Saturday 2 July 2022

MASAK PAJERI NANAS + TERUNG

 

Masak Pajeri Nanas..
Sebab masih teringat pajeri nanas makan kat RUMAH KAK MANJA hari tu..


Makan lauk pajeri nanas nak kena gu a.k.a lawannya yang sesuai..Kalau pajeri lawan dengan sup macam tak berapa serasi.Kalau taste saya,pajeri kena ada ikan goreng atau ayam goreng panas-panas.
Tapi sebab takda ikan fresh,saya hanya gorwng iakn pekasam dengan cili bawang & ulam bendi rebus.

Beli sebiji nanas sahaja.Tambah juga sebiji terung panjang sebab memang dah ada kat rumah.

PAJERI NANAS + TERUNG
1 biji nanas
1 biji terung panjang
1 paket kecil rempah kari ikan
1 paket kecil rempah kari daging
1/2 kotak kecil santan +½ cawan air (1 cawan santan)
1 sudu teh garam
1 sudu besar kerisik
2 sudu besar gula perang / gula melaka
½ cawan minyak
1 sudu ikan bilis/ udang kering - jika suka( tumbunk halus)

Bahan Tumis:
5 bawang merah - hiris nipis
3 bawang putih - cincang
5 keping halia- racik
1 batang kulit kayu manis
5 bunga cengkih
2 bunga lawang
5 buah pelaga
1 tangkai daun kari

1.Kupas nanas dan belah dua atau 4  dan hiris  tebal anggaran 1 cm.


2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga harum.


3. Masukkan kedua2 jenis rempah kari yang dibancuh bersama 1 cawan air.


4. Masak hingga naik minyak & tambah bilis/ udang kering  tumbuk.


5. Masukkan nanas potong.Masukkan juga terung yang dibelah dua.


6. Masak hingga nampak berair kesan jus nanas keluar.Tak perlu tambah air kerana nanti nanas akan mengeluarkan jusnya.


7. Tambah garam,santan dan masak hingga kuah pekat.


8. Tambah kerisik dan gula perang.


9. Perlahankan api dan biar sampai kuah nampak naik minyak.


10. Sesuaikan rasa

** Pajeri nanas akan lebih sedap dimakan jika dimasak beberapa jam awal atau dibiar semalaman..

Boleh juga tengok 

PAJERI NANAS STEP BY STEP ...kat sini

Pejeri nanas on the making.Mula memang nampak pucat saja sebab belum tambah gula dan belum pecah minyak.


Mendidih membuak-biak bila nanas mengeluarkan jusnya.

Dah masak agak lama pecah minyak la dia.


Minyak berlinang merecik kena tangan sakitkk..hihihi


Cedok sikit masuk mangkuk untuk rasa 


Alhamdulillah.....sedap pada tekak sendiri..







8 comments:

  1. Setuju, pajeri nanas tak boleh lawan sebarang lauk, kena gu yang betul, baruuulahhh tak kacau rasa pajeri tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      Ada lauk2 yang kena betul pasangannya baru feel kan🤭

      Delete
  2. Setuju jugakkk.. pajeri nenas sedap makan ngn ikan atau ayam goreng panas². Memang ngam sangat. Aduhhhh..sedapnye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...
      kita geng suka pajeri ..
      Tak semua orang suka lauk manis ni🤣

      Delete
  3. Terbau aroma pajeri nanas zaman di kampung time kenduri.
    Itulah, kalau ingin menikmati sepenuhnya sesuatu masakan, jangan tambah banyak lauk lain, nanti kurang keenakannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulll...
      Kita sama...bau pajeri auto ingat kenduri..
      Mungkin kerana kita membesar di zaman yang sama

      Delete