Saturday 27 February 2021

PULUT TETAL vs HOMEMADE SRI KAYA

 Masak Pulut Tetal ni semalam pagi. Sebelum subuh lagi gigih menagacau sri kaya. Tapi semalam kebizian nak siapkan kerja dari pagi. Pukul 6 petang masih ditempat kerja. Balik pula ngadap jem. Elok langkah kaki dalam rumah, elok azan maghrib. Hari ni nak rehatkan diri sekejap. 


Pulut tetal vs homemade sri kaya. Tekak mula teringin sejak 2 minggu lepas masa menemani mak kawan Adah ke rumah besannya. Besannya tu orang Perak & memang cakap pekat Peraknya. Katanya waktu perkahwinan semua adik beradiknya, keluarga mereka memang menyediakan pulut tetal (tapi disebutnya dalam dialek Perak sebagai "Pulut Tetei").Yang si mak kawan Adah ni terpinga-pinga apa itu pulut tetei.. Hihihi. Saya diamkan sahaja sebab taknaklah menyampok perbualan 2 besan tu. Dalam hati terfikir dah lama tak masak pulut tetal. Terus isyarat dihantar ke otak. Terbayang kesedapan pulut tetal. Isyarat dipanjangkan ke anak tekak. Memang meronta la nak makan pulut tetal ni.. Hahahaa


Menggunakan baki bunga telang lebihan buat air bunga telang berlemon petang hari Khamis. Malam tu terus rendamkan 1kg pulut sebab memang plan nak buat pulut tetal ni. 


Cicah dengan homemade srikaya pula.. Sedap sangat pada tekak pecinta pulut & perindu manis. Hihihi

Sepatutnya pulut ni selepas ditekan dibiarkan semalaman supaya betul-betul sejuk & kenyal padat. 

PULUT TETAL HOMEMADE SRIKAYA
1kg pulut - rendam semalaman @ sekurangya 4 jam
20 bunga telang - rendam dengan 1 mug air panas(rendam beberapa jam) 
4 cawan santan + 1 sudu teh garam
1 helai pandan
Plastic cling


1. 1kg pulut saya rendam semalaman

2. Kukus pulut hingga masak. 

3. Tuang pulut dalam bekas besar berasingan. 3/4 bahagian digaul dengan  3½ cawan santan bergaram. 1/4 bahagian digaul dengan 1 mung air bunga telang & ½cawan santan bergaram. Memang pulut akan nampak berair kerana kita nak pulut yang agak lembik nanti. 

4.Kedua-dua pulut plain & biru dimasukkan semula dalam kukusan secara sebelah menyebelah. (jangan digaul kedua2nya kerana nanti kita nak jadikan tompok-tompok biru. Kukus anggaran 20 minit hingga berwap

5.Angkat pulut & masa ni baru +kan kedua-dua jenis pulut sambil digaul manja. Jangan gaul terlalu rata kerana kita hanya mahukan tompokan biru seperti corak marble 

6.Masukkan dalam bekas 4 segi yang dialas plastik. Tekan-tekankan pulut seperti menekan nasi impit cara tradisional. 

7.Hempap dengan benda berat & biar semalaman @ sekurang-kurannya 5 jam supaya pulut sejuk & padat 

8.Guna pisau kek atau pisau plastik untuk memotong pulut tetal supaya kemas & tidak melekat. 

HOMADE SRIKAYA
8 biji telur ayam
2 cawan santan pekat
3 keping besar gula nisan Kelantan (+- 750gm) - boleh ganti 3 ketul gula melaka selinder 
3 helai pandan

1. Pecahkan telur, kacau & tapis 
2. Campur semua bahan dalam kuali kecik & kacau rata. 
3.Jerang air dalam rice cooker hingga mendidih. Buka penutup rice cooker. Letak kuali tadi atas permukaan rice cooker  & kacau adunan tanpa henti hingga pekat. Teruskan kacau hingga adunan pekat & naik wap. 
4. Sedia dimakan bersama pulut tetal. Jika nak simpan, biar sejuk sebelum dimasukkan dalam botol bersih. Taham 3hari jika simpan disuhu bilik. Tahan seminggu @ lebih jika simpan dalam peti sejuk,bergantung kepada penggunaan gula. Jika kurang manis jangka hayat lebih pendek kerana tiada pengawet. 



Sebaiknya guna bekas 4 segi supaya mudah nak potong nanti tanpa pembaziran. 


Alas dengan plastik supaya mudah dikeluarkan dari bekas. 



Ni untuk saya bawa nak bagi cleaner yang tolong saya kemaskan bilik. 


Ni la homemade kaya yang saya gigih kacau sebelum subuh tu. Patutnya kaya ni kacau malam supaya bila pagi dah sejuk & pekat kental cantik.Tapi malam dah kepanatan. Hihihi

Pulut tetal ni saya dah pernah buat sebelum ni. Dah pernah share rasanya.Ada dalam post PULUT BUNGA TELANG HOMEMADE KAYA.... kat sini
Tapi masa tu buat fully biru bunga telang.
Yang kali ni versi marble. Pulut Tetal ni jarang dijual digerai kuih - muih.Mungkin sebab leceh nak membuatnya. Tapi pada pandangan saya leceh lagi nak buat karipap & tepung bungkus. Cuma mungkin pulut tetal ni tidak ramai peminat kecuali orang-orang lama termasuk saya. Saya pernah beberapa kali jumpa masa hi tea & pernah sekali jumpa dijual di foodcourt 1 Utama. Kadang bila jumpa waktu hitea kat hotel ker, saya la pulak yang was-was sebab... Hihihi. Pernah sekali saya menghadiri mesyuarat yang majoritinya Cina. Hidangannya sungguh menarik. Mihun tomyam penuh seafood & sungguh harum. Saya masih ingat kuih lapisnya mempunyai 7 lapisan warna warni yang cantik sekali.Paling istimewa Pulut Tetalnya nampak berkilat cantik. Begitu juga seri kayanya. Ramai memuji makanannya sedap. Saya juga sangat teringin tetapi secara tiba-tiba kepala terlintas cafenya semua Cina & kuih muih yang dihidangkan sangat senonim dengan kuih nyonya. Terus saya cakap saya puasa. Rakan-rakan lain makan dengan penuh selera kerana pihak penganjur memang memberi keyakinan bahawa semua makanan adalah halal.Memang nampak menarik. & tidak nampak pun unsur tidak halal. Semua tiada unsur daging. Tapi kerana hati saya sudah was-was maka, jalan selamat saya katakan saya sedang berpuasa. Natijahnya sampai petang saya terpaksa menahan lapar & dahaga kerana nak ambil air mineral, saya dah cakap saya puasa. Hihihi.. 

4 comments:

  1. Oh, ni lah projek bunga telang yang lagi separuh tu ya. Sy pulak suka pulut tapi tak suka jika digandingkan dgn sesuatu yg manis, pulut mesti savoury, baru sy nak makan ulang2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Ini la projeknya..
      Betul, pulut savoury makannya tak muak berbanding pulut versi mania. Tapi sesekali teringin yang manis. SK takpa sebab memang dah manis.. Chia.. Chia chiaaaaa

      Delete
  2. Cantik kejadian pulut tetal tu. Sedap sangat ni cecah dengan srikaya. kalau saya jumpa ni memang nak bagi rendam pulut dalam semangkuk srikaya...kihkihkihhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan tradisional ni sesekali datang rasa meinginan untuk masak & makan. Tapi seperti biasa lah, hanya golongan mak-mak yang suka. Saya pun banyak syok swndiri sahaja.. Hihihi

      Delete