Sunday 3 July 2022

MASAK MEE LABU GORENG

بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat bercuti pada yang bercuti hari ini dan selamat memulakan hari baru dan minggu baru untuk yang bekerja hari ini..



Saya sedang bersarapan Mee Labu sekarang ni.

Mee Labu goreng bersama sebiji telur mata.Saya lagi suka telur rebus tapi malas nak rebus.Jadi goreng ja la walaupun minyak mahal.
Bukan sikit- sikit kemahalannya kan...Botol 5kg yang minggu lepas RM28.90 minggu ni dah jadi RM42.50.Tapi saya tengok ada yang dah jual RM49.99..!
Kita yang ada pendapatan tetap ni masihlah boleh bernafas walaupun semput.Saya selalu terfikir para penoreh getah di pelosok kampung yang menoreh di kebun orang dan pendapatan dibahagi dua.Dalam istilah kampung saya disebut "motong pawah".
Kalau motong banyak dapatlah banyak.Pun kalaulah kebun sendiri..Yang pawah kena bahagi dua.Kalau jualan getah skrap(getah buku) dapat sehari RM50?
Selepas dibahagi dua dengan tuan tanah dapatlah RM25.
Nak dapat sorang RM 25 tu kena motong 200++ pokok untuk dapatkan 20kg getah.Tu musim getah mahal sikit.Kalau musim getah murah sekilo RM1++ dapatlah sorang RM15++..
Belum kira musim hujan tak dapat motong.
Huhuhu...kalau dihitung dikira dan dicongak...memang tak hidup kita..
Hanya Allah yang lebih mengetahui  dan mengaturkan rezeki buat hambanya kerana kita bernafas ni pun atas belas ikhsan  dan kasih sayang Allah s.w.t.


Hari ni saya guna pumpkin stick noodles a.k.a mee labu.

Minggu lepas saya
Minggu ni try mee labu pula.Mengambil iktibar minggu lepas,tak habis makan sebab masak sampai 2 pack mee aots.Maka hari ni saya masak sebungkus saja.Itupun tak tau la habis ke tak sebab saya makan sikit saja pun dah kekenyangan.Mee dia  kenyal dan mengenyangkan.

Tekstur mee labu ni lebih kurang mee oats minggu lepas.Cuma mee dia lebih cerah,tiada tompokan serat sekam macam oats.


MEE LABU GORENG

1 pack mee labu (kering)
1 keping dada ayam-hiris
2 pokok sayur bak choy 
1 pokok daun bawang
3 bawang putih - ketuk
2 sudu cili kisar +1 sudu bawang kisar

kiub bilis.minyak,kicap manis & garam


1. Jerang air untuk rebus mee.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.

3. Masukkan ayam dan biar sampai masak.

4. Tambah cili blend + bawang dan kiub bilis.

5. Rebus mee 5 minit dan terus masukkan dalam tumisan.Tambah sayur dan renjiskan kicap manis secukupnya 

6. Sesuaikan rasa.



Siap...
Alhamdulillah....
Sambil suap mee,sambil menaip entri ni.Kira fresh from kitchen la ye...
Untuk tekak saya,saya lebih menyukai mee oats berbanding mee labu.
Sambil juga pasang telinga kot- kot DHL ketuk  pintu hantar sesuatu...hihihi
Kalau dah sampai saya update sebab saya suka bercerita..🤣🤣🤣
Sohabat semua  sarapan apa tu..?


12 comments:

  1. Ooo ... mi labu kering, ingatkan goreng mi dengan labu hihihii. Itulah kalau baca tajuk terus menerawang jauh. Dah baca baru faham. Macam-macam jenis mi kering ye Mama Cella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..
      Kalau saya pun sekali baca pasti ingat mee dimasak bersama labu🤭
      Kan...macam2 jenis mee sekarang kan

      Delete
  2. sllu jgk guna mee labu utk buat mee goreng.. tp sy gne jenama fatboi..

    haa mmg terasa hrga brng naik.. bkn stakat myk je.. sume pon naik.. aduhlaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouh..ada banyak jenama ya..
      Selama ni saya tak ambil tahu sangat kewujudan jenis2 mee ni..Ni pun tak sangaja jumpa🤭

      Delete
  3. Selamat bersarapan.
    Sempat cerita pasal noreh.
    Wak jaman kecik2 dulu sebelum pegi sekolah, noreh dulu. Ngobor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi....
      Dah makin berumur ni lebih teringat kenangan & kampung halaman

      Delete
  4. sy suka kalau dapat makan mee mee goreng macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi penggemar mee...macam2 cara boleh dimasak kan...

      Delete
  5. sedapnya mee goreng basah2 macam ni...terus rasa macam nak buat mee goreng plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...
      Faham,SA tu baru baik sakit pasti tekak teringin nak makan sebab dah lama tak betselera

      Delete
  6. Sukanya hati kak lin.. kat alamanda ada rupanya mee oats arona.. mee labu arona ni pun ada.. da beli pun.. 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Wah,lepas ni Abang Yan makan mee oats la..hihihi
      Tekak saya macam nak cakap mee oats lagi sedap la🤭

      Delete