Tuesday 11 September 2018

SALAM MAAL HIJRAH 1440

Salam Maal Hijrah..
Salam 1 Muharram 1440 Hijrah
Terima kasih pengerusi majlis..
Barisan panel yang arif lagi bijaksana..
Penjaga masa yang setia mengira detik..
Seterusnya hadirin yang dihormati sekelian...
Berdirinya saya disini tidak lain dan tidak  bukan...
Adalah semata- mata untuk menyampaikan pidato  sempena Sambutan Maal Hijrah 1440 yang bertajuk " MENYANTUNI UMAT MEMBAWA BERKAT"...


Hahahaha....sorry...aku terperasan sedang berpidato....
Hehehehe...gatal lidah nak berpidato....
Dah lama x masuk pertandingaan pidato.
Last masuk Pertandinga Sajak sempena Sambutan Bulan Patriotisme bulan lepas.
Esok ada Majlis Penyampaian Hadiah Sempena Bulan Merdeka...
Tu pun kalau x tangguh majlis...!
Harap2 aku Johan la dalam Pertandingan Deklamasi Sajak Bertemakan Merdeka tu..
Aku mendeklamasikan sajak " Pahlawan Kemerdekaan" karya Usman Awang..
Usman Awang .
Aku suka karya- karya Usman Awang  & Kris Mas...
Sejak sekolah rendah aku dah biasa dengan karya- karya Usman Awang jika ada pertandingam atau persembahan berkaitan sajak..
Paling aku ingat sajak " Ke Makam Bonda" .
Siap ngan prop kubur lagik..
Hahahaha...
Aku memang tempat pertama.
Vangga bai..!
Walaupun peringkat sekolah jer..
Hehehehe....

Selalunya Tahun Baru dikaitkan dengan azam..
Mmm...apa azam tahun baru hijrah ni..?
Mmmm..mestilah nak jadi insan yang lebih baik dari sebelum ni...
Kerana aku sedar..aku bukanlah insan hebat..
Tapi aku sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik..
Berazam untuk berhijrah ke arah lebih baik..
Seperti hijrahnya Rasulullah s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah untuk kehidupan yabg lebih baik...
Tapi hijrah bukan setakat berpindah...
Kerana Maal Hijrah juga bermaksud bersama2 menuju ke arah lebih baik...
Macam hebat kan aku..
Hahaha.....sebab baru baca info ni
Aku kongsikan agar orang lain juga mendapat manfaat...



                                      Pic Google

Maal” bermaksud bersama manakala “Hijrah” bermaksud menuju kepada keadaan yang lebih baik. Maal Hijrah membawa maksud “Bersama berhijrah” atau “Bersama hayati Hijrah”.


Untuk tahun 2018, tema Maal Hijrah adalah “Menyantuni Umat Membawa Berkat”
Tema yang dipilih adalah bertepatan dengan Islam sebagai pembawa rahmat kepada sekelian alam.
Ianya membawa mesej agar masyarakat berbilang kaum untuk sentiasa saling menghormati antara satu sama lain, mengelakkan permusuhan dan pertelingkahan, saling bersatu padu walaupun berlainan agama, kaum, ideologi dan fahaman politik.
Teras kepada penyatuan dan perpaduan umat di Madinah adalah kasih sayang atau mahabbah yang didasari oleh Islam dimana semua mendapat keistimewaan. Dalam erti kata lain, penduduk bukan Islam turut diberikan hak pengiktirafan sebagai rakyat.
Pada tahun lepas, tema yang dipilih adalah “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara”.
(C&P daripada  Panduanmalaysia.com)

Ok...Sekolah cuti lagi..
Bersambung cuti sejak..
Sejak Sabtu...Ahad...
Isni cuti berganti sebab Ahad tu Hari Keputraan Agong..
Hari ni Selasa cuti Maal Hijrah lak..
Malas lak eskk nak gi sekolah 
Dah la esok sampai petang
Cikgu cakap koko dah habis
Tapi still kena balik lambat sebab masih guna jadual lama..
Cikgu kata sampai lepas Periksa Akhir Tahun..
Mmm...redho jer lah...
Ok...bye..!

2 comments:

  1. best le awak banyak coti coti.. boleh berehat....

    bagus la hijrah ini makna yang simbolik.

    tapi ada lak kluar surat kabar dengan pahaman yang boleh merosakkan ummah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis nor x cuti ke...
      xper kerja mencari rezeki juga ustazah kata itu ibadah....
      Kerja baik2 tau...

      Delete