Thursday, 21 November 2013

BUBUR ASYURA UTARA...HANYA DALAM BULAN MUHARRAM...!!

Semalam mak aku dah bagitau..yang hari ni mak aku ngan beberapa orang kawannya nak masak bubur asyura...
Bila aku cakap x pernah makan..mak aku kata aku dh pernah makan..tahun lepas pun nenek ada buat kat kampung..hmmm...x ingat la....

Ni la rupa Bubur Asyura yang mak aku & the gang masak ....Oooo  yang  ni aku ingat la sebab tahun lepas nenek ada masak banyakkkk..Pastu nenek suruh aku ngan Haikal hantar kat rumah jiran...Hmmm rasanya manis..lemak-lemak..& ada banyak kacang..ada keledek...ada pisang, jagung & macam-macam lagi la...

Ni masa ramai-ramai ..mak-mak  tengah masak Bubur Asyura tu....
Mula-mula dorang masak tepung ngan santan kot...nampak putih je..tepung tu aku tau la tepung beras sebab semalam mak aku beli 10 paket tepung beras ...Tapi mula-mula nampak putih kosong jew.....sebab boring tengok dorang kacau macam air susu je ..x namapak apa beza pun..aku gi main kat taman ngan Najwa & Salsabila...
Dalam 1 jam camtu..bila datang tengok bubur tu dah jadi colour coklat dah...dah macam dodol pun ada.....tapi masa ni mak aku kata lambat lagi nak angkat kena tunggu 1@ 2 jam lagi baru boleh makan...Hmmm...lamanya..

Makin lama nampak ..asap makin banyak  & makin banyak buih-buih yang meletup-letup...
 Aku tengok dah macam dalam citer apa ntah..yang ada  nenek tua Tukang Sihir tengah masak ubat...hahahaha

Masa ni..bubur tu dah masak...Bekas2 yang ada daun pisang tu...untuk isi bubur-bubur panas tu la...Bubur Asyura...

Haaaaa. ni la Bubur asyura yang dah dimasukkan dalam bekas..Mak aku kata..masa ni dah boleh makan..Bubur Asyura tu masih lembik sebab panas..Kalau dia dah sejuk,boleh potong-potong macam puding...
Bila dah sejuk..cam ni la rupanya Bubur Asyura tu... Mak aku kata ni Bubur Asyura Versi Utara...Mak aku ceritakan  lagi..yang Bubur Asyura ni ada banyak versi....Ada yang berempah..ada yang buat macam bubur lambuk & ada yang buat dengan campuran macam-macam jenis kacang...Tapi yang ni Versi Utara walaupun kawan-kawan mak aku yang buatnya tadi ada orang Kedah..Johor..Penang..Perak..Kelantan, & apa lagi ntah...
Lagi satu mak  aku bagitahu yang Bubur Asyura ni biasanya akan dibuat pada bulan Muharram  je iaitu tahun baru dalam bulan Islam..bulan pertama maal hijrah la...Mak aku kata 10 Muharram tu dikenali juga sebagai Hari Asyura...sunat untuk berpuasa...hmmm patut la mak aku puasa minggu lepas...Semalam aku tau 15 Muharram sbb nampak bulan mengambang penuh masa hantar kakak awal pagi...mak aku la yang bagitau..hehehe
Mak aku kata dorang masak 2 kali sebab ada 10 bungkus tepung..sekali masak 5 bungkus tepung beras & macam-macam ubi dan kacang penuh dalam kuali besar tu..Banyak juga mak aku bawa balik tadi...Tapi sebab aku ngan kakak x suka sangat...Mak aku masukkan dalam bekas makanan pakai buang macam ni.Mak aku tinggalkan 1 bekas je kat rumah sebab mak aku jew yang suka...Aku ngan kakak makan sikit jew..Pastu mak aku suruh aku   bagi pada 4 rumah jiran kiri dan kanan rumah aku.. ..Bukan tu je...1 bekas lagi  bagi pada   jaga  kat gate perumahan ...hmmm x tau la Bangla tu tau ke tak makan Bubur Asyura ni..hahahaha


Sebab aku tengok ramai juga yang view n3 ni,maka aku minta resipi untuk update...mana tau ini boleh jadi panduan untuk yang sedang cari resipi...Ni aku copy paste terus dari folder mak aku..


