Saturday 16 July 2022

LAWATAN SAMBIL BELAJAR- DAY TRIP KEDAH-KL-KEDAH

Hari Isnin 11 Julai 2022 kebanyakan masih bercuti kerana cuti ganti Raya Haji yang jatuhnya hari Ahad.Memang hari Isnin hiway jem teruk katanya.Nasib baik saya  cuti hingga Selasa.Jalan clear sebab orang dah kerja.Sekolah pun dah start.Tapi Aqil tak pi sekolah.Dia mengikuti Lawatan Sambil Belajar ke KL..🤭🤣

Sambungan BALIK KEDAH BERDUA,BALIK KL BERTIGA..

Lepas MAKAN NASI BAMBOO barulah saya ambil alih streng dari Haikal..kasi dia luruskan tangan dan kaki jap..

Pukul 1++ sampai Tol Duta.Terfikir pula nanti malam depa 2 beradik ni dah nak balik Kedah.Takkan nak terus balik rumah tanpa pengisian untuk Aqil.


Maka,keluar tol terus masuk Jalan Palimen...bawa depa pi Tugu Negara.Ni ja yang dekat dan salah satu tanda sampai KL.Ops..dan freee🤣.


Aqil sedang membaca catatan pada tugu.Aqil cakap dah pernah datang Tugu Negara ni cuma masa tu dia kecik lagi dan tak faham apa-apa pasal tugu ni.Now,dia dah belajar Sejarah sejak darjah 4.

Tiba- tiba datang semangat Mat Kilau..!
Terus Aqil berteriak..
Merdeka..!


Gaya Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka!"
Aqil tanya tu bangunan apa..?
Haa..tu la Menara Merdeka 118..yang kini menjadi Bangunan Tertinggi di Asia Tenggara dan Bangunan ke-2 tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa..
Puncaknya tu simbolik tangan Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka!"
Sekali lagi Aqil melaungkan "Merdeka!"


Dah,jom masuk kereta..Dah nak hujan tu..
Aqil dari rumah sampai KL dengan jaketnya...sejuk aicond kereta + sejuk hujan dia feel sejuk salji..🤣


Terus gerak ke Muzium Negara pula..Bukan jauh pun ..7 minit sahaja dari Tugu Negara.



Sampai saja Muzium Negara , dah mula gerimis..Redah juga hujan demi nak ambil gambar..hihihi

Suruh Aqil berdiri juga depan Bas Mini ni walaupun gerimis dah mula kasar dan lebat..
Saya sempat menggunakan khidmat bas mini ni tahun 90-an dulu..
Dari bas dia warna coklat tambanh 40sen untuk semua destinasi dalam KL hinggalah bas ni seragam warna pink dan tambang naik jadi 50 dan seterusnya 60..Kini hanya ada kat Muzium Negara sebagai sejarah..


Pic terakhir di luar bangunan sebelum hujan mencurah turun.Tengok la hanya Aqil sorang di tengah halaman demi sekwping foto.. orang lain dah cari tempat berteduh..!

Redah hujan cari pintu masuk sebab sekarang keliling muziun tu tengah renovation.Foreigner RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.
Kita pemegang mykad..dewasa RM2 dan kanak-kanak  lebih 12 tahun RM1..Aqil percuma sebab baru 11 tahun.


Aqil menghayati Sejarah Tanah Melayu


Bahtera Majapahit...
Kat Pendang,ada sebuah kampung bernama Kampung Majapahit..Katanya kat situ dulu penempatan saudara nusantara kita dari Majapahit membantu Kedah memerangi Siam.Kalau dengar Sejarah Tanah Melayu dari Ustaz Dato  Badlishah Alauddin ...memang meremang bulu roma.Sejarah asal yang bukan pindaan dari penjajah.Tentang keakraban saudara sesama nusantara saling membantu ketika berperang menentang penjajahan Portugis,Siam dan Inggeris bukan semata mempertahankan tanahair.Tapi lebih daripada itu para pejuang dahulu bergadai harta dan nyawa demi memastikan kesucian Agama Islam kekal di Bumi Melayu hingga ke hari ini..Nak tahu lebih jelas,carilah ceramah ustaz Badlishah ni kat youtube..memang terkedu kita mendengarnya...


Takhta 

Haikal juga tertarik..

Replika pengislaman Sultan Melaka oleh pedagang Arab..

Rempah ratus...
Yang kononnya menjadi buruan penjajah..Namun hakikat sebenar..?


TA' MELAYU HILANG DI-DUNIA
Puas Aqil membaca TA' tu apa bunyinya...Maka Makngah pun terangkanlah bahawa itu ejaan dulu..ertinya "tak"
Dia tanya pula apa maksud Ta' Melayu Hilang Di-dunia 
Makngah dengan gaya Cikgu Sejarah pun terangkan bahawa bangsa Melayu ni adalah bangsa yang hebat dan kata-kata Hang Tuah tu maksudnya bangsa Melayu tak akan hilang/ lenyap dari dunia ini..
Confident sungguh Makngah menerangkan,perpendicular penerangan cikgu ketika zaman sekolah dulu lagi...
Cakap kena confident kan..🤣


Replika Kapal Potugis.....



