Sunday 23 September 2018

RESIPI BUBUR ASYURA UTARA SUKATAN KAWAH....

Asal Blog ni 2013 sebab bosan cuti sekolah x tau nak buat apa
Masa tu tengah drama bersiri "Misiku Kuza"
Alaa..yang Erin Malik jadi misi nurse a.k.a misi
Nama misi tu Kuza..
Arja Lee jadi doktor
Haa...misi Kuza ni kira misi cantik yang digilai ramai pesakit dan doktor
So...nak berangan aku pun letak nama blog ni "namakucella" supaya ala2  "misikukuza"
Hahahaha...
Setiap hari ada la beberapa pageview yang tersesat baca blog ni.
Sejak tahun lepas nampak banyak juga pageview..



Hari Khamis masa tengok kat pageview tu..
Ramainya yang view kat entry BUBUR ASYURA UTARA kat sini...
Ramai la untuk blog cikai macam aku ni
Kalau untuk memang bloger famous... blog ini bukan bandingan la..
Blog budak sekolah jer pun...
Pastu banyak catatan diary harian aku & about makanan masakan mak aku jer..
Tapi bila ramai view Bubur Asyura
Baru perasan dah masuk 10 Muharram..
Asyura season dan tiba...
Patut la malam tu mak aku sibok merendam beras..
Semalam...Jumaat 11 Muharram 1440
Mak aku sibok bawa besen besar..penapis besar..jug..pisau bagai
Kata mak aku ada MAJLIS KACAU BUBUR ASYURA"
Mak aku cakap big bos ajak kacau Bubur Asyura beramai2..
Cam biasa la kalalu Bubur Asyura Utara mak aku akan jadi chiff
Mak aku kata nak kacau  ramai2
Tahun lepas pun kacau ramai2
Tapi kat rumah setiap tahun mak aku akan masak Bubir Asyura ni dan bagi pada jiran2 sebelah menyebelah
Aku suka hantar2 pada jiran
Tapi aku x minat Bubur Asyura
Nak rasa sesuap ok la
Nak makan sampai kenyang memang  x lah



Pic Bubur Asyura mak aku masak ramai2 semalam..
Bubur Asyura 2018
Mak aku cakap kalau boleh potong macam ni tandanya masak sempurna tu..
Setiap tahun memang mak aku akan masak Bubur Asyura ni
Ni entri  BUBUR ASYURA 2017
Actually Bubur Asyura 2017 ada 3x
Ada versi masak 2 kawah juga event mak aku & Kelab Kebajikan tapi aku pun dah lupa tersimpan dalam draff sampai sekarang..
Bila nak.post dah bukan musimnya macam x kena..

Yang ni  BUBUR ASYURA 2016
Ni plak  BUBUR ASYURA 2015
Bubur Asyura 2014 x de buat entry rupanya sebab mak aku cakap 2014 masak kat kampung nenek...xde pic
Manakala yang ni BUBUR ASYURA 2013

Pastu hantar kat jenjiran sebelah2
Cam  biasa la mak aku cakap nak meneruskan tradisi Asyura supaya terus kekal
Mak aku cakap biarpun aku..abang & kakak x suka makan asyura...
Tapi mak aku akan tetap buat dan hantar pada jiran dan kawan2
Mak aku kata supaya nanti bila aku ..abang dan kakak akan meneruskan tradisi tu..
Mmm....aku  x janji tau..!


