Thursday, 28 July 2022

SARAPAN NASI DAGANG KAK CHIK KELANTAN @ KL


Semalam Shifa belanja Nasi Dagang Kak Chik.Katanya nasi dagang ni memang ori dari Kelantan.Katanya dihantar setiap hari by flight dan para pengedar   akan menunggu  di airport  dan mengedar ke seluruh Lembah Klang.



Nampak mengiurkan sungguh nasi dagang ni.Ada gulai ikan aya dan sedikit sambal kelapa.


Sebungkus nasi dagang ni kami kongsi tiga orang dengan Yati dan Ruby...Benda sikit kan...memang sedap dia lain maciam la kan....hihihi

Kerana nasi dagang hanya sebungkus..Maka saya topup dengan roti bakar dan kopi 0.

Tak puas makan semalam sebungkus kongsi tiga orang..Hari ni Ruby order sorang sebungkus.



Nasi Dagang Ikan Aya untuk saya.


Untuk depa dua ..Nasi Berlauk Kerutuk Daging..


Boleh tahan juga kerutuknya.Daging 3 ketul setiap satu sebesar ibu jari kaki( nak bagi contoh ibu jari tangan macam kecik...tu yang bagi contoh ibu jari kaki...hihihi)

Dulu pernah juga depa open order Nasi Air Dingin..Saya ingatkan air dingin tu special air ke ap ke..Rupanya nama tempat...hihihi
Tapi konsepnya sama iaitu order terus dari Kelantan by flight katanya.
Bagus la peniaga sekarang kreatif menggunakan kemudahan teknologi.

Ops..Ruby juga bawa tapai pulut..Manis dan sedap sungguh.


Kita nak rakam video cedok tapai yang manis ni..Yati sibok bercerita surau dekat rumah dia bising...hihihi
Katanya dia terlupa ada majlis kat surau..Dengar bunyi  bising baru ingat ada jemputan kat surau..Tu cerita dia...hihihi



10 comments:

  1. Dekat JB pun hari tu ada yg jual macam ni, tapi tak laku sgt, sekejap jer buka warungnya lepas tu ditutup dah tak jual lagi. Cuma bagi sy tak puas makan, sikit nau nau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu ..portionnya agak kecik.Tu yang sedap teringat2 sebab tak puas makanšŸ¤­

      Delete
  2. memang sedap nasi dagang kak chik ni, dana pun suka nasi dagan ikan aye nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ...saya pun suka nasi dagang ikan aye tu.Lagipun nasinya walaupun nampak macam beras merah kelantan tapi berpulut macam nasi dagang Trengganu.saya suka yang macam tu

      Delete
  3. Lama x beli nasi dagang tu...sedap..pernah beberapa kali makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan...
      Pasni saya nak try nasi tupe dia pulak..lama dah tak makan nasi tupe(tumpang)

      Delete
  4. Wah, nasi dagang naik kapal terbang! Jauh kembaranya tu barulah sampai ke mulut kihkihkih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Cikgu...
      Untung jadi nasi dagang..pepagi dah naik kapal terobang

      Delete
  5. Replies
    1. Jom makan...hehehe
      Tak tau la semua tempat ada atau bagaimana.

      Delete