Replika Kota Melaka


Sejarah Penanaman Getah di Tanah Melayu.
Aqil teruja dengan basikal tua..

Aqil ingatkan ini beca..Rupanya ini namnya "Lanca" Hati- hati menyebut..jangan tersalah tambah "u" dibelakang ..jadi mencarut pula nanti.
Bezanya beca dikayuh,tapi lanca ditarik manusia macam kuda menarik pedati.

Berehat sebentar...tanpa KitKat..

Aqil kata aweks baju merah tu cantiks..🤣
Turun ke bawah ke kedai cenderahati dan beli½ dozen keychain untuk Aqil bagi pada kawan-kawannya ...pastu keluar.

Kata Aqil masa PKP dia tak sempat nak belajar sangat  Sejarah  Tahun 4 dalam PDPR..Banyak dia tertinggal...Diharapkan dengan "lawatan sambil belajar" ni dapat membantu sedikit sebanyak🤭🤭

Ops ..kata bahagian luar ada Pemeran Dunia Naga Mitos & Lagenda..

Bergambar sekejap..sebelum masuk dalam.


Muka penat terserlah jua🤭


Tulis Buku Pelawat..


Tapi masih semangat nak explore.


Aqil menggayakan sedang menggali emas 

Burung apa?
Bukan burung murai yer..
Ni namanya Burung Petala Indera Maha Sakti.


Jom masuk Galery Muzik pula.


Sayang...tempat menarik banyak bahan pameran dan selesa nak melawat tapi tak ramai yang singgah.


Aqil la rajin menulis Buku Pelawat..

Aqil tertarik dengan alat muzik Sarawak...sape namnya.Kata Aqil dah pernah tengok alat muzik ni masa pergi  Sarawak..Bila nak gi Sarawak lagi?


Abang melayan adiknya nan sorang


Dah....jom balik...
Tepat 4.45 kami pun bergerak meninggalkan Muzium Negara.Singgah Petron,solat jamak Zohor & Asar sesiap.Pastu kita cari makan.

Singgah Soru..
Aqil dah tak boleh nak buat pilihan antara nak makan pasta atau nak lamb chop.So,kita bagi all in 1 🤭

Haikal pun sama juga pesanannya..

Pesanan kami bertiga 


Makngah punya mac & cheese.
Dekat nak maghrib la baru dapat pijak lantai rumah makngah.Mandi & solat...dah nak gerak ke TBS dah...sebab bas pukul 10.45 malam

Nasib baik keluar awal sikit..jem panjang juga nak masuk TBS

Kena awal sikit sebab Haikal beli tiket online...
Ni Adah tengah beratur nak redeem ticket..sesambil tunggu dorang redeem ticket,bawa Aqil belikan minuman dan sikit jajan untuk bekalan dalam bas 


Masa sudah time...hihihi
Pukul 10.30 depa dah kena turun ke platform bawah tunggu bas.Hanya yang ada tiket boleh masuk dewan perlepasan..
Canggih kan...Terminal Bersepatu Selatan,Bandar Tasik Selatan ni..
Macam kat airport kan...
Aqil kata ni 1st time dia nak bas ni....Excited betul Aqil....
Semoga Allah mudahkan urusan perjalanan.Semoga Aqil gembira dengan daytrip ini.Terima kasih Haikal & Aqil...!
Bye....

10 comments:

  1. Seronok Aqil dapat jalan².
    Makngah, tolong bawak Ahnaff jalan² jugak 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai la Ahnaff...
      Makngah bawa pi Muzium & Tugu.Tapi mami kena sediakan bekal sedap-sedap tau🤭

      Delete
  2. Hehehe.. dulu, selalu baca TTK cerita pasal dua sepupunya ni, berjalan ke sana sini, la ni, kita baca Mak Ngah dia pulak cerita, hehehe. Teringat zaman remaja dulu, pergi KL melawat tempat2 menarik di sana termasuklah ke tugu negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....
      TTK dah tak jeling dah blog ni..Tengah berjuang final exam minggu ni..

      Zaman sekolah dan zaman remaja,ni la tempat lawatan kan..🤭
      Tu sebab tajuknya lawatan sambil belajar🤣🤣🤣

      Delete
  3. Sempat bawak #theIMANs ke tugu negara & muzium negara ni dlu... excited diorang tgk benda yg salu nmpk di tv di depan mata... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..kanak-kanak sekolah lebih dekat dengan bangunan/tempat yang ada dalam buku teks mereka🤭

      Delete
  4. Tugu negara tu dah pi masa dania tadika...museum dah banyak kali pi jugak...nak repeat lagi x tau la..hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat gini memang sesuai untuk kanak-kanak tambah ilmu Sejarah..tambah2 time fenomena Mat Kilau ni🤭

      Delete