Sunday 24 July 2022

MENGINAP DI ARENA BOUTIQUE HOTEL LAGI & KE KT WALK UPTOWN MARKET

Kali ke 4 ke dah kali ke 5 kami menginap di Arena Boutique Hotel ni.Dah ajak Adah cuba cari hotel lain selain Arena ni tapi Adah tetap nak sini juga.Dah dia yang booking dan bayar hotelnya,maka saya ikut saja la.Kata Adah pemilik hotel ni juga terkenal kat Tik Tok kerana rajin masak..Entahlah,saya tak ada tik tok🤭


pic google sebab tak ada pic penuh

Nasib Adah agak baik kerana ketika membuat tempahan hari Selasa,hanya betul-betul ada satu sahaja kosong.Itupun tinggal Superior King sahaja.Nasib baik kami berdua sahaja.


Alhamdulillah...Adah request untuk dapatkan bilik city view...
Boleh la tengok view ni.Tapi sebab harinya hari Jumaat dan baru pukul 3.00 jalan agak lengang.Menjelang asar baru jalan kembali sibuk.Sebelum ni datang weekday memang penuh la manusia dan kenderaan kerana kawasan sekitar ni dikelilingi aneka bank dan pejabat.Banyak betul bank-bank kat sini..Ke,memang da kumpul bank setempat?
Yang saya nampak ada bangunan Public Bank,Affin Bank,Bank Islam,CIMB,Maybank,Bank Simpanan Nasional dan juga  AM Bank.Rasanya macam ada lagi cuma saya tak ingat



Cuaca pun elok saja sepanjang hari.Lepas check in,Adah tanya ada nak jenjalan ke mana ke..Tapi saya dah rasa malas nak jenjalan.Rasa nak berehat sambil berbaring saja sementara nak menantikan pukul 5 untuk jemput Cella pi makan.


Kebetulan hari Jumaat malam ada uptown market.Dekat saja dengan Arena ni..Stesen bas pun dekat..Boleh jalan kaki saja dari hotel.


Mula sampai dalam pukul 8.30 macam tak ramai.
Rupanya,menurut peniaga di situ,keadaan akan ramai selepas Isyak hingga tengah malam.
Waktu lepas maghrib memang tak ramai kerana ramai masih kat masjid..Deeeppp..!!

Adah teringin nak pakai inai..





Ni la hasilnya...RM15
Lepas berinai terus balik hotel..malas nak merayap.Mungkin sebab dah banyak kali datang dah tak teruja sangat.Atau mungkin sebab belum gaji🤣🤣


6 comments: