Sunday 15 August 2021

REZEKI DAPAT KIRIMAN BUAH PULASAN & RAMBUTAN

 

Maghrib semalam dapat whatsApp dari Ruhil.Katanya dia ada kirimkan buah rambutan & pulasan kepada Atiqah untuk sampaikan kepada saya.Kata Ruhil,suami dia ambil dari kebun kawannya,banyak sangat & dia panjangkan pula untuk  Atiqah dan saya..

Ya Allah, terharunya...!

Baru beberapa hari lepas rasa teringin nak makan pulasan.Tiba-,tiba Allah kirimkan melalui rezeki orang lain juga.Ruhil pesan suruh saya atau anak saya gi ambil kat rumah Atiqah.Saya ia kan sahaja tapi dalam hati berbelah bahagi.Segan la takkan tiba-tiba  nak pi ambik.Lain la kalau Atiqah call atau masej suruh gi ambik kan...hehehe.

Tak lama lepas tu Atiqah whatsApp bagitau dia nak datang hantar rambutan & pulasan yang Ruhil kirim.Alhamdulillah..!

Semoga Allah limpahkan rezeki untuk tuan kebun,untuk Ruhil & suami dan juga untuk Atiqah & suami yang baru minggu lepas menjadi pengantin baharu.Ruhil & Atiqah sebaya.Muda lagi depa ni senior beberapa tahun  ja dari anak-anak saya ja.Tapi kalau di tempat kerja yang muda akan panggil " kakak" la kepada senior.Takkan nak panggil mak cik pulak kan...hihihi


Terus saya makan buah pulasan.Rambutan tu,makan kemudian.Buah pulasan ni rasanya 1st time saya makan bila dah dok kat KL kot.Kat kampung saya memang tiada pokok @ buah pulasan.Dulu-dulu zaman sekolah hanya kenal nama pulasan dalam buku teks Bahasa Melayu.Kisah Ali,Ah Kau & Ramasami.Juga Salmah,Ah Moi & Kumari ke dusun buah-buahan.Tuan punya dusun tu pula mesti dipanggil Pak Tua...hihihi
Selepas kenyang makan buah- buahan,ketika nak balik,Pak Tua akan berikan mereka beberapa biji durian,seikat rambutan,pulasan & manggis.Macam ternampak lagi gambar dalam buku tu tapi dah tak ingat buku darjah berapa.Masa tu bila baca buah pulasan,hanya membayangkan buah rambutan berambut pendek.Tapi tak pernah tengok real buah tu.
Bila pertama kali makan pun saya tak rasa ada keistimewaan pun buah pulasan kerana pada saya buahnya tak lebih daripada rambutan yang tak berapa nak lekang atau longkah.
Namun,seperti kata perpatah
 " Tak Kena Maka Tak Cinta"
Kini setelah lebih 20 tahun kenal pulasan,saya sudah nampak keistimewaannnya & sudah dapat feel rasa isinya memang lain dari rambutan.Kalau makan asing-asing tak perasan sangat.Kali ni makan  serentak pulasan & rambutan..Ok..ada beza!

10 comments:

  1. Replies
    1. Alhdulillah....
      Seronok wak ada dusun..nak makan petik jer ..seronoknya

      Delete
  2. Sy peminat buah pulasan. Betul, dulu tak suka sebab selalu makan yang tak longkah. Lepas jumpa yg longkah terus jadi peminat pulasan, manisnya pun lain kan, macam bergula.

    Kita pun ingat kisah Kumari dan kawan2, lama dah tak jumpa orang nama Kumari 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah pulasan dulu & sekarang tak sama ek...

      Kumari dah jadi Kupergi🤣

      Delete
  3. Kita dah jalan sampai habis ni, mana gambar tosei??

    ReplyDelete
  4. sy x penah mkn pulasan.. tau rupanyanya saja.. rasa xtau..hehe

    ReplyDelete
  5. Dulu memang kalau makan pulasan, isinya nipis dan rasanya rambutan lagi lebih sedap. Sekarang pulasan pulak lebih sedap dari rambutan, dengan isinya yang tebal, manis dan longkah. Pulasan kahwinkah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh..pulasan dulu isinya nipis yer..
      Saya tak penah makan masa dulu sebab tak ada.
      Rupanya yang saya makan dah kira pulasan versi kawin la kot

      Delete