Tuesday, 26 July 2022

LUNCH @ D'BAUNG TRENGGANU

 Lepas ambil Cella kat kolej hari Sabtu tu,Cella kata dia lapar sebab belum makan apa-apa sejak malam.Last makan adalah kat Medan Ikan Bakar Kuala Ibai petang hari Jumaat.Dia kata nak makan nasi @ D'baung.Katanya dia pernah makan kat situ dan lauk-lauknya sedap.

Maka berpandu waze,Adah drive ke D'baung..Masa sampai dah dekat pukul 2 petang tapi Alhamdulillah masih ada lauknya.


Ni antara lauk famous kat sini.Dah nama pun D'baung,pastilah specialnya masakan ikan baung kat sini.Adah tanya ikan baung tu macamana?
Saya cakaplah ikan baung tu sedara ikan patin & ikan keli🤭
Masih banyak kepala baung masak tempoyak dan baung masak lemak.


Cella ambil keli goreng & daging masak hitam.Adah pula ambil ikan talapia goreng garing & daging masak hitam.Saya pilih Ikan Baung Masak Tempoyak dan sayur peria. Air teh O ais ,teh O ais limau dan sirap limau.Total RM 39.00
Kata Cella selalu kalau depa makan sesama kawan-kawan dengan lauk macam ni hanya dalam belasan ringgit sahaja kerana pemiliknya akan memberi potongan harga special untuk student.Baguslah macam tu!👍👍👍
Ada pertimbangan dan tolak ansur yang baik untuk student  daripada peniaga ni.


Ikan goreng Adah & Cella  kata masih panas lagi.Agaknya depa memang sentiasa topup ikan baru goreng.


Sedap betul Ikan Baung Masak Tempoyak ni.Cukup rasa masam,masin dan sedikit manis.Ikan baungnya juga sangat lunak dan langsung tidak berbau.


Pinggan dan mangkuk saya.Licinnnnn......hingga titisan kuah yang terakhir.Kalau datang lagi,in sha Allah nak makan gulai tempoyak baung ni lagi..sedap sungguh kuah dan ikannya.Boleh tengok restoran dan menunya kat D'BAUNG FACEBOOK..


12 comments:

  1. Kalau ke Ganu, sy suka ke R Mat Binjai. Lain kali boleh terai kat sini pulak la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. R.Mat Binjai depa kata sedap kan..Pernah masuk dalm itinerary tapi kebetulan masa kami pi restoran tu tutup..Nanti pi pulak boleh try...

      Delete
  2. Wak pun suka ikang baung
    Kalau ke tengganu nanti bolehlah cari tempat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok tu Wak..Saya yang bukan pecinta baung pun...masih belum move on kesedapan baung masak tempoyak dia..sedap sungguh!

      Delete
  3. Baung oh baung!
    Teringat makan tengahari lauk ikan baung asam pedas di Restoran Lembah Bernam, Sekinchan tahun lepas. Sempat jalan-jalan cari makan sambil urus Abang Farid nikah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila nak balik lagi ke Malaya ni cikgu?
      Nanti boleh makan baung lagi.Semoga Abang Farid dan Kakak Aseeyah dilimpahkan rezeki

      Delete
  4. Nampak sedap walaupun sy x mkn ikan baung.. ikan keli je mkn... hehehe... baung patin x mkn.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pula tak makan ikan keli..padahal dulu-dulu makan ja🤭

      Delete
  5. dana pernah makan di kedai ni kak masa ke kuala terengganu dan bila konvo adik tahun 2019 bawak mak abah dan adik beradik ke kuala terengganu pun singgah makan di kedai ini, memang sedap padu ikan baung nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....
      Sedap sungguh rasa kuah tempoyak dia ..tak macam tempat lain..apa la rahsia agaknya kan

      Delete
  6. SA suka ikan baung...sedap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tersuka la.....sedap sungguh ikan dan kuahnya

      Delete