Mak aku cakap Bubur Asyura memang  banyak versi ikut negeri
Tapi yang selalu mak aku masak ni memang mak aku cakap versi Utara
Kalau versi Pantai Timur mak aku cakap lemak manis hampir sama dengan Utara....tapi  ada added special asyura spice & daging..
Mak aku cakap ada yang buat versi sovoury macam bubur lambuk.
Mak aku cakap kalau kat FB dah ramai yang post macam2 versi asyura

Ni sukatan untuk   masak dalam kuali

BUBUR ASYURA KEDAH - versi mak aku
1cawan beras- rendam semalaman dan blend dengan 1 cawan air hingga halus
3 cawan tepung beras cap Teratai
1 kg santan pekat + air supaya jadi 15 cawan santan
5 keping gula kelantan ( boleh ganti 1/2kg gula pasir /Gula Melaka atau gula merah)
2 sudu teh garam halus
1 cawan kacang hijau- rendam & rebus empuk
1 cawan kacang tanah putih- rendam & rebus
1 tongkol jagung
5 biji pisang - pilih yang x terlalu masak
1 ketul ubi kayu- potong besar-besar dan rebus empuk
2 ketul ubi keledek oren-potongn besar dan rebus empuk
1 keledek purple- tak perlu rebus

1. Siapkan bahan-bahan :
    - Beras perlu rendam semalamn atau beberapa jam supaya senang nak blend
2. Blend beras yang sudah direndam dengan 1 cawan air

*** Boleh saja guna tepung beras sahaja
   Beras digunakan supya hasil lebih baik dan berbau harum seperti tepung beras yang ditumbuk cara tradisi.
   JIKA guna tepung sahaja ratio  1:4
   Iaitu 1 cawan tepung beras : 4 cawan santan
   JIKA  guna beras pun sama....1:4
   Iaitu  1 cwan beras : 4 cecair
 (1cawan air guna untuk kisar beras dan lagi 3 cawan ialah santan supya jadi 1:4)

3. Rebus bahan yang perlu rebus..Rebus berasingan setiap bahan yang kena rebus)
   Toskan bahan rebus supay rtio cecair tepat

4. Bancuh beras kisar, tepung beras,santan,garam dan kacau rata suopaya tidak bergentel.

5. Letak atas dapur dan kacau tanpa henti hingga  pekat dan meletup-letup..
    ** Jika bubur terus pekat tanpa ada tetupan kecil tu tandanya adunan keras..
        Tapi jika ratio cecair betul..memang akan beraku letupan kecil macam lumpur gunung
        berapi


6. Bila sudah meletup-letup baru ditambah gula dan kacau lagi ..
    *** Bila gula cair adunan bubur akan kembali cair...
           JANGAN RISAU...nanti bila lama dimasak akan pekat semula)

7. Agak-agak 5 minit selepas tambah gula,baru masukkan jagung dan pisang
   ** Ini jika guna pisanng yang masak keras..
       Kalau pisang masak lembik tambah pisang akhir sekali

8. Masukkan pula kekacang yang direbus dan terus kacau hingga letupan-letupan kecil dalam kuali tu semakin perlahan dan adunan semakin kental
**** Anggaran masa mengacau dari adunan mula diletak atas dapur hingga masak untuk sukatan ini lebih kurangn 1jam setengah..

Jika bubur tidak dimasak dengan lama nanti bila sejuk bubur akan melekat pada loyang dan melekit serta x cantik
Bubur yang betu-betul masak akan berkilat dan bila sejuk akan lekang dari loyang.




Ni versi mak aku masak semula bubur asyura tu


Versi dah masak semula hingga kental
Dan bila sejuk dia membeku


Pic dari handphone mak aku..
Mak aku cakap masak ramai2
Kacau bang...jangan x kacau
Biar timbul muscle


Chiff tengah masukkan bahan  Bubur Asyura
( xnampak fullface xper kan...)
Kacau bang jangan x kacau..
Wei...handsome nyer abang2 tu bai..!
Naper mak aku x cakap ada abang2 hamdsome
Kalai aku tahu...
Mau aku ponteng sekolah lagi ikut mak aku gi kacau bubur  tu..
Hahahahaha...


Mak aku cakap masak 2 Kawah
Mak2 siapkan bahan je
Abang2 sado tu yang kacau
Huh mesti sedao..
Kikikiki....



