Sambal Kentang & Ikan Bilis..
Mak aku kata ni sambal ni Lauk Nostalgia Orang Bujang...
Naper lak nostalgia orang bujang...?
Kata mak aku sebab Sambal Kentang dan Bilis ni adalah lauk paling kerap dimasak oleh mak aku masa bujang..
Bujang mean Single....
Haaa...jangan silap faham..
Kalau kat Kedah nenek kata Bujang mean WIDOW...!
Kalau single lelaki dipanggil anak teruna..
Kalau perempuan anak dara.
Aku x tahu kenapa mesti ada perkataan anak kat depan dia walaupun dah tua akan tetap dipanggil Anak Dara Tua..
Kalau widow...xde lak dipanggil anak janda..!
Ops...!!!
Syyyy.....jangan cakap pasal tu nanti kena cubit molot..!
Sambal Kentang Ikan Bilis ni actually favourite kakak..
Bulan lepas pun aku tengok ada pic Sambal Kentang ni dalam folder..
Tapi lum sempat post dah mak aku masak lagi Sambal Kentang Bilis ni..
Mak aku cakap request dari kakak..
Tengah cuti 4 hari..
Eh..kakak cuti 6 hari kot..
Haaa...ada citernya..
Malam Khamis aku tidur lambat sebab siapkan folio Sivik..
Mak aku dah tidur..
Abang pun tengah main gitar dalam bilik dia..
Jam menunjukkan hanpir pukul 12 malam..
Tiba2 dengar macam ada orang buka mangga grill..
Akuningatkan rumah orang sebelah tapi bunyi dia macam dekat sangat jer..
Pastu bunyi kunci ..
Selalu time2 camni abang jer yang balik..
Tapi abang dah balik dah ..ada dalam bilik..
Tiba2 macam pintu bergegar..
Dah la aku sowang2 kat ruang tamu tu
Lintang pukang aku lari masuk bilik abang bagitau abang macam ada orang nak masuk rumah..
Kelam kabut abang kuar gi kat pintu...
Abang dah ready dah dengan penumbuk
Mak aku yang dengar kecoh2 pun dah ready nak jerit minta tolong...!
"SURPRISE..!!"
Tiba2 kakak dengan bakul laundry hitamnya jerit surprise..!
Sambil ketawa terbahak2 tengok kitorang semua dengan muka semua tengah cuak!
Hmmm....apa lagi kat situ jugak la mak aku tazkirah kakak...
" Banyak la ko nyer surprise....!!!
Ko ingat ni lawak la sangat...!!
Bla..bla..bla..bla..."
Tapi kakak tetap gak dengan ketawa dia x boleh nak benti...
Pastu bila semua dah cool baru kakak bagitau yang kakak balik ngan Kak Ayu & Kak Mai..
Kakak kata petang tadi Kak Ayu gi amik kakak kat Puncak Alam..Pastu dorang semua kuar makan ngan kak Mai semua.Pasfu kak Mai hantar balik..
Kak Ayu tu student UiTM Shah Alam..
Kak Mai lak study kat MSU Shah Alam..
Kakak la yang jauh nun di Puncak Alam..
Haaa...tapi adik kak Ayu tu..
Ngan adik Kak Mai tu.....mmmm..
Syyyyy..biarlah kami jer yang tahu..!
Sambung citer Sambal Kentang
Mak aku cakap Sambal Kentang Bilis ni selalunya menjadi makanan pilihan stundent2 zaman mak aku study dolu..
Mak aku cakap dolu2 tahun 90-an..
Ayam.masih dikira makanan mewah.
Telur ..Ikan Bilis dan Sardin plak dikira makanan bajet untuk student..sebab harga telur ,sardin dan ikan bilis lebih murah dan senang untuk disimpan..
Sebab xde peti ais...
Mak aku cakap sekarang rumah sewa untuk student selalunya fully furnished..
Siap double decker..fridge..washing mechine etc...
Mak aku citer tahun 1991 masa study x dapat duduk asrama sebab diutamakan student metrik yang akan ke oversea...
So,student yang ala-ala jer pepandai la membawa diri.
Dah la baru habis sekolah terus datang KL..
Takde sedara mara..duit pun kena kemut..
Apa mender lagi ntah mak aku citer pasal student matrik tu aku pun x faham sangat.
Yang aku ingat mak aku cakap masa tu mak aku kena duduk rumah sewa ramai2
Kata maka aku ramai housemate mak aku x masak tapi makan kat luar jer sebab dorang orang ada-ada..( orang berada)
Mak aku cakap sebab nak jimat duit, mak aku masak sendiri..
