Sunday 13 June 2021

PULUT KUKUS,KELAPA & IKAN PEKASAM vs KOPI O PANAS

 Pagi minggu 13 Jun 2021..Tidak banyak bezanya dengan rutin harian weekday.Sejak lebih setahun lalu,hujung minggu bukanlah hari yang sangat dinantikan seperti dulu.Weekend sekarang sekadar hari tidak bekerja bagi kebanyakan orang,tetapi bukan lagi hari untuk berlibur.


Sarapan pagi minggu untuk hari-hari terakhir "total lockdown".Hari-hari terakhir untuk fasa 1 sahaja kerana akan tetap disambung lagi hingga hujung bulan ini.Kemudian,mungkin lagi & lagi.Namun dalam doa kebanyakan kita pastinya memohon agar Allah mengubah takdir sekarang kepada takdir yang lebih baik selepas ini.

Bau haruman pulut yang sedang dikukus dari arah dapur.


Bersama semangkuk kelapa parut putih bergaram


Juga turut diiringi sepiring ikan pekasam goreng yang sejak subuh tadi sudah menusuk hidung penghuni perumahan ini..Hihihi,maaflah kepada jiran yang tidak menyukai aroma ikan pekasam goreng.Kepada peminat ikan pekasam juga,mohon maaf kerana hanya menyebarkan bauan yang mungkin mengkecurkan liur peminat ikan pekasam.


Sebelum menulis,saya sedang menikmati Pulut Kukus,Kelapa & Ikan Pekasam

Juga Kopi O panas.Pastinya kopi O cap gantang.


Usai menyiapkan bekalan anakanda bujang sebelum subuh tadi,nasi beserta lauk.Kemudian,terus menyambung kerja mengukus pulut,menggoreng ikan pekasam & menyediakan kelapa serta kopi 0.Tidaklah bekalkan pulut kepadanya kerana pulut lebih sesuai sarapan di rumah jika tidak bekerja.Selepas makan pulut biasanya mata akan mengantuk & ubat yang paling mujarab ialah bantal....Hihihi

Bismillah.....

4 comments:

  1. Orang bujang tu kerja ke, hari ahad? Hurmmm.. terbau aroma pulut sampai ke Johor ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup kerojer..Kadang cuti kadang kerja.Mai la berpulut kopi O sini..hihihi

      Delete
  2. Tengok entri ni auto telan air liur n perut lapo.bancuh kopi kapal api bercicah biskut tawar Jacob tuk alas perut dulu sambil mikir apa menu heavy nak masak ni.syukur anak bujang masih boleh kerja sementara org lain dilock downkan tanpa gaji huhuhu.marilah kita sama2 berdoa mohon Allah hapuskan covid di muka bumi ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..ubat mengantuk ni.Biasanya pulut akan memang kesan mengantuknya walau kopi O dikatakan penaham mengantuk tetap kalah.Hihihi

      Alhamdulillah,itulah juga yang selalu saya katakan supaya lebih bersyukur walau bukan mewah tapi masih ada rezeki.Semoga yang terkesan diluar sana juga Allah limpahkan rezeki mereka dari sumber yang tak disangka & hindari kita semua dari segala penyakit bahaya serta melindungi negara kita dari perkara yang tak diingini.

      Delete