Wednesday, 13 July 2022

JUADAH AIDIL ADHA 1443

 Alhamdulillah ...Hari ini dah 13 Julai bersamaan 13 Zulhijjah 1443.Masih dalam hari tasyrik..


Ni juadah pagi Raya Haji pada hari Ahad.Alhamdulillah..
Mengambil peluang berebut juga balik kampung bersama Cella pada awal pagi sebelum subuh pagi Sabtu.Hanya kami 2 beranak balik.Adah & abangnya tak balik.Kalau ikutkan,Cella pun taknak balik sebab cuti hanya 3 hari saja kan...Tapi sebab dia kesian mak dia nak drive sorang- sorang balik Kedah...maka dia pun ikut balik Kedah.
Temankan balik Kedah  sajalah,...sebab Cella dah beli tiket bas siap-siap untuk dia terus balik ke Trengganu dari Alor Setar..

Meredah jem dari Slim River hingga Juru dan selamat tiba menjelang Zohor.


Ketupat air tangan mak.
Ada ketupat palas versi pulit putih dan pulut hitam juga.

Masak gulai daging.Achik dah beli daging untuk mak..sebenarnya untuk kami sebab mak tak makan dagingšŸ¤­

Esoknya,pagi raya berangkat dan berhangkut balik kampung.Acik masak 2 ekor ayam kampung rendang hijau.


Mak masak serondeng ayam.



Achik juga masak seperiuk noxxa Nasi Hujan Panas.


Ayam masak merah...by Achik .


Achik juga masak sseperiuk kecil nasi putih untuk yang tak makan nasi berperisa


Ada tempoyak bilis..



Saya masak laksa 

Ulaman untuk Laksa Kuah Lemak Sardin



Masak kuah sardin saja...Malam dah nak tidur baru masak kuah sebab sempoi sahaja tak perlu siang dan rebus ikan bagai..just blend sahaja .Esok pagi sebelum bawa balik kampung ,panaskan kuah..

Beli 1 beg ais tube..Bancuh Air Sarsi ...
Begitulah juadah hidangan keluarga dan untuk tetamu pada Raya Haji 1446..
Kedah kalau Raya Haji cuti hingga Raya Haji ke-2 tau..!
Raya Haji kat Kedah masih berkunjungan rumah ke rumah macam Raya Puasa..Cuma sejak Covid melanda.. tidaklah lagi semeriah dulu ...Rindu masa lalu yang semakin menjauh

Sebelum bergerak meninggalkan kampung..Achik ajak singgah kubur dulu...Haikal & Pjang menebas rumput yang menutup batu nesan.

Baru nampak nesannya..



8 comments:

  1. Alhamdulillah dapat beraya di kampung. Aidil Adha kali ini rasa sunyi sekali. Hiburkan hati ziarah keluarga terdekat sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,kita masih ada keluarga dan dapat beraya..
      Cuma pastinya terkenang cikgu terkenang Bukit Hijau kan?.

      Delete
  2. Amboiii..meriah menu raya akak. Saya pernah beraya haji di Yan. Memang meriah suasananya. Pagi raya pun ade budak² yang datang beraya. Memang best beraya kat sana sebab makanan semua sedap². Tiap rumah buat menu berat. Kenyang makan. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Jaja...budak2 masih beraya dan kumpul duit raya macam raya puasa.tapi hanya sehari ja la sekarang ni..dulu sampai dua tiga hari dok raya lagi..Tang makanan berat pun ya..laksa,nasi tomato,bihun sup,mee kari dan mee rebus antara yang popular selain ketupat

      Delete
  3. Meriahnya raya. Macam2 ada. Tahun ni tak tahu siapa yg balik Kedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu...agaknya apa la yang kak PI masak pagi raya ?

      Delete