Tuesday 22 June 2021

SARAPAN NASI KUNING ALA SABAH

 

Sarapan nasi kuning ala Sabah.Title dia sarapan..
Tapi hakikatnya....hahaha


Nasi kuning,sambal ikan,telur rebus & ulam selom sebagai pengganti timun.Kalau SK ganti timun dengan petai,rasanya tak salah juga timun saya gantikan dengan ulam selom.Hihihi


Nasi kuning ala Sabah.Selalu nampak kat dapur Cikgu Amie yang jauh di Sabah nun.Ni kali kedua masak nasi kuning ala Sabah.Bulan Mei hari tu masak
Bulan Jun ni masak lagi Nasi Kuning Sambal Ikan Tongkol.Bulan Julai nanti macam nak masak jugak la untuk harijadi diri sendiri..Selalu memang tak mau ingat tarikh lahir tapi tahun ni macam nak raikan hari jadi sendiri pulak...Hihihi 

Sebenarnya pagi semalam masak SAMBAL IKAN TONGKOL...kat sini.Plan asal masak seawal pagi sebelum ke tempat kerja  untuk anak-anak makan dengan nasi putih la untuk lunch.Tapi bila tengok sambal ikan tongkol ingat pula nasi kuning Sabah.Sedap juga tu...Maka,teruskan la...hihihi


Saya masak nasi kuning versi simple saja.Versi tanak macam nasi lemak.
Saya guna:

NASI KUNING ALA SABAH
4 cawan beras basmathi
1 kotak santan + 3½ cawan air.(bargantung kepada beras)
2 helai pandan
1 ketul halia muda - mayang
2 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil gula
1sudu kecil serbuk kunyit.

**Saya campur semua dalam rice cooker & cook

Seperiuk penuh nasi kuningnya...tamak punya pasal.Tapi bagusnya,bukan jadi breakfast,tapi jadi lunch.Pakat berkali- kali sampai petang sampai malam pun ada.Pastu tengah malam pakat cari biskut cicah air teh 0
Hahaha....

Ni balik dah petang,kebulur,terus sendukkan nasi kuning & tu segelas air tebu order dari Rose.Beli 2 jug air tebu & nikmatnya la minum sambil makan nasi kuning.Patutnya plan nak buat kerja sampai petang,tapi office pun pukul 12 dah semua balik.Tak berani juga nk buat kerja sengsorang kat puncak kayangan nun.Pukul 1 balik merayap ke Speedmart cari beras,megi,biskut & nak cari stok telur.Telur tak ada.Kata cashier tu dah 2 minggu tak ada stok telur.Tak tahu apa punca..Patutlah kat tepi jalan tu pun gerai telur dah tutup..Dah la PKP kali ni konon tak nak la buat stok banyak-banyak macam dulu.Ingat sekali beli 20 biji cukup la.Dah habis nanti beli lagi Ni,jadi macam ni pula...Uish,jenuh kalau telur tak ada stok ni...!!!!

10 comments:

  1. Salam kenal Mama Cella :)
    PH baru cuba resepi Nasi Lemak Kuning Kedah & Ayam Masak Cabai resepi MC Ahad lepas. Lepas ni nak try Nasi Kuning Sabah pula. Sambal ikan tongkol tu nampak sedap betul :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puan Hazel..
      Wah,setiap weeekend "rentas" negara & negeri yer..Nasi Lemak Kuning Kedah.Lepas ni Nasi Kuning Sabah..hihihi

      Delete
  2. Aduhai! Rasa nak masuk pintu Doraemon terus muncul di dapur Mama Cella. Nak juga merasa nasi kuning beras basmathi sambal ikan tongkol ulam daun selom! Memang menjangkit kreatif dan inovatif SK timun jadi petai & daun selom!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...pintu Doraemon tu..
      Kalau ada pintu tu,ramai yang beli pintu Doraemon untuk rentas negeri...hihihi

      Delete
  3. Mohon share resepi ya kakak rajin, sy cadang ahad ni nak buat jgk menu akak yg sedap tu..doakan sy rajin mcm akak jgk ya..hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Adik Manis dikurniakan kerajinan..Amiinnn...
      In sha Allah sedap,pada tekak saya memanng sedap.Walaupun,bahannya macam nasi lemak hanya tambah serbuk kunyit,tapi memang lain bila digandingkan dengan sambal ikan tongkol.

      Delete
  4. Seronok betul tengok orang Kedah dok KL ni pakat2 tiru resepi orang LD nun di sana. Kami tak boleh tiru sebab tekak tuan tanah kedaung kami lain sikit. Nasi lemak ngan petai pun dia tak mauuu palagi nasi kuning dgn daun selom, ada yg cari batu bertangkup karang 😂🤭😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa.... kita tekak apa Mama Cella? Tekak tolak batu dgn kayu kot kihkihkihhhhhh!

      Delete
    2. Hahaha...tuan tanah kedaung tu setia dengan nasi kadaq dia ...takleh nak kata pa🤭

      Delete
    3. Kita selera seantero dunia cikgu Amie...campak kat planet Marikh pun boleh hidup asal ada makanan...hihihi

      Delete