Saturday 26 June 2021

TEMPE DAUN.... TERINGAT NASI LEMAK DAUN SIMPO

 Minta tolong anak bujang gi beli ayam & tempe.Dah pesan pilih tempe yang baru baru sedap.Pegang bungkusan tu,kalau panas baru beli sebab kalau panas maknanya tempe tu sedang "menjadi" & masih baru.

Dia beli 4 bungkus tempe daun.Alhdulillah masih panas.Satu ikat tu ada 2 bungkus =RM2.50..
Empat bungkus ni RM5.


Tengoklah daun sempo ni masih segar.
☘️🌿🍀
Ada orang panggil daun tempe.Ada panggil daun simpur,daun sempor ,daun simpo & mak saya sebut daun sipo..Amboi,senang sungguh mak saya hanya guna 4 huruf sahaja..short cut betul..!
Eh,tiba-tiba teringat nasi lemak daun simpo la bila nampak daun simpo segar ni..

Tempe daun ni rasa dia lebih ori & ada aroma tersendiri.Tapi jarang nak dapat Selalu jumpa tempe plastik..hihihi
Walaupun tempe dalam plastik jauh lebih murah,tapi rasa tempenya pasti tidak sesedap tempe daun!
Nanti nak petik la daun simpo kat tepi jalan sana tu...!

Nak buat nasi lemak daun simpo..!

Nak buat nasi lemak daun simpo..!

Nak buat nasi lemak daun simpo..!

Tiga kali sebut,orang kata akan jadi doa..
Tengoklah corak daun tu melekat macam corak tat nanas & corak kuih makmur sepit dulu-dulu la...
Goreng macam tu saja pun dah sedap.Dapat cicah sambal kicap,terangkat ni..


10 comments:

  1. Cantik corak tempe bungkus daun simpur @ simpor @ simpo @sipo. Arwah makcik saya (di kampung Bukit Hijau) dulu buat tempe, balut dengan daun pisang. Beratus-ratus bungkus perlu disiapkan setiap dua hari sekali. Nanti arwah letak dikedai runcit. Kalau ada kenduri-kendaa, orang kampung terus tempah ke rumahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah,anak saudara kepada mak saudara tu pandai tak buat tempe?
      Hihihihi..
      Saya pernah try.Remeh juga nak rebus,nak rendam nak buang kulit kacang soya & nak peram. Masa buat baca dalam majalah kata letak tepung pulut sebagai ganti ragi tempe..Kesudahannya tidak menjadi.Maka sejak itu membeliiii...hihihi
      Tapi sekarang kat shopee dah ada jual ragi tempe.Macam nak try la pulak...Kalau la ada kerajinan...hihihi

      Delete
    2. Anak sedara tahu makan saja hihihiii.

      Delete
    3. Hihihi..kalau pandai buat kena buat..Baik pandai makan..selamat!

      Delete
  2. Minggu lepas mak saya dtg sini pun bawakkan tempe daun pisang. Puas hati betul dapat makan tempe goreng 😂. Biasa kat kedai acheh jual yg dalam plastik tu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak yong ngidam tempe daun ka..🤭
      Sedap dia lain macam kan...kalau makan tempe daun..Tapi sini memang oayah nak dapat @ mungkin juga stok terhad tempe daun ni.Kalau untung nasib dapat ke pasar hari minggu & awal-awal mungkin ada..

      Delete
  3. Amboiii.. dia punya zikir nak buat nasi lemak daun simpor tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🤣🤣🤣
      Hihihi...
      Kalsu tak jadi tak tau la nak kata pa...hihihi

      Delete
  4. Tempe pun dah mahal sebab harga kacang soya naik melambung melebihi 100%

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo patut lah ...
      Semua produck makanan dah naik melambong.Apakah krisis makanan akan bermula?Takutnya

      Delete