Tuesday 18 February 2020

LAKSA LEMAK KEDAH LAGI....


Mak aku masak Laksa Lemak Kedah Lagiiiiiii
Bulan ni dah 2x mak aku masak Laksa Lemak Kedah ni



Dinner la ngan Laksa  Lemak Kedah
Makn berdua ngan mak aku
Ni pinggan mak aku
Penuh ulam


Aku nyer pinggan
Hanya timun & limau
Sebab ulam lain aku x suka

Abang ngan kakak xnak Laksa
Depa makan Nasi Goreng Sardin
Sama macam 2 minggu lepas LAKSA LEMAK KEDAH vs NASI GORENG
Yang x makan laksa sila makan nasi goreng
HAhahahaa

Resipi C&P dari post 2 minggu lepas

LAKSA KUAH LEMAK KEDAH..mak aku

1 paket laksa kering

Bahan Kuah:
1/2 kg ikan -agak-agak 5 ekor ikan selayang
(rebus bersama 3keping asam gelugur)
1 labu bawang besar
1 cawan santan pekat
9 cawan air(sebagai panduan- boleh adjust)
1paket kecil rempah kari ikan(1 1/2 sudu besar)
5 asam keping
1 bunga kantan @5 tangkai daun kesum
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu minyak
Garam secukup rasa

Bahan Ulam:(ikut pilihan sendiri)
- daun selom
- daun putat
- Timun
- bawang besar
- cili padi
- Limau nipis

1. Ikan diasingkan tulangnya..
    - Blend isi ikan dengan 4 cawan air.Ketepikan
    - Blend pula tulang2 dan kepala ikan dengan 3
      3 cawan air..tapis dan campur dalam isi ikan
      untuk mudah agak kepekatan kuah nanti.
    
2. Blend pula bawang besar dengan 1 cawan air hingga halus..ketepikan

3. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.Kemudian masukkan serbuk kari dengan 1 cawan air ..Masak hingga naik minyak..

4. Masukkan bawang blend dan biar mendidih sekejap supaya sebati dengan serbuk kari.

5. Masukkan bahan isi ikan yang diblend dan masak lagi hingga mendidih.Masukkan juga asam keping,garam dan bunga kantan.

6. Masukkan santan pekat dan kacau sebati..

    Biar mendidih perlahan dan rasa asam garamnya..jika kuah terlalu pekat tambah air panas...kerana kuah x perlu terlalu pekat..Bila sejuk kuah akan jadi semakin pekat

5 comments:

  1. Dik cella, rasa laksa lemak ni mcm mn ek? Akk tak pernah mkn..tgk bhn mcm nk hmpir sama laksa johor tp versi ringkas..ada penggunan rempah kari tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe... Rasa dia sedap
      Lemak & rasa ikan
      Camaner nak cakap ek..
      Sebab kiter x pernah lagi makan laksa johor tu.. (yer ke kiter lum pernah makan?)
      Heeee.... Kena try masak & makan

      Delete
  2. If you're looking to burn fat then you certainly need to start using this totally brand new custom keto meal plan.

    To create this service, certified nutritionists, personal trainers, and cooks have joined together to develop keto meal plans that are powerful, suitable, price-efficient, and satisfying.

    Since their grand opening in January 2019, 100's of people have already transformed their body and well-being with the benefits a good keto meal plan can provide.

    Speaking of benefits; in this link, you'll discover 8 scientifically-proven ones given by the keto meal plan.

    ReplyDelete