Wednesday, 6 July 2022

DURIAN UNTUK CELLA

 Malam-malam pun takpa kan makan durian....hihihi


Petang tadi sambil pejam mata beli juga lagi 3 ekor landak ni...hihihi

Tengok pukul 12 lebih baru melepasi Paka


Pukul 4 tengok dah sampai Bentong.Dalam pukul 5 pagi dah sampai TBS.
Jem kemain lama depan lobi TBS.Bukan banyak sangat kereta tapi ramai yang terkedek-kedek nak masuk kereta + teksi memilih penumpang lagi memang lama la stuck.
Kami pula pergi 2 kereta.Menambah la lagi..hihihi
Sebabnya ada 3 orang kawan Cella  tumpang.Termasuk Cella dan abangnya jadi 5...penuh..Anak bujang tu terus bawa depa semua pi subuh kat masjid  dan sarapan dulu sebelum hantar semua ke rumah masing-masing.Maka,lugage Cella & Lala masuk bonet kereta saya dan saya terus bawa lugage depa terus pi kerja.Esok la pula hantar lugage Lala ke PJ.

Petang ni pusing-pusing la cari durian sebab sejak musim durian ni tuan tanah tu dok berzikir nak durian.Dia memang hantu durian.Dah pesan suruh beli la makan kat sana,tapi alasannya malu nak beli durian.

3 biji ioi..

Kuning isinya .


Ni la isi 3 biji durian tu.

Dapat la satu bekas


Tapi tak tau pasai pa bila makan,rasa dia tak sesedap ioi  yang pernah saya beli sebelum ni.Isi dia cantik dan  licin elok tapi  tak padat dan rasa dia tak "menangkap".Tak berapa bau duriannya.
Tak tau nak terangkan tapi kalau istilah orang kpung saya depa panggil " benyai"..

Masak la pulut dan perah santan..

Ni bukan tuan tanah yang makan..Tapi mak dia yang bedal dulu.Tuan tanah keluar makan ngan Auni &  brotherhood dia si Danial.


Melayan la pulut durian memalam pun.

Takleh jadi...
Pi selongkar peti ais..cari durian kampung ni yang dah membeku.Haaa,baru la rasa lemak manis dan rasa durian..


6 comments:

  1. Hritu order musang king tru ezydurian.. smlm anak bongsu lps ofis hour kat IKN g hunting durian kat area tol putrajaya.. dpt la udang merah 5 biji.. betul kata umi cella, tak menangkap.. agaknya sbb da hujung musim kot.. ntah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouh..maknanya memang bukan sebab lidah saya la yer五
      Mak saya kata,agaknya bila dah penghujung musim,depa tabur baja di pangkal pokok nak kasi durian tu gugur serentak untuk jimat masa dan kos.Makanya buah yang belum bersedia gugur dipaksa gugur dan dipaksa matang.Tu yang rasa isinya pun macam orang kena kawin paksa不不.
      Wallauhua'lam

      Delete
    2. Umi cella ni pandai betul bermain kata2.. kawin paksa.. 不

      Delete
  2. Durian, oh durian! Lambatnya musim nak sampai di Borneo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik rata kat Bukit Hijau la cikgu...五

      Delete
  3. Kenapa ya jadi rasa macam tu, peram kot?

    ReplyDelete