Bubur Asyura...
Makanan setahun sekali..kata mak aku la
Yang akan muncul hanya dalam bulan Muharram...pun mak aku yang cakap camtu
Yang ni mak aku cakap versi utara yang x cukup syarat..
Haaa...x cukup syarat..?
Mmm..kata mak aku kalau nk cukup syarat kna ada macam2 kacang..macam2 ubi..pisang bagai
Ni versi x cukup syarat sebab hanya ada beberapa bahan je..
Kata mak aku kena buat juga sbb Muharram dah hujungggggg sangat dah..
Hari Selasa nanti dah last muharram
Klu dah habis bulan Muharram...
Dah x feel nk masak & nak makan bubur asyura ni...
Hohohoho...dahsatnyeerrr..
Dah berkali-kali mak aku cakap nak buat tapi aku tengok x buat pun..
Hari tu mak aku minta nenek buat..
Tapi masa tu kan masalah sink tu...
Nenek kata leceh nak buat
Lagi pun kata mak aku..
Klu bubur ni versi nenek memang lagi banyak bahan & banyak step
Ni la Bubur Asyura Penghujung Muharram tu..
Mak aku kata hanya rencah kacang hijau...kacang tanah...ubi kayu & keledek jer...
Bahan wajib..iaitu pisang pun xde...
Tapi aku x kisah pun...
Sebab ni bukan favourite aku..
Aku x minat..
Aku hanya rasa sesuap jer..
Selebihnya semua mak aku yang makan..
Dahsat kan....
UPDATE :
Boleh juga rujuk resipi bubur asyura yang lebih baik dalam post
BUBUR ASYURA SUKATAN CAWAN (2017) kat sini
Bukan banyak pun...
Mak aku buat 1 bekas ni jer
Tahun-tahun lepas memang aku tengok mak aku masak banyak bagi pada jiran & kawan2
Yang ni sebab x cukup syarat..mak aku kata nakan sendiri jer..
Mmmmmm
BUBUR ASYURA X CUKUP SYARAT..
1cawan tepung beras
1/2 cawan beras-rendam
3 cawan santan
2 cawan air
1/2 cawan gula
Sikit garam
2 sudu kacang hijau-rebus
2 sudu kacang tanah-rendam & rebus
1/2 ketul keledek purple
1/2 ketul keledek oren
1/4 ketul ubi kayu
1. Rebus semua ubi hingga empuk.
2. Blend beras dgn 2 cawan air
3. Bancuh tepung dengan santan & campur dengan beras blend & garam.
4. Kacau atas api hingga pekat dan mendidih meletup-letup
5. Masukkan gula & kacau hingga gula cair
6. Masukkan kekacang rebus & ubi-ubi rebus
7. Kacau lagi hingga likat dan kental
8. Sejukkan dalam loyang
No comments:
Post a Comment