Friday 18 June 2021

VAKSIN DOS PERTAMA

Hari ni berdebar nak vaksin macam debaran ibu muda menanti  nak bersalin anak sulong.Hihihi....

Buat apa pun serba tak menjadi sahaja rasanya


Alhamdulillah,akhirnya selesai 1st dose petang tadi.

Appointment pukul 2.30.Nasib baik ada kawan sekerja sama tinggal kat perumahan ni.Kami pergi bersama 1 kereta.


Tu yang dapat bergilir ambil gambar..
Jenuh pilih baju nak cari berlengan luas yang mudah nak selak  untuk inject.



Berhampiran perumahan ni kat Pusat Komuniti DBKL tu ada juga PPV.Tapi kami kena kat Axiata Arena.

Alhamdulillah,parking luas...
PPV dengan parking oun dekat ja dala 50 meter dah sampai.


Pukul 2.15 kami sampai.

Alhamdulillah tak ramai sangat..Tempat luas.Ada air cond..selesa.

Petugas sukarela juga ramai menjaga & membantu sebagai penunjuk arah & membantu pelanggan
(pelanggan ke istilahnya?)
Semua mesra alam...hihihi

Ada yang cakap jarumnya macam drill dinding..hahahaha jangan percaya..!
Ada yang cakap sakit,ada yang kata sakit sikit sahaja.Ada yang kata langsung tak sakit.
Pengalaman saya....?
Mmmm...agak sakit...!
Sebab saya penakut jarum!

Selepas divaksin,kena tunggu 15 minit untuk pemerhatian.Petugas bagi penerangan setiap orang effect dia tak sama.
Jika ada rasa nak demam makan la panadol.Kalau kesannya teruk,segera jumpa doctor...

Cukup 15 minit,alhamdulillah saya tiada alahan.Kawan saya kena pemerhatian 30 minit sebab dia ada alahan.

Keluar pintu sahaja,petugas kat luar ni dah offer ice cream.Katanya... ambil la..percuma!

Pastu dia cakap..kalau nak  ambil gambar..ambil la  kat sebelah bunting sini & nanti masuk dalam facebook & tag la Malaysia Airlines!
Hahaha...mokcik ada acc fb tapi tak aktif pun nak oi...!
Hihihihi..

Ops... 💯 plus ni pun percuma..Ambil la satu!



Ok..jangan lupa singgah fotobooth...!
Hihihihi...nak juga!


Masuk kereta ,terus makan ice cream ..
Sedapnya ice cream percuma!
Post dalam  Family Group whatsApp.Mak saya call tanya ,ubat apa besar sangat tu...?
Hihihi...ni ice cream la mak!
Balik singgah Hero,top up barang dapur sikit.Takut juga demam ke apa ke.
Semoga Allah mudahkan urusan kita semua!



5 comments:

  1. Memang sangat mesra pelanggan!
    Sebenarnya KKM ni berusaha beri perkhidmatan sehabis baik untuk semua. Alhamdulillah. Moga tambah makmur negara kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah ..
      Semoga diri kita,keluarga,masyarakat,agama & negara kita dalam lindungan Allah swt

      Delete
  2. Adoiii.. besonyer ubat orang kena inject... 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...ubat ni makan banyak lagi syok....hihihu

      Delete
  3. Alhamdulillah kak..saya pon dah vaksin 1st dos minggu lps, next dos 1 Julai la plk..harapnya makin ramai yg dah divaksin cepat sikit la blh rentas negeri kan kak..hihihi..

    ReplyDelete