Sunday 17 July 2022

MAKAN KENDURI KAHWIN AYU

Semalam 16 Julai 2022 dapat jemputan kenduri kahwin @ Dewan Arena Alma Damai.Memang niat nak pergi tapi segan juga sebab nak gi sorang-sorang.Selalunya kenduri kahwin saya akan gi bersama kawan atau paling tidak pun dengan salah sorang anak.Tak kira la anak bujang tu ke,Adah ke atau Cella.Kali ni nak gi sengsorang rasa la juga janggalnya.Tapi tetap pergi...hihihi


Sampai kat majlis tepat pukul 12 tengahari.Masya Allah juadah semua sedap-sedap.Disebabkan omak & apaknya pengantin orang Negori,catering pun diimport khas dari Negeri Sembilan...Patut la menunya pun menu Negeri Sembilan.Tak sedar tercedok penuh pinggan🙈

Nasi Beryani/ Nasi Putih

Daging Salai Lemak Cili Api + Mangga Muda.

Sambal Tempoyak Daun Kayu

Daging Masak Hitam.

Ayam Percik.

Pajeri Nanas.

Ikan Masin.

Ulaman.

Sambal Belacan.

Buah.

Minuman Panas & Sejuk.

Laksa.

Sate.

Apam Balik Seri Menanti.

Kuih Muih.

Cendol Durian!


Sebagaimana meriah hidangan,begitulah meriahnya hampir 2000 jemputan khabarnya..

Keluarga pengantinnya orang ada-ada.Tapi mereka memang humble.Daripada ibu bapa hingga anak-anak semua sangat berbudi bahasa dan sangat meraikan.Kita pula yang rasa malu...


Tengah menyuap nasi,pengumamnketibaan pengantin..


Penuh adat istiadat..


Pengantin bersemayam di singgahsana...
Kata Adah,lusa pasangan pengantin ni akan berhoneymoon ke Turkey selama seminggu..
Wah,seronoknya..
Semoga Ayu dan pasangannya dikurniakan kehidupan berumahtangga yang  Sakinah,Mawaddah wa Rahmah...🤲🤲


Patik di bawah sini menyambung makan..🤭

Sebenarnya ni perkahwinan kawan Adah.Sebab tu Adah dah berkampung di majlis ni sejak Majlis Akad Nikah hari Jumaat lagi bersama tiga lagi kawannya.Mereka berempat memang bersahabat baik sejak zaman sekolah menengah hingga kini.Adah,Mai,Anisah & Ayu.
Hari ni Ayu dah berkahwin mendahului mereka.Masih ada tiga lagi menunggu giliran!



Hampir Isya' baru Adah sampai rumah Penuh dengan buah tangan ni..
termasuk lauk pauk kenduri.


Selalu mak-mak yang bawa balik nasi kenduri kan..Ni dah terbalik..anak pula yang bawa balik.
Mak bawa balik nasi kenduri untuk anak ❌

Anak bawa balik nasi kenduri untuk mak✅

🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

Maka hari ni memang panaskan lauk kenduri sahaja buat lunch...hihihi


Paling win...
Ni ..penganan dodol Negeri Sembilan ni.
Ya ampun sedap sungguh.
Saling tak tumpah rasa seperti dodol gula enau Pahang  yang pakcik tempah untuk Raya Haji baru ni.Masa makan dodol tu kat rumah Achik,sedapnya ya Allah.Tapi takkan nak makan sampai habis pulak..Tapi dalam hati dok berzikir...kalau lah ada jual dodol macam tu memang nak beli sebab sedap sangat..
Nah,sekarang Allah dah sampaikan rezeki tu..percuma pulak tu.!
Alhamdulillah....syukur ya Allah


14 comments:

  1. Sedap nampak makanan. Semoga mempelai bahagia ke jannah!

    ReplyDelete
  2. Berkat zikir, dapat jugak dodol tanpa perlu keluar money. Suka tengok cucuk sanggul di kepala pengantin perempuan. Kiranya, Adah sedang tunggu giliranlah ya.. ummi kena banyak berzikirlah supaya cepat terima menantu 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Dapat makan dodol yang sama sedap dengan dodol yang dizikirkan🤲

      Tiga lagi dara yang tinggal tu ...dua dah bertunang,sorang bakal bertunang...
      Kita sama2 doakan mereka bertiga juga dikurniakan jodoh yang
      bertanggungjawab dan bahagia hingga ke Jannah..Amiinnn

      Delete
  3. Semalam wak pun pegi jemputan kenduri kahwin kat kampung
    Frust takde menu kambing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..
      jangan la frust wak,kan baru ja menu kambing Raya Haji..
      Kambing mahal wak !

      Delete
  4. Baca entri makan kenduri kahwin teringat tadi dapat jemputan kahwin bekas anak murid.... terlupa baca tarikhnya bila hihihii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...anak murid dah kawin..
      Jangan terlepas tarikh cikgu..pasti anak murid mengharapkan kehadiran bekas gurunya..
      Cepatnya masa berlalu..

      Delete
  5. kok dah sobut penganan takyah disebut dodol laie kak ahakss..
    ecehhhh acah2 terror cakap neghori pulak ammi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ops🤭🤭🤭
      tersalah sobot yo..
      den ingat an penganan & dodol lain makno eee...🤣🤣.Terimo kasih atas teguran..🌹🌹🌹

      Delete
  6. Sedapnya lauk kenduri. Macam-macam ada penuh pinggan. Menu lauk pun menu yang agak rare jugaklah. Untung dapat bawa bekalan sekali tu. Biasa kalau kenal kenal mesti banyak buah tangannya.

    ReplyDelete
  7. Cantiknya pelamin dia..bestnya bulan madu kat Turkey..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat zikir SA...🤭
      Mana tau Allah perkenankan....🥰

      Delete