Tuesday 29 June 2021

KURMA TELUR KELAR


Kurma telur kelar.
Masak hari apa dah lupa.Masak lauk untuk anak bujang lelaki tu yang tak makan ikan.

Kurma is favourite dia.Kalau kurma ayam lagi la dia suka.Apatah lagi kurma kambing.Tapi kalau kurma telur pun dia boleh pulun ulang makan nasi.Kadang saya masak juga kurma bebola ayam atau bebola daging.Masak sama juga cuma tukar isinya sahaja.

Macam yang ni,guna telur rebus yang dikelar & kentang saya goreng dulu.Telur tu dikelar iaitu ditoreh membujur telur dengan beberapa garisan supaya kuah kurma menyerap ke dalam telur.


Nampak tak kesan kelar pada telur?
Kadang saya goreng dulu telur yang sudah direbus & dikelar.Jadilah telur tu macam satu lapisan berkulit  keras diluarnya.Kadang tak goreng pun sebab nak makan telur yang licin lembut .

Masak kurma ni kadang elok sahaja pecah minyak.Kadang dia tak mau pecah minyak sebab pekat sangat.Kalau biasa nak cantik kuahnya saya guna rempah kurma Mak Siti.Yang kali ni guna Adabi.


KURMA TELUR
5 biji telur- rebus keras dan kopek kulit
1 paket rempah kurma + 1/2 cawan air
2 biji kentang - goreng
2 cawan air
¼ kotak santan
1 bawang besar- belah 8
1 asam keping
1 cili merah
5 cili padi
1 sudu teh garam
4 sudu minyak

Bahan Tumis:
2 bawang putih
1 tangkai daun kari
1 helai pandan - simpul
2 hiris halia- racik

1. Panaskan mjnyak dan tumis semua bahan tumis hingga harum
2. Masukkan pes rempah kurma.Masak hingga naik minyak
3. Tambah kentang dan 2 cawan air.
4. Masak hingga kentang empuk baru tambah asam keping , bawang dan garam
5. Masukkan telur dan santan pekat.Nak cepat,saya goreng dulu kentangnya.Masak hingga pekat  naik minyak
6. Sesuailan rasa dan perlahankan api supaya kuah naik minyak.


6 comments:

  1. tkpernh buat kurma telur..tp pernh la mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang-jarang buat.Tapi sesekali makan sedap juga..hihihi

      Delete
  2. Rempah kurma kita dah habis pulak nak tiru kelar2 telur tu. Nak buat kari telur kelar-kelar pun okey jugakkan, tapi kari kena pekatlah macam kurma ni kan.. hurmmm.. mesti sedap, mahu bocor periuk nasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.Kalau kari telur kena buat pekat-pekat sikit sedap

      Delete
  3. Sedap sangat ni kurma telur kelar. Kalau saya masak kurma ayam, mesti nak bubuh telur kelar juga. Dapat makan ayam, dapat juga makan telurnya sekali.

    ReplyDelete