Apa mender putih2 timbul tu??
Mmm...mak aku cakap tu pisang
Tu kawah 1


Ni mak aku cakap kawah 2
Mak aku cakap yang ni kacau oleh kakak2 manis
Adda sikit hangus sebab kakak2 manis mana boley lawan abang sado



Haaa...ni dah penat kot
Abang Sado dah  kacau sambil duduk plak ni
Siap baju Melayu bai..!
Dah la handsome..
Pakai baju Melayu plak..
Mesti la ramai aweks sangkut..!
Ops...sudah...sudah...
Sambung Citer Bubur Asyura


Mak aku pesan...suruh C&P senarai bahan yang ada dlm wasap kepada suplier 
Sebagai panduan untuk masak banyak 2 kawah besar
Semua bahan tu mak aku pwsan untuk 2 kawah
So kalau nak buat 1 kawah gunakan 1/2 pesanan


BAHAN BUBUR ASYURA UTARA-  2 Kawah
(2 kawah )

Tepung Beras  - 30 pkt( cap teratai) 1pkt = 500gm -Kalau kawah kecik  order 20 pack jer
Beras (kak siapkan) - 1 kg ( rendam & blend)
Gula Pasir         - 10 pkt (10kg)
Gula Melaka     -  1 kotak -5kg
Garam                - 1 pkt
Santan fresh     - 15 kg
Kacang Hijau    - 3 kg
Kacang Tanah putih tanpa kulit(besar) 2 kg
Kacang Ketupat - 2kg
Ubi Kayu  -       6kg
Keledak Oren   6kg
Keledak Ungu  6 kg
Pisang Nipah/Abu 6 kg
Jagung fresh  16 tongkol

****jangan lupa bekas isi bubur untuk staff


Mak aku cakap masa untuk memasak bubur ni sekawah lebih kurang 3-4 jam ...tidak termasuk masa menyiapkan bahan

ops....
Mak aku pesan lagi....
Senarai peralatan juga sangat penting



Suriana....nanti ingatkan AJK Peralatan...semua peralatan siapkan hr ni juga...esok pagi just nak masak jer...xmau esok baru nak kelam kabut ..satgi lambat mula...lambat masak ..Yang lelaki nak mengejar solat Jumaat ..
Yg penting bgtau depa sediakan:


1. Dapur besar untuk kawah - 2 
*** Dapur Putih HIGHT PRESURE  (kalau dapur mawar x sesuai untuk  kawah - x cukup panas)
2. Tong gas 2
3. Kepala gas high presure -2pcs
4. Kaki kawah - 2 set
5. Kawah ( suruh depa basuh siap2 hr ni jg)-2pcs
6. Pendayung ( sudip kacau bubur 4 batang)
7. Senduk besar-2 pcs
8. Sudip goreng yg besar nak kikis kawah- 1pc
9. Besen besar/ penapis - kak bawa
10. Presure cooker- nak rebus kacang

** pesan AJK bahan esok bawa pisau & papan potong


Hahahaha....c&p dari handphone mak aku
Rupanya mak aku pun siap buat AJK macam aku selalu buat kalau ada event kelas dan sekolah
Mak aku nyer pesanan kepada " Suriana" macam pesan kat aku ngan kakak ngan abang.

Ops....ada lagi...
Untuk cara masak...
Mak aku cakap ikut jer step by step macam 
BUBUR ASYURA UTARA SUKATAN CAWAN kat sini..


Ada lagiiiii....
Mak aku cakap...
Tips masak banyak dalam kawah

** kacang rendam semalaman spy bila rebus cepat empuk

*** Rebus berasingan ikut jenis kacang

** Ubi2 semua potong besar2 sebab kalau kecik nanti kacau dlm kawah dia hancur.
Saiz potong lebih kurang kenta g dibelah 4
Rebus 1/2 masak

***Keledek ungu x perlu rebus sbb mudah empuk dan senang hancur..Masukkan sahaja keledek ungu mentah selepas bubur mula menggelegak