Antara lauk yang paling kerap ni lah
Mak aku kata lauk Sambal Kentang Ikan Bilis ni lah...dengan Sambal Telur atau Sambal Sardin..
Mak aku citer masa tu harga ikan bilis yang berkualiti pun x sampai sepehenggit sekilo..
Sekarang dah berganda harganya
Mak aku cakap telur pun sama..
Harga 10 biji telur sekarang mak aku cakap dulu boleh dapat 1 tray 30 biji..
Masa tu mak aku cakap 10 biji telur harganya 90 sen hingga rm1.20 jer..
Kalau beli 1 tray baru rm3.60
Whattt...???
Bapak murah..!
Selalu kalau mak aku soh beli telur kat Heri aku akan amik yang gred B pun dah 4 henggit..
Kalau gred A lagi la lebih harga dia..!
Sardin lak mak aku kata 1 tin kecik memang x sampai singgit..
Sekarang..?
Sila bawa rm10 kekedai...memang xdapat kalau nak beli 3 tin..so..kira sendiri..
Mak aku cakap kalau makan kat luar pun x lah mahal sangat masa tu..
Mak akunlata nasi campur lauk Ayam dan sayur + air sirap bari rm2.
Huh...aku macam xnak percaya ..
Tapi dah yang citer tu mak aku..
Takkan x caya...!
Mak aku cakap tak ramai pun housemate dalam rumah tu yang masak..
Tapi mak aku kata ...mak aku tetap masak sendiri sebab nak lagi jimat..
Sambal kena tumbuk cilinya sebab xde blender.
Sib baik kat KL xde kayu api..
Kata mak aku kalau ada kayu api..mau mak aku cari kayu api untuk laginjimat..!
Hahahaha....
Sebab duit yang ada nak share bayar sewa rumah..bil air..bil api...sewa TV..tambang bas mini..makan dan asignment..
Dolu2 mak aku cakap internet bukan open dan murah macam sekarang.
Nak buat asigment kena taio dan bahan rujukan kena gi library ataunkena beli buku sendiri..
Mak aku kata student sekarang makan nak mewah...asignment nak senang...duit poket nak tebal....bla..bla..bla...
(syyyyy.....aku rasa mak aku cakap kuat2 nak bagi kakak dengar)
Mak aku kalau nak tazkirah kakak ..bukannya nak cakap kat kakak...
Kalau nak cakap pasal abanv pun bukan nak cakap kat abang ....
Telinga aku juga yang kena dengar..!!
Hrmmmm...dengar jer lah sambil mak aku blend cili..
Aku potongkan kentang...!
Tapi mak aku x perasan aku pakai earphone dengar lagu..!
So..x la banyak sangat yang masuk dalam telinga ni..
Hihihihihi......
SAMBAL KENTANG BILIS NOSTALGIA..
5 biji kentang - potong macam fries
1 mangkuk bilis
1 asam keping
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula perang
minyak
Bahan blend:
15 cili kering
1 bawang besar
1. Goreng kentang hingga masak.Angkat
2. Goreng bilis hingga garing.Angkat
3. Dalam minyak yang sama tumis bahan blend.
4. Masukkan garam,asam keping dan gula dan masak hingga naik minyak..
5. Sesuaikan rasa teelebih dahulu sebelum digaulkan bersama kentang dan bilis siap goreng tadi..
Kentang...
Goreng kentang hingga masak..
Rupa dah macam fries..
Tapi x la rangup macam fries
Haaa...mak aku cakap kalau buat ngan keledek oren lagi sedap sebab lebih manis..
Kalau dengan froes x boleh ker..?
Mak aku cakap boleh jer..
Yessss.....hari Isnin nak masak ngan fries..
Kakak lak cakap hari Selasa nak bawa bekal Sambal Kentang Bilis ni nak bawa baljk kolej..
Haaaa.....kiter baru sebut..
Esok tengok dah ada yang post kat IG..
Dengan bangganya SAMBAL FRIES & BILIS..
SAMBAL BILIS DENGAN JEJARI KELEDEK..!
jem la aku...!
Hahahaha.....
Ikan Bilis
Mak aku cakap gaul dengan sikit cuka nak kasi rangup .
Bilis ni sebenarnya from Tawau..
Mak aku cakap ada kawan open order sebelum raya haji
Mak aku order 3kg..
