu la kalau tak borong keropok kan..hihihi..
Terketar jugalah nak hulur RM200 untuk keropok sahaja.Maklumlah belum gaji....五
Tapi baik juga belum gaji.Kalau tidak....boleh lupa diri不不不


Kita jalan-jalan pula kat pasar basah di luar...
Ikut hati,sayur pun nak dibeli不不不
Ikan kering pun nak borong.Tapi mengenangkan bonet dah padat dengan barang Cella..Seat belakang pun separuh dengan bantal dan bear  dia..Ni keropok lagi nak sumbat....Kalau borong Pasar Payang tu macamana nak bawa?
Hihihihi...
Tapi capai juga pisang sebab murah.

Kerana masih awal pagi..
Ambil angin kuala dulu

Entah bila lagi akan dapat ki sini.Semoga ada rezeki lagi untuk ke Trengganu!





6 comments:

  1. Sedap plak tengok keropok keping tu...macam dah takde je stok kat rumah SA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rumah sebelah ni ja boleh gak pi hantaq sebungkuih

      Delete
  2. Agaknya Firdaus nanti sampai umur berapa pula asyik nak usung bantal busuknya ke sana ke sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi....Daus dah la lelaki...habis la kena usik dgn kawan2不

      Delete
  3. Bantal busuk Iman kena buang masa umur dia 4 tahun, kejam betul, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ganti bantal lain...kira aci ka dak五

      Delete