Sunday 13 December 2020

SAMBAL BERLADA KULIT UBI KAYU

Sambal Berlada Kulit Ubi Kayu. Macam dah tiada benda hendak dimakan? Hihihi, Alhamdulillah masih dilimpahi.rezeki dan kasih sayang Allah s.w.t

Masak Sambal Berlada Kulit ubi Kayu ni sudah beberapa kali tertangguh. Pernah dapat kulit ubi kayu yang fresh dikampung, tapi tak berkesempatan untuk masak dijadikan lauk. Pernah  kulit ubi kayu ini saya jadikan kerabu. Boleh tahan rasanya. Asal jangan terkena kulit ubi yang pahit. Saya pernah menonton rancangan masakan berbentuk makanan nostalgia juga la. Tapi saya sudah lupa nama rancangan masakan tu tahum 90's dulu. Yang masih saya ingat masakan kerabu kulit ubi kayu tu dimasak oleh pelakon air mata dulu-dulu seniwati Rubiah Suparman. Sejak sekolah rendah saya sangat meminati lakonan Rubiah Suparman terutama filem Dayang Suhana & Bila Hati Telah Retak. Ternampak-nampak lagi lakonannya. Masa PKP1 1.0 hari tu saya layan filem Bila Hati Telah Retak bersama Cella. Sambil menonton saya menyorot budaya & kehidupan tahun 1980-an zaman kanak-kanak. Dalam filem tu Rubiah Suparman berlakon sebagai jururawat desa(saya sudah lupa apa nama jururawat/misi tu) yang memberi khidmat kepada ibu mengandung & ibu-ibu yang melahirkan anak di rumah. Sambil saya menceritakan kehidupan di kampung dulu-dulu yang dipaparkan dalam filem itu. Jalan denai untuk ke kampung dipedalaman. Kisah misi yang terpaksa berhadapan karenah dan pertembungan perubatan tradisional & moden. Sikap sesetengah lelaki kampung dulu-dulu yang samseng. Konflik pemikiran ibu-ibu muda  yang mahukan rawatan moden vs tradisi. Rumah-rumah kampung & kehidupan tahun 1980s.Seronok sangat menonton filem-filem dulu-dulu bukan lah sebab jalan ceritanya sangat. Tapi lebih kepada background dalam filem dulu-dulu membawa kita ke zaman itu. 

Jika Rubiah Suparman dengan kerabu kulit ubi kayu. Saya pula masak Sambal Berlada Kulit Ubi Kayu. Saya campur terung pipit & ikan bilis goreng. Sedapnya lahai pada tekak saya. Dulu-dulu mak saya tak pernah masak pun sambal atau kerabu kulit ubi kayu ni. Kalau pucuk ubi pun emak hanya rebus sebagai ulam. Kalau sambal bilis + terung pipit tu memang selalu la sebab terung pipit banyak tumbuh liar merata kampung. Kalau kena pokok yang subur tepi reban ayam(kami panggil "Lau Ayam") sepokok pun boleh makan sekampung kerana terung pipit buahnya berjambak




SAMBAL BERLADA KULIT UBI KAYU
1 mangkuk kulit ubi kayu
(kulit tebal lapisan dalamnya) 
1 genggam ikan bilis bersih
1 cawan terung pipit
1/4 cawan minyak
1 sudu teh garan
1 sudu teh gula 
1 asam keping

Bahan Blend:
1 cawan cili padi merah bangladesh
1 bawang besar holland
3 bawang putih

1. Kulit ubi kayu hanya diambil kulit tebal  & buang kulit nipis luarnya. Kerat dan  hiris halus memanjang. Rebus mendidih  10 minit hingga lembut dan buang airnya. 
2.Panaskan minyak & goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan
3. Tumis bahan blend & masukkan terung pipit. 
4. Bila terung lembut masukkan garam, gula dan asam keping & masak hingga naik minyak. 
5. Masukkan kulit ubi rebus & ikan bilis. 
6. Gaul rata & masak lagi beberapa minit hingga sebati. Sesuaikan rasa. 


Kulit ubi kayu bahagian dalam yang tebal. Bersihkan 


Kerat & hiris halus

Rebus & buang airnya

Sambal Berlada Kulit Ubi Kayu

4 comments:

  1. Makanan begini kalau ramai-ramai buat dan ramai-ramai makan sedap oooo... lagilah kalau dah penat berkebun atau bersawah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu cikgu.. Kalau makan tempat rewang ke.. Makan kat sawah memang layan ni

      Delete
  2. Owh tak penah masak kulit Ubi kayu tapi terong cepokak ni selalu berebut ngan hiring. Masak sambal cili padi belimbing buluh letak ikan bilis hitam yg liat liut tu.Alhamdulillah itu pn dah seribu nikmat.mungkin sejak kecik makanan semua organik jadi jarang sakit sampai ke usia persaraan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam ada bethlnya la.. Kita banyak makan makanan organic dulu-dulu.. Antibody kuat & jarang sakit kan..

      Delete