Friday 27 August 2021

ADA 4 JENIS PUJIAN

 

Lepas maghrib tadi seperti biasa sejak PKP setiap Jumaat malam,Ustaz Kamarul Hafiz akan mengetuai bacaan Surah Yassin & Surah Al-Mulk.Kemudian disusuli kelas pendek untuk  tajwid.Semakin belajar,semakin kita sedar lagi banyak ilmu yang kita belum pelajari.


Paling menarik perhatian,tazkirah pendek yang disampaikan.

Kata ustaz,ada 4 jenis pujian iaitu:

1. KHALIQ BAGI KHALIQ
Iaitu pujian pencipta kepada pencipta iaitu pujian Allah kepada diriNya.
Contohnya dalam bacaan Bismillah....
Allah memuji diriNya yang maha pengasih dan penyayang.


2. KHALIQ BAGI MAKHLUQ:
Iaitu pujian pencipta kepada makhluk.
Contohnya Allah memuji Rasulullah.Allah memuji Nabi Ayub.

3.MAKHLUQ BAGI KHALIQ:
Iaitu pujian makhluk kepada pencipta.
Contohnya ketika kita berdoa..Kita dahulukan memuji-muji Allah.

4.MAKHLUQ BAGI MAKHLUQ:
Iaitu pujian makhluk kepada makhluk.
Kata ustaz,bahagian ini kita kena hati-hati.
Kita boleh memberi pujian  sesama makhluk,tetapi tidak boleh berlebihan.Dikhuatiri pujian berlebihan akan membuatkan seseorang manjadi riak & ujub.Contohnya jika kita terlalu memuji kawan,dikuatiri kawan akan jadi riak.Riak itu salah satu sikap mazmumah yang sangat dicela oleh syara'.
Rasullullah pernah menegur bila salah seorang sahabat terlalu memuji seorang sahabat yang lain hingga Rasullullah bersabda "Pujianmu itu membunuh rakanmu".

Bagitu juga bila kita dipuji.Janganlah kita terus berbangga seolah kejayaan atau kehebatan kita atas usaha kita semata2.Padahal semuanya adalah kurniaan dari Allah.Kita hendaklah segera mengucapkan "Alhamdulillah" iaitu mengembalikan pujian kepada pencipta.Alahamdulillah juga sebagai salah satu cara mengelakkan kita manjadi riak & ujub .
Wallauhua'lam

6 comments:

  1. Alhamdulillah
    Allah yang selayaknya kita panjatkan segala pujian

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dapat ilmu harini. Terima kasih kak kongsikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama panjangkan perkongsian ilmu yang dapat malam tadi

      Delete
  3. Segala puji-pujian hanyalah untuk-Nya.

    ReplyDelete