Thursday 10 December 2020

SOLAT SEBAGAI KEWAJIPAN vs SOLAT UNTUK KETENANGAN

 Santapan rohani jiwa sendiri & juga dikongsikan:


Apabila kamu merasakan bahawa hidup kamu tiada kebahagiaan , maka ketahuilah bahawa kamu sebenarnya  tidak melaksanakan solat dengan begitu bagus .

Ketahuilah bahawa di sana terdapat perbezaan yang ketara antara orang yang solat untuk mendapat ketenangan jiwa dengan orang yang solat untuk sekadar melepaskan kewajipan solat sahaja.


Lihatlah di antara kedua duanya itu , hati Kamu berada di pihak mana ?

Ketikamana dalam solat , apabila syaitan cuba mengajak kamu supaya bersolat dengan gopoh , maka ingatlah bahawa segala perkara yang Kamu ingin mencapainya dan segala perkara yang kamu takut ianya terlepas , segala galanya berada di dalam genggaman Allah yang sebenarnya kamu sedang mengadapNya.


# Ya Allah , jadikanlah kami dari kalangan mereka yang mengerjakan solat dan memeliharanya serta melaksanakannya dengan penuh khusyuk.


*dipanjangkan daripada perkongsian Al-Ustaz Kamarul Hafidz pagi semalam. Semoga bermanfaat

5 comments:

  1. Sukarnya nak mencapai khusyuk dalam solat, terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  2. Semoga kita sama2 muasabah diri mencari redha Illahi.Semoga ibadah solat kita dapat diterima Nya.

    ReplyDelete
  3. Marilah sama-sama selalu muhasabah diri sebab kita tahu kita selalu lalai.

    ReplyDelete