Monday 3 September 2018

AYAM MASAK KICAP PEDAS & SEDAP

Seperiuk Ayam Masak Kicap Pedas
Untuk kakak bawa balik kolej semalam
Kakak dah start sem baru hari ni
Minggu lepas lagi kakak dah kena daftar dah untuk kolej
Tapi kuliah kakak kata minggu ni baru start
So,diary semalam hantar kakak balik kolej la
Bersama bekal dan barang-barang..
Hari tu masa daftar kakak bawa barang sikit jer


Kakak kata nak bawa bekal nasi dan lauk
Sebab awal2 sem  ni kat cafe ramai jer orang
Nak kena berebut beli makanan
Lagipun kalau bawa bekal kakak kata selamat dah duit belanja lunch & dinner
Kakak request mak akulauk Ayam Masak Kicap Pedas
Kakak kata nak bawa lebih nak makan ngan kawan

Ayam Masak Kicap Pedas ni bukan kakak jer yang suka
Aku ngan abanng pun suka..
Sebab sedap


AYAM MASAK KICAP PEDAS
1ekor ayam-gaul garam kunyit dan goreng
3 biji kentang - potong wedges & goreng
1 bawang besar- hiris bulat
1/2 botol kecik   kicap lemak manis
1/2 cawan minyak
1pokok daun sup daun bawang
1 cili merah hiris
2 biji buah tomato masak
1 sudu teh asam jawa
2 helai daun limau purut

Bahan Blend:
10 biji cili kering- rendam air panas
1/2 bawang besar
3 bawang putih
2 hiris halia
2 hiris lengkuas
1 batang serai

1. Goreng ayam yang dah bubuh garam kunyit.Goreng pula kentang wedges.Toskan
2. Tinggalkan agak2 1/4 cawan minyak dalam kuali dan tumis bahan blend hingga naik minyak..
3.Masukkan kicap manis..kicap pekat dan asam jawa yang dibancuh dengan 1 cawan air.
4. Masukkan ayam..kentang,tomato ,bawang besar hiris bulat dan daun limau purut
5. Sesuaikan rasanya dan tutup api

6. Taburkan daun bawang daun sup..
Masa hantar kakak dah tengahari
Tapi aku lum rasa nak makan sebab kenyang lagi
Heeee...sebenarnya aku plan nak ajak mak aku drive thru McD nak beli ice cream

Sekali masa kuar jer dari Puncak Alam...
Gelapnyaaaaaa......

Langit dah macam nak runtuh jer...
Baru jer sampai Puncak Perdana...
Hujan selebat2nya
Hujan sampai ke rumah pun..
Takkan nak singgah McD lak
Perut punya lah laparrrrrrrr
Sampai rumah dah 4.30
Sib baik sebelum hantar kakak dah tutup tingkap semua..
Kain baju yang jemur bawah owning pun habis lencun.....
Nasib baik baju sekolah semua dah basuh hari Jumaat...selamatttt
Huh....macam x cukup tangan aku nak suap nasi lauk Ayam Kicap Pedas ni
Lapar sebab hujan lebat
Dah tu dah petang lak...

No comments:

Post a Comment