1. Kawah yang dh cuci letak siap2 atas dapur TAPI jangan hidupkan api lagi
2. Sukat tepung beras dengan  dengan jug air spy senang nak kira RATIO cecair nanti
(contoh- 5 pkt tepung =1 jug
            Cecair (santan) =4 jug
3. Sukat santan + air supaya dapat ratio yang betul..
4. Kawah letak atas dapur siap..( JANGAN PASANG API DULU)Kemudian baru Bancuh tepung & santan dalam kawah tu spy x la berat nak angkat nanti
5. Kalau guna beras...sukat beras tu dan sukat air 1:4 juga....
contoh 1 jug beras = blend dgn 4 jug air ( air berasingan...bukan sukatan untuk tepung tadi)
6. Tuangkan sekali beras blend dengam ratio air yg berasingan  tadi dalam campuran tepung dalam kawah

**JANGAN CAMPUR GULA LAGI..
    kacau tepung dan santan sahaja dulu)

7. Hidupkan api dan mula kacau hingga pekat menggelegak
8. Masukkan garam,gula pasir dan gula melaka ( pecah2kan gula melaka)
** jika xnak guna gula melaka- tambahkan sikit lagi gula pasir.- rasa ikut manis yg diingini)
9. Masa ni bubur akan cair semula sebab gula mencair ..teruskan kacau
10. Kacau lagi lebih kurang 1/2 jam hingga bubur kembali pekat
10. Barulah tambah semua kekacang dan ubi2 rebus 1/2 masak tadi
11. Pisang dimasukkan agak2  15 minit kemudian..Sebab pisang cepat empuk
12. Bila letusan mendidih makin perlahan dan bubur kental menandakan bubur sudah masak
13. Kecilkan api paling kecik dan cedok masukkan dalam bekas2
** Terus kacau bubur sambil yang lain cedok sbb bubur yg  dah masak cepat membeku

*** Alas bekas dengan daun pisang memang akan lebih harum tapi jika simpan lama bahagian bawah daun pisang akan berwap dan bubur akan berair bawahnya..
So...kalau nak makan habis hari yg sama boleh alas daun pisang
Kalau nak simpan sampai esok tak perlu alas daun pisang

** Ok...selamat memasak..
Dah siap bahan...
Senarai bahan
Peralatan
Tip memasak.
*****Jangan cakap mak aku x payung..
Hahaha ....kalau sedap bagi jenjiran
Kalau x sedap jangan salahkan straw..
Hahhaha...YTJT..
     



Kata mak aku ..
Bubur Asyura yang menjadi
Akan beku setelah sejuk  dan tidak melekat pada bekas


Macam ni.....
Boleh downside


Boleh potong macam puding...


11 comments:

  1. Salam ..
    Dapur mawar... Nostalgia sungguh..arwah mak selalu sebut SBB dia pandai masak..
    Sekarang bubur asyura bubur lambuk only added more kekacang... Alarm pakai rempah soup.
    Letak daging beef...

    ReplyDelete
  2. Salam. Bestnya baca penerangan sis. Sangat detail dan memberi keyakinan utk saya buat buboq sora esok. First time nak buat sendiri ni.. hihihi

    ReplyDelete
  3. Terima kasih untuk resepinya. Mohon copy untuk masak bubur asyura di surau Al Taqwa Taman Kota Cheras Fasa 2 Hari Malaysia ni..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih sis atas resepi masak guna kawah ni😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama..
      Saya simpan untuk rujukan dir sendiri dan untuk dikongsi juga

      Delete
  5. Boleh tahu tak 1 kawah tu anggaran berapa orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak banyak.Saya tak pandai nak agak berapa orang tapi boleh dapat dalam 100 bekas kecik dan beberapa bekas besar..

      Ini yg kami buat tahun lepas..saya ada runjuk bekas yang kami guna untuk isi bubur asyura yang dah siap masak
      Cuba taip " namakucella- bubur asyura 2022"

      Boleh rujuk sini:

      http://namakucell.blogspot.com/2022/08/kacau-bubur-asyura-2022-versi-utara.html?m=1

      Delete