VERSI NAK BUAT UNTUK FAMILY KLICK SINI... ( yang ni lagi cantik sebab ada guna beras blend)


Update:
The lates buat  bulan Julai 2017 lebih praktikal..
Boleh rujuk..
BUBUR ASYURA SUKATAN CAWAN kat sini

BUBUR ASYURA UTARA...versi buat banyak

5 paket tepung beras
(1 pkt tepung = 500gm)
21/2 kg gula pasir
1 kg gula merah
5 tongkol jagung
1/2 kg kacang tanah- sangai
2kg keledek oren-rebus 1/2 masak
1 kg ubi kayu - rebus 1/2 masak
1 sikat pisang awak/pisang nipah
1/2 kg kacang hijau- rebus masak
2 kg santan ( tambah air biasa untuk dapat sukatan cecair yang diperlukan )
air untuk tambah dalam santan (anggaran ratio 1 tepung : 4 air termasuk air gula merah )
2camb garam

1. Masak gula merah dengan 1jug air.tapis untuk buang pasir2.

2. Bancuh tepung dengan anggaran  1:4 ..contohnya jika tepung disukat ....1 mangkuk tepung : 4 mangkuk cecair ...(cecair tu maksudnya  air ,santan,air gula)

3. Masukkan dalam kuali besar & kacau hingga mendidih. Masa ni kena sabar kerana perlu dikacau tanpa henti.Memang agak lambat untuk mendidih tapi hasilnya bubur akan cantik.Kalau dikurangkan air memang waktu mengacaunya singkat tapi dikhuatiri tepungnya tidak masak sempurna dan bila sejuk kuih/bubur ni xakan lekang dengan cantik.

4. Bila mendidih baru masukkan gula & gula merah.

5. Kacau tanpa henti. Masa ni bubur akan meletup-letup menandakan sukatan airnya ok..Kalau bubur terus pekat tanpa meletu-letup maknanya perlu tambah air sikit demi sikit sambil terus kacau supaya tidak berketul... 

6. Anggaran masa mengacaunya dalam 1 1/2 jam barulah dimasukkan semua jenis kekacang & ubi-ubi serta campuran lain 

7. Terus mengacau lagi.Untuk  anggaran masa memasak adalah lebih kurang 2 1/2 hingga 3 jam

8. untuk mengetahui bubur sudah masak...akan terdapat lapisan selaput terbentuk dipermukaan bubur w/pun sedang dikacau..@ jika diceduk sesudu dan dibiarkan sejuk ia akan mengeras & lekang dari bekas..

9. Bila masak sendukkan dalam bekas yang besar dan lebar & tuang tidak terlalu nipis & tidak terlalu tebal...

10. Untuk adunan ini boleh  diisi dalam 8- 10 dulang yang bulat besar...

***Ubi,kacang & bahan alain adalah pilihan.Boleh tambah @ tukar jenis ubi & kacang contohnya kacang kuda..kacang merah...kacang ketupat & lain-lain.  

*** Jika hendak  buat sikit boleh lah agak-agak sukatan bahan lain.Tepung & air boleh sukat gunakan cawan untuk ratio 1:4  jika buat sikit...

*** Semua ini sekadar panduan..Boleh diubah suai ikut citarasa sendiri....

*** Jika dimasak dai dalam kawah  x perlu letak gula merah..gantikan dengan gula putih sepenuhnya & bubur akan menjadi warma purple muda kesan tindak balas kawah & pisang.

No comments:

Post a Comment