Nak bagi nenek 1kg
Nak bagi Achik 1kg
Nak simpan kat rumah 1kg
Tapi sayangnya yang sampai x sama seperti dalam gambar sebelum order..
Itu antara risiko online walaupun bukan semua.
Ni pic kat Kedah masa Raya Haji..
Nenek tuang dalam nyiru dan jemur semula supaya lebih kering
Mak aku cakap segan nak bagi Achij tapi sebab dah beli banyak ,bawa balik juga tapi x bagi Achik pun..
Nenek kata nenek jemur dulu..
Kalau ok boleh bagi Achik sebab 2kg tu banyak sangat
Tapi yang kat rumah ni mak aku cakap ok lah kalau dah xde pilihan kita kena la berpuas hati apa yang ada..
Mmm...macam x sampai la punchline tu..!
Hahahaha..
Cili blend..
Clearent stock...
Mak aku cakap nanti kena blend semula untuk stock baru..
Weekend biasanya mak aku akan blend cili untuk stock dalam peti ais nak guna weekday untuk masak braekfast..bekal ...
Tumis semua bahan blend dan masak bersama garam,gula,asam keping dan masak sampai naik.minyak.
Sesuaikan rasanya ..
Kalau nak adjust rasa dia kena adjust sebelum masuk.bilis dan kentang sebab nanti sambal tu akan kering lepas masuk bilis dan kentang susah dah nak sebati kalau tambah gula,garam bagai..
Masukkan bilis goreng...kentang dan gaul rata..
Siap...!!!
Actually lauk ni untuk lunch semalam..
Dari pagi sampai malam hujan lebat
Mak aku cakap plan nak gi belanja barang dapur x menjafi spai petang sebab hujan.
Perut plak kalau hujan memang minta diisi jer..
So...jadilah Sambal Kentang Bilis Nostalgia..
Sebab nak mengenang nostalgia Makanan Orang Bujang...
Mak aku buatkan Telur Dadar Rangup ni..
Mmmm...nasi panas2
Sambal Kentang Bilis..
Telur Dadar Garing..
Teh O Panas...
Hujan mencurah2...
Ko aser..?
ReplyDeletekarangan:
"Malam Khamis aku tidur lambat sebab siapkan folio Sivik.. - baiknya.
Mak aku dah tidur..- kesian dah penat esok keja.
Abang pun tengah main gitar dalam bilik dia..- electric atau acoustic guitar.. sib baik jiran tak baling batu... hahaha
Jam menunjukkan hanpir pukul 12 malam..- seramya...
Tiba2 dengar macam ada orang buka mangga grill..---sound effect suspense..
Akuningatkan rumah orang sebelah tapi bunyi dia macam dekat sangat jer..- phew quite sharp pancaindera awak...
Pastu bunyi kunci ..- boleh described bunyi lagi.
Selalu time2 camni abang jer yang balik..- who could that be??
Tapi abang dah balik dah ..ada dalam bilik..- the suspense heightened...
Tiba2 macam pintu bergegar.. - its getting closer..
Dah la aku sowang2 kat ruang tamu tu- alamak dah dekat.
Lintang pukang aku lari masuk bilik abang bagitau abang macam ada orang nak masuk rumah..-good description of panic and suspense..
Kelam kabut abang kuar gi kat pintu...- tu dia hero malaya
Abang dah ready dah dengan penumbuk - penumbuk lesung atau tangan?
Mak aku yang dengar kecoh2 pun dah ready nak jerit minta tolong...!"- kesian mak naik blood pressure terkejut dari tidur terus ..
conclusion hilarious but scary hahahaha. kena ada tongkat rotan semambu letak dalam bilik, capai boleh le libas.. penumbuk sakit lak tangan nanti.
SAMBAL KENTANG BILIS - dulu dulu kat s14 kat peah punya gerai ada menu ni. sedap. bila duduk sewa bilik je... bawa bekal ni beli nasi kosong makan dengan sambal.. ni buat kering tahan lama... oooo nice.
Hahahaha....sis nor leh ar tulis skrip drama...
Deleteabang kiter main gitar kapok jerk..
struming slow jer..
Kalau main keybord pun abang memang guna volume rndah jer...
Kiter kat hall pun x dengar pun..
Haaa....tapi kalau setiap malam minggu kat ramai orang main kompang kat tepi futsall court tu..memang kuat...tapi pukul 10 dorang dah kena stop sebab peraturan dah tampal kat notice board...lepas pukul 11 no more kanak2 & remaja lepak2 kat tangga or lift...