Monday 23 August 2021

MASAK PARU BERLADA MUDAH SAHAJA

 

Paru berlada.Mudah sahaja nak masak.Bahan pun tak banyak.Tapi mampu menjahanamkan diet...Hihihi



Kalau di Kedah,paru dipanggil kelempong.Biasanya kalau kenduri kahwin @ qurban,paru akan direbus bersama perut yang pelbagai jenis tu & dicicah dengan air asam tomato + kerisik.Sedap sangat.

Tapi tu la...kali terakhir makan kendiri kahwin kat Kedah Disember 2019.Lepas tu masuk tahun 2020  sudah mula berperang dengan Covid & hingga kini,sebarang majlis yang melibatkan berkumpul ramai sudah menjadi larangan.Yang berkahwin hanya  dijalankan secara ringkas di pejabat agama.Ada musibah,namun terselit hikmah.


PARU BERLADA.

1 kg paru.

garam,gula & serbuk kunyit.

Minyak.


Bahan Blend Kasar:

15 cili merah.

1 bawang besar.

5 bawang putih 


1. Rebus paru.Belah & hiris sederhana nipis.Gaul garam kunyit.

2. Panaskan minyak & goreng paru hingga masak.Jika suka rangup goreng hingga garing.

3. Tinggalkan minyak goreng paru dalam kuali anggaran ½  cawan & tumis bahan blend.Tambah garam,secubit gula & masak hingga naik minyak.

4. Masukkan paru goreng & gaul rata.Siap.

** Minyak kena lebih sikit baru bahan kisar naik minyak & nampak cantik.

12 comments:

  1. Teringat kat arwah MIL. Kalau ada paru MIL suka masak lada putih. FIL sukakan masakan itu.

    ReplyDelete
  2. Lauk favourite semua kat rumah ni.. tp jarang2 sgt kak lin masak sbb tak cukup 1 kilo kalau masak.. 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..
      Masa beli besar kembang.Dah rebus,ciput jer kan...
      hihihi

      Delete
  3. memang mudah sangat tu kak. Tapi tak pernah cuba masak sebab tak makan paru. Tapi menolong orang masak tu adalah. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh,tak makan paru yer..
      Resepi sama saya selalu guna untuk masak daging yang dah rebus, ikan,isi ayam dadu goreng garing dan telur juga

      Delete