Sunday, 3 July 2022

SETAHUN LAGI USIA BERTAMBAH @ BERKURANG?

 

Seperti tahun lepas..Ni la wish pertama diterima sempena hari lahir..五

Bak kata bapanya si Rohani dalam filem Madu Tiga..." baik ada makna tu.."不不

Apapun tq LHDN atas kiriman ucapan dan doa yang dicetak..


Mengenangkan hari ni ada kerja nak dibuat,maka saya masak mee labu ni untuk brunch..Adah dengan agendanya.Agaknya ada kerja sedang disiapkan.Anak bujang pula kerja sejak awal pagi.Tapi tadi masa dia tengah kerja dia WA juga wish birthday & terus sambung kerja katanya..Anak dara bongsu nun di Pantai Timur juga seperti senyap hari ini.Sedang menyiapkan asignment agaknya.
Tak apalah,masing-masing ada tanggungjawab nak dilunaskan.Kitapun makan la sengsorang sambil menaip entri mee labu.Lepas makan terus mengadap kerja yang nak disiapkan.Menjelang pukul 4 petang baru selesai.Elok-elok pula anak bujang tu balik kerja dan Adah juga dah siap mandi dan pakai macam nak keluar.Depa dua beradik ajak keluar makan,depa nak belanja sempena ulangtahun kelahiran mak depa ni.Jika sebelum ni...saya selalu bising bila mereka beli kek bagai untuk birthday saya.Tapi saya teringat komen Cikgu Amie tahun lepas. KAT SINI...,kitapun tak jadi nak berbunyi terus zip mulut dan ikut sajalah anak-anak nak belanja makan...hihihi


Anak bujang tu hulurkan parcel ni.Katanya Cella kirim beberapa hari lepas..hadiah hari jadi.
Laaaa....patut laaaa takdak sapa buka..五


Kiriman purse..Taktau la apa maksud dia hadiahkan purse...Mungkin simbolik  dia nak minta duit belanja lebih ka...五


Ni pula hadiah daripada anak bujang nan sorang.Mulut ni dah terbiasa nak berbunyi..
" simpan la duit,jangan la membazir beli benda ni semua.."
Tapi saya hanya berkata dalam hati... kerana tengah didik hati nak kurangkan berleter kerana anak-anak jaman naw sudah tidak berminat mendengar leteran!
五不


Adah pula diam-dia masuk bilik.Dia keluar semula sambil jinjing paper bag maroon...Suruh saya buka...
Owh...ingatkan ada orang kirim cincin ka..!不不不


Tahun lepas saya bising depa beli  whole cake.
Tahun ni depa beli slice cake...white chocolate macadamia..fav saya.
Tapi kenapa ye kek SR sekarang makin kecik dan rasa juga dah tak sedap sama macam dulu?
Atau lidah saya yang berubah?

Depa pesan jangan buka tudung dulu...Depa paksa suruh bergambar nak masukkan dalam tele nak bagi Cella tengok..


Terima kasih anak-anak semua...
Sejujurnya,dalam hati tak pernah sekelumit pun mengharapkan hadiah dari anak-anak.Namun jauh disudut hati seorang emak ini tidak pernah putus-putus mendoakan agar Allah melimpahkan rezeki,rahmat,barokah dan kebahagian di dunia serta akhirat untuk kalian semua.Seorang emak ini sedar bahawa dia bukanlah ibu yang sempurna.Terlalu banyak kelemahan dan  kekhilafan seorang emak ini dalam mendidik dan membesarkan kalian kerana ia hanya mencorakkan kalian mengikut acuan yang difikirkan sesuai mengikut kata hatinya semata.Terlalu banyak lompongnya.Semoga Allah mengampunkan segala kekhilafan seorang emak ini kerana setiap kali tibanya tarikh hari lahir bermakna semakin bertambah umurnya.Dalam masa yang sama juga umurnya  semakin berkurang kerana  kita semua sedang countdown!

Seperti kata Imam Al-Ghazali..

" yang semakin jauh itu masa lalu..yang semakin dekat itu ialah mati..."

16 comments:

  1. Selamat hari lahir Mama Cella. Syukur. Alhamdulillah atas ingatan anak-anak. Biarlah mereka luahkan penghargaan dengan cara mereka. Walaupun tidak mengharapkan apa-apa, itulah rezeki Allah nak bagi. Mudah-mudahan Mama Cella sekeluarga sentiasa sihat, bahagia dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn...
      Semoga yang baik-baik juga Allah kurniakan kepada keluarga cikgu..仆

      Delete
  2. happy birthday sis! semoga sentiasa dlm rahmat Allah swt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ..
      Amiinn..semoga ezy.fia juga Allah rahmati

      Delete
  3. Selamat hari lahir, kak. Semoga dipanjangkan usianya, diberi keafiaatan, bahagia dan sejahtera selalu, Amiiinnn YRA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn....
      Terima kasih dik..
      Semoga kebaikan juga berbalik kepada SK

      Delete
  4. Happy birthday kak.. moga panjang umur, diberi kesihatan yang baik n bahagia disamping anak². Alamakkkk, rugi betul kiriman tak sampai semalam . Kalau tak, dah elok dah..hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq dear..
      弘弘弘
      Semoga kebaikan juga Allah limpahkan kepada Jaja dan keluarga
      Alhamdulillah...
      Rezekinya hari ini五
      Nantikan entrinya

      Delete
  5. Selamat hari lahir kak, moga sentiasa dalam LindunganNya....
    anak-anak bagi hadiah tanda ingatan dan sayang jangan la akak tak terima, macam mak dana kalau anak-anak bagi hadiah mulut kata tak nak takmo tapi bila nampak dia pakai apa yang kita hadiahkan, betapa gembira nya hati anak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinnn...
      Terima kasih dana..
      Huhuhu...emak ni begitulah,bukan taknak terima pemberian anak-anak..sebaliknya risau takut me nyusahkan anak- kalau boleh semua nak diberi kepada anak-anak..
      Tapi dlm masa yang sama..hati berbunga 不.Permpuan kan complicated五

      Delete
  6. Hapy bday mak cella.. mg pjg umr mrh rzki sht2 sllu dlm redha Allah.. dpermudahkan urusan dunia akhirat.. aamiin..
    Mak cella ke umi cella ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinnn..
      Terima kasih kak Lin...semoga kak Lin juga dalam rahmat Allah..
      Mak pun boleh..umi pun boleh..hihihi

      Delete
    2. Nmpk tulis ats kek mcm umi.. sory kalau kak lin silap..

      Delete
  7. Happy birthday kak..moga Allah swt permudahkan segala urusan kak .birthday saya 4 July hahaha..shari selepas kak

    ReplyDelete